
21 geng scammer cuba masuk Malaysia ditangkap
Only social or community posts, or a single source.
What happened
NARATHIWAT (THAILAND): Seramai 21 warga asing disyaki anggota sindiket scammer antarabangsa ditahan pihak berkuasa Thailand di sebuah di Kampung Buketa, Mukim Lochut, Daerah Waeng di sini, ketika sedang menunggu untuk diseludup ke masuk Malaysia, kelmarin. (Utusan Malaysia, 07:30)
Read the reporting
1 report
21 geng scammer cuba masuk Malaysia ditangkap
NARATHIWAT (THAILAND): Seramai 21 warga asing disyaki anggota sindiket scammer antarabangsa ditahan pihak berkuasa Thailand di sebuah di Kampung Buketa, Mukim Lochut, Daerah Waeng di sini, ketika sedang menunggu untuk diseludup ke masuk Malaysia, kelmarin.
Serbuan pukul 11 pagi itu dilakukan oleh pasukan pegawai imigresen, polis dan Pasukan Peronda Sempadan 446 hasil maklumat risikan yang diperoleh dari orang ramai.
Jurucakap Balai Polis Daerah Waeng berkata, daripada jumlah itu pihaknya mendapati empat warga China berusia 40-an dipercayai bertindak sebagai pemimpin kanan sindiket scammer antarabangsa dan pemerdagangan buruh haram.
Katanya, baki 17 individu yang ditahan itu adalah warga Myanmar termasuk sembilan wanita masing-masing berusia antara 20-an dan 30-an dipercayai anggota sindiket scammer.
“Mereka dipercayai dibawa untuk bekerja di pusat panggilan di Malaysia. Semakan mendapati kesemua 21 warga asing itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
“Berdasarkan siasatan, mereka sedang menunggu untuk diseludup ke Malaysia melalui laluan semula jadi yang bersempadan dengan Jajahan Tanah Merah dan Jeli di Kelantan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Jurucakap itu berkata, semakan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan berkenaan didapati warga asing tersebut diangkut menggunakan sebuah trak pikap.
“Polis kemudian mengesan kenderaan itu di Kampung Kayukhla, Waeng. Susulan itu, pihak berkuasa menahan seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 40-an yang mengaku mengangkut warga asing terbabit dari Hat Yai,” katanya. – UTUSAN
The post 21 geng scammer cuba masuk Malaysia ditangkap appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia07:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.