
Pelajar universiti ‘kantoi’ seludup 4 kilogram syabu dari Malaysia
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
JAKARTA – Percubaan seorang pelajar universiti menyeludup masuk empat kilogram (kg) dadah jenis syabu dari Port Dickson, Malaysia ke Indonesia gagal apabila diberkas di Tanjung Balai, wilayah Sumatera Utara pada Sabtu lalu, lapor laman berita Kumparan. (Kosmo!, 19:00)
Read the reporting
2 reports
Lagi kes rakyat Malaysia ditahan, pelajar universiti ‘kantoi’ seludup 4kg syabu
JAKARTA – Percubaan seorang pelajar universiti menyeludup masuk empat kilogram (kg) dadah jenis syabu dari Port Dickson, Malaysia ke Indonesia gagal apabila diberkas di Tanjung Balai, wilayah Sumatera Utara pada Sabtu lalu, lapor laman berita Kumparan.
Suspek lelaki berusia 21 tahun dikenali sebagai DO itu ditahan sejurus tiba di Terminal Ketibaan Feri Antarabangsa Teluk Nibung, sekitar pukul 4.30 petang (waktu tempatan) kelmarin.
Ketua Pejabat Cukai dan Kastam Teluk Nibung berkata, penahanan suspek yang berasal dari Medan Denai itu dibuat hasil pemprofilan penumpang serta imbasan mesin sinar-X menunjukkan barang mencurigakan pada beg pakaian dibawanya.
“Pemeriksaan fizikal secara terperinci dengan disaksikan sendiri oleh suspek menemukan lapan bungkusan plastik lutsinar mengandungi kristal putih yang disembunyikan secara rapi di dalam dinding khas beg pakaian suspek.
“Ujian saringan menggunakan alat pengesan mengesahkan kristal putih ini adalah methamphetamine atau syabu dengan berat keseluruhan mencecah 4,000 gram,” katanya.
Suspek bersama barang kes termasuk telefon bimbit, tiket perjalanan dan pasport diserahkan kepada Polis Resor Tanjung Balai untuk tindakan serta siasatan lanjut. – AGENSI
The post Lagi kes rakyat Malaysia ditahan, pelajar universiti ‘kantoi’ seludup 4kg syabu appeared first on Kosmo Online .
Why it is accelerating
- Mention velocity 2.0× the previous hour (2 vs 1 mentions)
- Current hour is 1.8 standard deviations above this event's own baseline
- Spread across News, YouTube
- 3 independent sources, 2 new in the last hour
- Driven by news coverage (4 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!19:00
- Step 2YouTube (mainstream)Astro AWANI (YouTube)20:30 · +90 min
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 3 established outlet(s): Astro AWANI (YouTube), Astro Awani (BM), Kosmo!
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (4)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News · YouTube. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.