Malaysian Attention Engine
Live wire
54General : Rantau Panjang MP Siti Zailah Injured In Kuala Lipis Road Accident52Remaja dituduh bunuh pelajar politeknik46Hanya 34.1 peratus kes kecemasan kritikal terima respons bawah 15 minit45General : Haze: Boarding School Students Advised To Remain In Hostels During Closures - Fadhlina43AirAsia in talks with govt over potential funding support, sources say42World : Saudi Arabia Says 3 Killed In Attacks On Riyadh's King Khalid Airport42Bayi antara 2 maut kemalangan 4 kenderaan di Gua Musang37Miskin hina saya yang dulu tetap bangga jadi rakyat Malaysia – Stacy37Budak lima tahun maut dirempuh kereta pandu melulu di Jalan Kuching36Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi35Malaysia terus diselubung jerebu, Indonesia perinci usaha tangani kebakaran35Agong berkenan terima menghadap Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota ATM
NewUnconfirmedupdated 4 h ago

200 kenderaan terbiar 'makan' ruang parkir

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 07:08 MYTLatest activity 12 Oct, 07:08BMconfidence 60%

What happened

200 kenderaan terbiar 'makan' ruang parkir (Harian Metro, 07:08)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

200 kenderaan terbiar 'makan' ruang parkir

By Norzamira Che Noh · 12 Oct, 07:08 MYT

am@hmetro.com.my

Klang: Jumlah parkir yang terhad di kawasan Pangsapuri Seri Perantau, Pelabuhan Klang lebih parah apabila terdapat segelintir individu tidak bertanggungjawab membiarkan kenderaan mereka tersadai dan terbiar usang selama bertahun.

Difahamkan terdapat lebih 200 kenderaan merangkumi kereta dan motosikal terbiar di kawasan tempat letak kenderaan pangsapuri itu, malah ada yang sudah lebih 10 tahun.

Keadaan itu bukan sahaja menyebabkan penduduk terpaksa meletakkan kenderaan jauh dari kediaman atau di tepi jalan, bahkan mendorong tindakan parkir berganda sehingga menghalang laluan keluar masuk.

Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Perantau, Mohamad Md Zain, 70, berkata, masalah semakin serius berikutan jumlah kenderaan yang meningkat termasuk ada kenderaan bukan milik penduduk yang 'ditumpangkan' di situ.

"Sudah hampir 10 tahun masalah ini berlaku dan kenderaan terbiar semakin bertambah. Ada kereta yang memang sudah lama dan ada juga kereta pihak luar.

"Selain itu, kalau dahulu suami isteri sahaja yang ada kereta, bila anak-anak sudah dewasa, mereka pun ada kereta sendiri. Jadi, setiap rumah boleh ada empat ke lima kenderaan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Mohamad berkata, kewujudan kenderaan buruk dan terbengkalai menimbulkan kebimbangan mengenai aspek kebersihan serta kesihatan.

"Bila terlalu banyak kenderaan, nak parkir di mana? Ditambah pula dengan kereta buruk. Kenderaan yang terbiar ini pula ada yang menjadi tempat ular, pembiakan nyamuk dan tikus," katanya.

Menurutnya, berdasarkan maklumat dikumpul ketua blok, dianggarkan lebih 100 unit kereta terbiar di parkir, manakala jumlah motosikal pula jauh lebih banyak.

Katanya, aduan sudah kerap disalur kepada Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), namun difahamkan tindakan menunda kereta terbengkalai perlu melalui pengurusan pangsapuri iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

"Kalau kami ada dana, kami bercadang gunakan perkhidmatan tunda dan cari kawasan (depoh) di bawah MBDK untuk membawa kenderaan terbabit.

"Tetapi kita kena beri maklumat dan notis terlebih dahulu. Kalau MBDK tidak boleh buat apa-apa, itu sajalah jalan terakhir yang kami fikirkan," katanya yang memaklumkan kos tunda sebuah kenderaan sekitar RM100, agak membebankan untuk ditanggung sekiranya membabitkan jumlah kenderaan yang banyak.

Beliau berkata, setiap blok pangsapuri itu hanya mempunyai 60 petak parkir, jumlah yang tidak lagi mencukupi berikutan peningkatan pemilikan kenderaan dalam kalangan penduduk serta perubahan keperluan mereka.

Sementara itu, penduduk Norazila Mohd Yusuf berkata, kekurangan parkir menyebabkan dia terpaksa meletakkan kenderaan di tepi jalan dan jauh dari blok kediaman, sekali gus berisiko terhadap keselamatan diri dan harta benda.

Menurutnya dia pernah dikejar anjing liar ketika berjalan pulang ke rumah selepas meletak kenderaan jauh dari kawasan pangsapuri.

"Setiap blok ada ambil tindakan. Ketua blok beri notis, ada yang tampal pada kereta dan ada yang umumkan dalam kumpulan supaya pemilik mengambil tindakan terhadap kenderaan masing-masing (yang tersadai). Namun seperti tiada apa-apa yang berubah," katanya.

Ikuti penjelasan pihak berkuasa berhubung isu ini dalam terbitan Harian Metro esok.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 07:18 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
12 Oct, 07:08 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    07:08

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

200 kenderaan terbiar 'makan' ruang parkir
Harian MetroNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.