Malaysian Attention Engine
Live wire
52Takiyuddin persoal asas Perlembagaan penamatan 10 Exco Negeri Sembilan51Wan Azri bebas tuduhan dakwa kerajaan ‘pro-Israel, pro-Barat’50Kes MyEG-Zetrix: 15 pegawai JPJ, bank dirakam percakapan49Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq45Pekerja kedai emas direman 3 hari pecah amanah RM250,00045Sport : Record-breaking Zuhairie Delivers Malaysia's First Gold In Asian Para Games451MDB wins appeal for fresh hearing on US$3.7bil judgment against Jho Low, father45General : Saifuddin Nasution To Lead M'sian Delegation To ASEAN Transnational Crime Meeting43Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi41General : Gombak-Kota Bharu ECRL Tickets To Start At RM125, Sales Begin Mid-November41Business : Govt Continues Servicing Legacy Debt Including 1MDB's, Seeks To Reduce New Borrowing - PM Anwar37Istana Selangor serah pada polis siasat menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor
NewConfirmedupdated 1 h ago

Mahkamah arah Christy Ng kesan pengguna Threads gagal patuh perintah

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
29
0% / 60 min
Momentum
35
1 vs 1 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 14:44 MYTLatest activity 19 Oct, 14:55BMconfidence 76%

What happened

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 26 November ini bagi pendengaran permohonan komital oleh usahawan fesyen, Christy Ng dan syarikatnya terhadap seorang pengguna Threads yang didakwa gagal mematuhi perintah mahkamah. (Utusan Malaysia, 14:44)

Read the reporting

2 reports
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Mahkamah arah Christy Ng kesan pengguna Threads gagal patuh perintah

By NUR AIMI HAZIRAH · 19 Oct, 14:44 MYT

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 26 November ini bagi pendengaran permohonan komital oleh usahawan fesyen, Christy Ng dan syarikatnya terhadap seorang pengguna Threads yang didakwa gagal mematuhi perintah mahkamah.

Hakim Arziah Mohamed Apandi menetapkan tarikh itu selepas mendapati defendan, J. Vikneshvra Rau yang tidak diwakili peguam gagal hadir bagi pendengaran permohonan sama itu hari ini.

“Saya mahu dia (defendan) berada di sini. Mahkamah mengarahkan pihak pemohon (Christy Ng) untuk membuat reasonable force (paksaan munasabah) termasuk mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa bagi memastikan kehadiran defendan,” katanya.

Terdahulu, peguam Foong Cheng Leong yang mewakili Christy memaklumkan Vikneshvra Rau tidak dapat hadir ke mahkamah atas alasan mempunyai kekangan kewangan selain tiada kemudahan pengangkutan.

“Maklum balas dia (defendan) kepada kami ialah ‘Disebabkan kekangan kewangan dan tiada kemudahan pengangkutan, saya tidak dapat hadir’.

“‘Namun, saya redha dengan hakikat dan akibatnya, jadi saya akan menerima apa jua keputusan yang dibuat ke atas saya’,” katanya membacakan mesej dari lelaki berkenaan.

Permohonan komital tersebut difailkan selepas Vikneshvra Rau gagal mematuhi perintah mahkamah berhubung siaran permohonan maaf secara terbuka dalam akhbar kerana memfitnah Christy.

Pada 4 November 2025, lelaki itu telah menerbitkan satu kenyataan di akaun Threads miliknya, ‘archnionverse’, yang mendapat sekurang-kurangnya 655,000 tontonan.

Pada 13 Februari lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan defendan supaya tidak lagi menerbitkan sebarang kenyataan fitnah, selain diarah menyiarkan permohonan maaf secara terbuka dalam akhbar dan akaun media sosialnya.

Bagaimanapun, permohonan maaf itu hanya disiarkan menerusi akaun Threads pada 19 Mac lalu, namun tidak di dalam akhbar pilihan seperti yang diperintahkan mahkamah.

Pada 25 Jun lalu, mahkamah turut memerintahkan Vikneshvra membayar ganti rugi berjumlah RM180,000 kepada plaintif.

Dalam pada itu, Christy ketika ditemui berkata, tindakan undang-undang yang diambil itu bukan atas kepentingan peribadi, sebaliknya demi mempertahankan ‘periuk nasi’ hampir 500 pekerjanya di seluruh Asia Tenggara.

“Christy tidak pernah saman siapa-siapa sebelum ini. Tetapi apa yang dia buat terlalu melampaui batas dan merosakkan periuk nasi hampir 500 orang yang bekerja dengan syarikat Christy Ng di Malaysia, Indonesia dan Filipina.

“Tohmahan fitnah dalam bahasa Inggeris itu mencecah hampir satu juta tontonan hingga dibaca oleh pelanggan dari Filipina dan Indonesia. Sebagai majikan, saya bertanggungjawab menjaga kebajikan dan mata pencarian pekerja-pekerja saya,” katanya ketika ditemui selepas prosiding kes itu hari ini.

Tambahnya, individu berkenaan juga tidak menunjukkan sebarang keinsafan apabila masih aktif membuat hantaran di media sosial seawal pagi, meskipun memberi alasan tidak dapat hadir ke mahkamah atas masalah kewangan.

“Tapi memang Christy rasa dia tidak insaf langsung. Kalau dia benar-benar insaf atas kesilapan dia, sepatutnya datanglah minta maaf. Tapi dia langsung tidak dan dia masih lagi nak menulis dekat Threads.

“Tapi kita dah beri banyak masa, kita dah bagi banyak budi bicara. Jadi Christy harap kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Tapi berdasarkan sikapnya sekarang, tidak datang, melambat dan menangguh-nangguhkan, jadi saya rasa dia nak panjangkan kes ini,” katanya. – UTUSAN

The post Mahkamah arah Christy Ng kesan pengguna Threads gagal patuh perintah appeared first on Utusan Malaysia .

As published in Utusan Malaysia’s feed.Read at Utusan Malaysia

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 mentions in the last hour after none the hour before
  • 2 independent sources, 2 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 45first news pick-upNEWnow15:00
Latest 15:45 MYT
29New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source
  2. News
    First news outlet reports it (Kosmo!) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
19 Oct, 14:44 MYT
Origin confidence 90% · 11 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    14:44

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Kosmo!, Utusan Malaysia

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.