Malaysian Attention Engine
Live wire
40Pindaan Akta Pengangkutan Jalan: Rang undang-undang dibentang awal 2027 - Loke39Kepercayaan terhadap AI bergantung pada jaminan keselamatan – Josephine Teo33Raja Perlis ziarah Tun M di IJN, ramai lega lihat semakin sihat32Pemandu, penumpang nyaris maut bas rempuh surau sekolah31Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain RM3.1 juta dalam kasut31World : September 2026 Second-Warmest On Record As Global Temperatures Remain Above 1.5 Degrees30General : Tuanku Muhriz Will Not Attend Conference of Rulers Meeting28Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok28Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM28General : Sarawak To Work Closely With Fed Govt To Set Framework For SEZ281MDB reaches settlement with Deutsche Bank in US$1.1bil suit27Pelajar diperdaya sindiket penipuan, serah wang, barang kemas ibu bapa lebih RM30,000
NewConfirmedupdated 1 h ago

Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain RM3.1 juta dalam kasut

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
33
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 23:34 MYTLatest activity 12 Oct, 23:48BMconfidence 80%

What happened

Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain RM3.1 juta dalam kasut (Harian Metro, 23:34)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain RM3.1 juta dalam kasut

By Nor Azizah Mokhtar · 12 Oct, 23:34 MYT

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Empat lelaki dan seorang wanita warga Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo, Jepun, selepas disyaki cuba menyeludup kira-kira lima kilogram kokain bernilai 120 juta yen (RM3.1 juta) yang disembunyikan di bawah pelapik kasut, Sabtu lalu.

Kumpulan itu dipercayai membawa dadah berkenaan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di Sepang sebelum kegiatan mereka terbongkar ketika pemeriksaan kastam sejurus tiba di Jepun.

Menurut laporan Fuji News Network (FNN), kegiatan itu terbongkar selepas pegawai kastam mengesyaki seorang daripada suspek yang memakai kasut bertapak terlalu tebal.

Pemeriksaan awal menemukan kokain di bawah pelapik kasut dua suspek sebelum pegawai kastam mengesan tiga lagi individu yang dipercayai datang bersama mereka.

Tokyo Reporter yang memetik Nippon News Network (NNN) melaporkan, ketiga-tiga individu berkenaan turut menyembunyikan kokain menggunakan kaedah sama.

TBS News DIG pula melaporkan, setiap suspek menyembunyikan kira-kira satu kilogram kokain, masing-masing 500 gram di bawah pelapik kasut kiri dan kanan.

Salah seorang daripada lima suspek berusia 24 tahun mendakwa menerima tawaran upah RM8,000 seorang untuk membawa dadah ke luar negara menerusi aplikasi Telegram.

Menurut laporan itu, suspek turut diberikan sepasang kasut untuk digunakan bagi menyembunyikan dadah berkenaan.

Sementara itu, laporan NHK menyebut empat suspek mengaku terhadap dakwaan ketika disoal siasat, manakala seorang wanita berusia 25 tahun menafikannya.

Wanita berkenaan mendakwa dia tidak mengetahui bungkusan yang dibawanya mengandungi kokain.

Polis Metropolitan Tokyo kini menyiasat kemungkinan kumpulan itu direkrut oleh sindiket jenayah yang berpangkalan di Malaysia untuk menjalankan kegiatan penyeludupan dadah antarabangsa.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow00:00
Latest 00:30 MYT
33New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
12 Oct, 23:34 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    23:34

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.