
200 murid SMK Jengka Pusat hadapi era teknologi AI
Only social or community posts, or a single source.
What happened
SERAMAI 200 murid Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Jengka Pusat diberi pendedahan mengenai kemahiran komunikasi, kepimpinan dan keusahawanan digital menerusi Program Future-Ready Young Leaders: Confident Communication and Digital Entrepreneurship. (Utusan Malaysia, 06:38)
Read the reporting
1 report
200 murid SMK Jengka Pusat hadapi era teknologi AI
SERAMAI 200 murid Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Jengka Pusat diberi pendedahan mengenai kemahiran komunikasi, kepimpinan dan keusahawanan digital menerusi Program Future-Ready Young Leaders: Confident Communication and Digital Entrepreneurship.
Peserta terdiri daripada 150 pelajar Tingkatan Enam, 24 pelajar Tingkatan Lima Alfa dan 26 pelajar Tingkatan Lima Gamma yang mengikuti program berkenaan sebagai persediaan menghadapi tuntutan teknologi digital yang semakin berkembang.
Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam Ahmad Rusydi Daniel Cheng Abdullah berkata, program berkenaan dirangka bagi membentuk generasi muda yang lebih yakin berkomunikasi, berdaya saing serta mampu menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi, khususnya dalam era kecerdasan buatan (AI).
Menurutnya, pendedahan seumpama itu penting bagi membantu murid memahami bahawa kemajuan AI perlu disertai penguasaan kemahiran insaniah, komunikasi dan nilai diri supaya teknologi dapat dimanfaatkan secara berkesan.
Antara pengisian utama ialah sesi Head, Heart and Hand – Your Edge in the Era of AI oleh Kak Long yang memberi penekanan terhadap keseimbangan pemikiran, nilai diri dan kemahiran dalam membentuk sahsiah murid.
Program turut menampilkan TikTok Talk oleh Coach AFFIRA NSA yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan platform digital serta komunikasi dalam dunia media sosial.
Perasmian program disempurnakan Exco Kerajaan Pahang, Datuk Sabariah Saidan yang berkata, program berkenaan selaras dengan usaha melahirkan murid mempunyai pencapaian akademik, memiliki keyakinan berkomunikasi, kemahiran digital dan keupayaan bersaing dalam persekitaran masa depan.
Katanya, penguasaan kemahiran berkomunikasi dan teknologi digital penting bagi memastikan golongan muda lebih bersedia menghadapi perubahan landskap pendidikan, pekerjaan dan keusahawanan yang dipacu perkembangan teknologi.- UTUSAN
The post 200 murid SMK Jengka Pusat hadapi era teknologi AI appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia06:38
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.