
Hanya 34.1 peratus kes kecemasan kritikal terima respons bawah 15 minit
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: Hanya 34.1 peratus kes kecemasan yang mengancam nyawa menerima respons dalam tempoh kurang 15 minit, berbanding sasaran 50 peratus yang ditetapkan. (Berita Harian, 11:06)
Read the reporting
2 reports
Hanya 34.1 peratus kes kecemasan kritikal terima respons bawah 15 minit
KUALA LUMPUR: Hanya 34.1 peratus kes kecemasan yang mengancam nyawa menerima respons dalam tempoh kurang 15 minit, berbanding sasaran 50 peratus yang ditetapkan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata pihaknya mengakui peratusan itu masih belum memenuhi sasaran ditetapkan.
"Bagi 2025, pencapaian keseluruhan di peringkat nasional bagi kes keutamaan satu (Priority 1), hanya 34.1 peratus, iaitu masih di bawah sasaran 50 peratus yang kami tetapkan.
"Saya bersama Ketua Pengarah Kesihatan turut meneliti perkara ini kerana petunjuk prestasi utama (KPI) berkenaan masih belum dapat dipenuhi dan ia sememangnya satu cabaran besar," katanya ketika Sesi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Jalaluddin Haji Alias (BN-Jelebu) yang meminta menyatakan prosedur operasi standard (SOP) dan tempoh respon pegawai kesihatan untuk membantu mangsa kemalangan.
Terdahulu, Dr Dzulkefly turut menjawab soalan Jalaluddin mengenai langkah mengatasi ketidakseimbangan akses kepada doktor, pakar dan kemudahan diagnostik antara hospital di bandar dengan hospital serta klinik kesihatan di daerah luar bandar.
Katanya, isu ketidakseimbangan akses kepada doktor, pakar dan juga perkhidmatan klinik termasuk kemudahan dignostik di bandar serta klinik kesihatan luar bandar adalah cabaran sistemik.
"Bagaimanapun, ia menjadi keutamaan dan sentiasa ditangani secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) melalui pendekatan bersepadu, berfasa dan berasaskan data," katanya.
Beliau berkata, antara inisiatif dilaksanakan KKM termasuk perluasan kepakaran ke klinik kesihatan dan hospital tanpa pakar di luar bandar menerusi integrasi hospital kluster dan bukan kluster.
"Ini membolehkan pengurusan kes penyakit kronik, saringan awal dan perkhidmatan penjagaan primer.
"Selain itu, KKM turut melaksanakan pengukuhan model rawatan tertumpu di peringkat komuniti, di mana kita membawa penilaian rawatan lebih dekat di rumah yang ditangani oleh pakar perubatan keluarga," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 mentions in the last hour after none the hour before
- 3 independent sources, 3 new in the last hour
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian11:06
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 3 established outlet(s): Berita Harian, Sinar Harian, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (5)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.