
Titik panas di Indonesia melonjak kepada 1,104, Kalimantan paling teruk terjejas
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Kualiti udara merosot ke tahap sangat tidak sihat di Kalimantan Tengah, manakala beberapa wilayah lain turut mencatatkan tahap tidak sihat hingga sangat tidak sihat. (Astro Awani (BM), 14:50)
Read the reporting
1 report
Tompok panas di Indonesia melonjak kepada 1,104, Kalimantan paling teruk terjejas
JAKARTA: Jumlah tompok panas kebakaran di seluruh Indonesia melonjak lebih empat kali ganda kepada 1,104 pada Ahad.
Kalimantan paling teruk terjejas apabila kebakaran hutan dan tanah yang berlarutan terus menghasilkan asap dan jerebu, sekali gus memburukkan kualiti udara di beberapa wilayah.
Kementerian Kehutanan memaklumkan jumlah tompok panas kebakaran hutan dan tanah meningkat daripada 270 pada Sabtu, dengan Kalimantan Tengah mencatatkan peningkatan paling ketara kepada 495 tompok panas berbanding 92 pada hari sebelumnya, manakala Kalimantan Barat meningkat kepada 174 daripada 22.
Kementerian itu menerusi platform media sosialnya memaklumkan peningkatan mendadak itu berlaku selepas beberapa hari jumlah tompok panas kekal agak rendah di Kalimantan Tengah dan Kalimantan Barat walaupun operasi pemadaman kebakaran diteruskan.
Menurut kementerian itu, sebanyak 61 pesawat masih diatur gerak di kedua-dua wilayah itu, termasuk 44 bagi operasi pemadaman kebakaran menggunakan kaedah 'water bombing' dan 17 bagi rondaan udara serta operasi modifikasi cuaca.
Kualiti udara merosot ke tahap sangat tidak sihat dan berbahaya di sebahagian besar Kalimantan Tengah, manakala Kalimantan Barat, Kalimantan Selatan dan Kalimantan Timur mencatatkan kualiti udara pada tahap tidak sihat hingga sangat tidak sihat.
Kalimantan Tengah dan Kalimantan Barat adalah antara enam kawasan keutamaan bagi operasi pemadaman kebakaran, di samping Sumatera Selatan, Kalimantan Selatan, Jambi dan Riau.
"Pasukan gabungan terus menangani kebakaran hutan dan tanah menerusi operasi pemadaman di darat, 'water bombing', rondaan udara serta langkah pencegahan dan kawalan di kawasan keutamaan," menurut kementerian itu.
Sumatera Selatan mencatatkan 51 tompok panas pada Ahad, meningkat daripada sembilan pada Sabtu, manakala Kalimantan Selatan merekodkan 19 berbanding dua.
Jambi pula merekodkan sembilan tompok panas selepas tiada sebarang tompok panas direkodkan pada hari sebelumnya, manakala Riau kekal sifar.
Secara berasingan, Kementerian Pengangkutan memaklumkan jerebu menjejaskan 2,458 penerbangan domestik berjadual di seluruh negara antara 11 Ogos hingga 17 Okt, menurut laporan agensi berita Antara.
Ketua Pengarah Penerbangan Awam Lukman F Laisa berkata gangguan itu melibatkan 1,080 penerbangan yang mengalami kelewatan, 1,324 penerbangan dibatalkan atau ditangguhkan, 22 dilencongkan ke lapangan terbang lain, enam terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang berlepas dan 26 dijadualkan semula untuk berlepas lebih awal.
– BERNAMA
TAG: Indonesia, kebakaran, hutan, jerebu, titik panas
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 mentions in the last hour after none the hour before
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsAstro Awani (BM)14:50
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Astro Awani (BM), Berita Harian
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.