
17 tahun menanti, Olimpik masih kabur macam jerebu
Only social or community posts, or a single source.
What happened
IMPIAN untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik masih belum menjadi kenyataan buat penyerang prolifik negara, Faizal Saari dan kapten, Muhammad Marhan Mohd. Jalil meskipun sudah 17 tahun menabur bakti bersama skuad hoki kebangsaan. (Kosmo!, 09:15)
Read the reporting
1 report
17 tahun menanti, Olimpik masih kabur macam jerebu
IMPIAN untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik masih belum menjadi kenyataan buat penyerang prolifik negara, Faizal Saari dan kapten, Muhammad Marhan Mohd. Jalil meskipun sudah 17 tahun menabur bakti bersama skuad hoki kebangsaan.
Kekalahan 1-5 kepada India pada final Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 bukan sahaja memaksa Malaysia berpuas hati dengan pingat perak, malah menyaksikan peluang untuk mendapatkan tiket automatik ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA2028) terlepas sekali lagi.
Bagi Faizal, pencapaian mara ke final tetap sesuatu yang positif selepas Malaysia turut muncul naib juara pada edisi 2018
Bagaimanapun, tempoh lapan tahun untuk kembali ke pentas final membuktikan betapa sukarnya usaha mengekalkan momentum dalam persaingan hoki peringkat Asia.
“Kita capai sasaran yang ditetapkan. Sebelum Sukan Asia, kita sudah merancang persiapan termasuk menjalani jelajah di Afrika Selatan lebih sebulan dan beraksi pada Piala Dunia.
“Sasaran utama kita memang Sukan Asia, cuma kita tersangkut di final,” katanya kepada Kosmo!.
Namun, kejayaan mencapai sasaran tidak seharusnya menutup persoalan lebih besar mengenai kemampuan Speedy Tigers menterjemahkan kemaraan ke final kepada kejuaraan, terutama ketika penantian 68 tahun untuk meraih emas hoki lelaki Sukan Asia masih berlanjutan sejak sukan itu dipertandingkan pada 1958.
Kekalahan kepada India juga memperlihatkan betapa besarnya perbezaan antara pasukan yang mampu bersaing hingga ke peringkat akhir dengan pasukan yang mempunyai keupayaan untuk menyempurnakan misi ketika berdepan tekanan paling tinggi.
Faizal mengakui India bukan lawan yang mudah ditundukkan kerana memiliki pengalaman luas beraksi menentang pasukan terbaik dunia, selain mendapat pendedahan berterusan menerusi pertandingan berintensiti tinggi seperti Liga Pro.
“Kita tahu India memang salah satu kuasa besar, bukan sahaja di Asia tetapi juga dunia. Mereka biasa bermain dengan pasukan kuat, jadi kita pun sudah mencuba yang terbaik. Apa-apa keputusan, kita terima,” jelasnya.
Hakikatnya, pengalaman antarabangsa menjadi antara faktor yang membezakan kedua-dua pasukan apabila India mampu mengekalkan kualiti permainan sehingga penghujung perlawanan, sedangkan Malaysia gagal menghalang lawan daripada melebarkan jurang jaringan pada separuh masa kedua.
Bagaimanapun, jurang tersebut tidak bermakna Malaysia langsung tidak mempunyai kemampuan untuk mencabar India kerana rekod terdahulu membuktikan Speedy Tigers pernah menewaskan lawan itu pada Sukan Asia 2018.
“Kita pun pernah menewaskan mereka pada Sukan Asia 2018. Dalam sukan ini, prestasi memang ada turun naik,” katanya.
Kenyataan itu memberikan gambaran bahawa kemampuan Malaysia bukan semata-mata bergantung pada bakat pemain, sebaliknya turut memerlukan persiapan berterusan, pendedahan berkualiti dan ketahanan untuk mengekalkan prestasi apabila berdepan lawan bertaraf dunia.
The post 17 tahun menanti, Olimpik masih kabur macam jerebu appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!09:15
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.