
Jerebu: Murid asrama disaran kekal di asrama
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR – Murid-murid asrama disarankan untuk terus kekal berada di asrama sepanjang tempoh penutupan sekolah akibat jerebu, selagi keadaan selamat dan kebajikan murid terjamin. (Kosmo!, 10:43)
Read the reporting
1 report
Jerebu: Murid asrama disaran kekal di asrama
KUALA LUMPUR – Murid-murid asrama disarankan untuk terus kekal berada di asrama sepanjang tempoh penutupan sekolah akibat jerebu, selagi keadaan selamat dan kebajikan murid terjamin.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, langkah berkenaan disyorkan bagi mengelakkan ibu bapa terbeban dengan urusan logistik untuk mengambil dan menghantar anak berulang kali sepanjang tempoh penutupan berulang.
“Bagi murid asrama, selepas ini mereka disarankan untuk terus berada di asrama sepanjang penutupan sekolah akibat jerebu selagi keadaan selamat dan kebajikan terjamin. Kita tidak mahu ibu bapa terbeban dengan urusan mengambil dan menghantar anak berulang kali,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.
Fadhlina berkata, beliau memahami keresahan ibu bapa dan telah meminta agar keputusan penutupan sekolah dimaklumkan seawal mungkin bagi memberi ruang kepada ibu bapa membuat persediaan.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan, bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) boleh berubah mengikut masa dan lokasi, dan penutupan sekolah perlu mengambil kira keadaan semasa di setiap kawasan.
“Pengurusan jerebu juga melibatkan tanggungjawab yang lebih luas. Jabatan Alam Sekitar berperanan memantau kualiti udara dan menangani isu pencemaran manakala Kementerian Kesihatan memberikan panduan berkaitan risiko kesihatan kepada masyarakat.
“KPM (Kementerian Pendidikan) pula memberi tumpuan kepada keselamatan murid dan pengurusan operasi sekolah berdasarkan keadaan semasa,” katanya.
Fadhlina berkata, pengalaman Covid-19 juga mengajar betapa besarnya kesan gangguan persekolahan terhadap pembelajaran anak-anak, justeru usaha menangani keciciran pembelajaran masih diteruskan terutamanya apabila kemudahan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) tidak sama bagi setiap murid.
“KPM akan terus memantau keadaan melalui JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) dan PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) serta memperbaiki penyampaian maklumat kepada ibu bapa,” katanya. – BERNAMA
The post Jerebu: Murid asrama disaran kekal di asrama appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- 2 mentions in the last hour after none the hour before
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!10:43
Internet reaction
- Jerebu: KPM saran murid asrama kekal di lokasi, makluman tutup sekolah akan disedia lebih awalu/Scoop Reporters · Scoop · 10:54 · BM
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Kosmo!, Malaysiakini (BM)
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (6)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.