
250 pelajar Malaysia di Riyadh, Madinah dan Makkah selamat
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Sekitar 250 pelajar Malaysia yang menuntut di universiti di Riyadh, Madinah dan Makkah dilaporkan dalam keadaan selamat dengan rutin kuliah berjalan seperti biasa. (Berita Harian, 11:09)
Read the reporting
1 report
250 pelajar Malaysia di Riyadh, Madinah dan Makkah selamat
KUALA LUMPUR: Sekitar 250 pelajar Malaysia yang menuntut di universiti di Riyadh, Madinah dan Makkah dilaporkan dalam keadaan selamat dengan rutin kuliah berjalan seperti biasa.
BH difahamkan, di Riyadh, susulan serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di Riyadh, beberapa universiti di bandar raya itu mula menjalankan sesi kuliah secara dalam talian, berkuat kuasa Ahad lalu, sementara di Makkah dan Madinah, pembelajaran diteruskan secara bersemuka.
Seorang pelajar Malaysia yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah, 25 yang juga mahasiswa Universiti Imam Muhammad ibn Saud, terletak di kawasan Baladiyah al-Shemal, di Riyadh, berkata sekitar 90 pelajar Malaysia menuntut di beberapa universiti di Riyadh.
Berkongsi keadaan mereka, katanya, pembelajaran masih diteruskan walaupun situasi agak membimbangkan dengan asrama didiami turut kerap merasai gegaran susulan serangan demi serangan sejak Sabtu lalu.
Katanya semua mereka masih menunggu arahan lanjut daripada pihak berkuasa dan kedutaan mengenai tahap keselamatan susulan serangan susulan yang dilaporkan di kawasan lapangan terbang sama.
"Alhamdulillah keadaan di sini seperti biasa, cuma kami kerap dengar bunyi letupan kerana kawasan asrama agak dekat dengan kawasan lapangan terbang yang diserang, sekitar 30 minit perjalanan.
"Ada ketika kami dengar letupan pada waktu malam, sekitar jam 12 tengah malam, ada juga waktu petang dengar bunyi letupan sehingga bergegar bangunan yang kami duduki.
"Selepas serangan itu, pada Ahad terus dikeluarkan arahan supaya pembelajaran dalam talian dikuatkuasakan, cuma ada juga mahasiswa Malaysia yang terpaksa keluar kerana ada pengajian rutin yang berlangsung di masjid di luar kawasan asrama," katanya kepada BH.
Terdahulu, agensi berita antarabangsa melaporkan, pada Sabtu, terdapat serangan terhadap Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di Riyadh, mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang dan mencederakan lebih 300 yang lain, menurut pihak berkuasa Arab Saudi.
Kuliah seperti biasa
Sementara itu, di Madinah, jurucakap Persatuan Mahasiswa Malaysia Madinah Sabah memaklumkan sekitar 150 pelajar Malaysia yang menuntut di beberapa universiti dalam keadaan baik dengan kuliah turut berjalan seperti biasa.
"Keadaan kami di Madinah setakat ini, Alhamdulillah tiada apa yang perlu dibimbangkan.
"Kami juga sentiasa berhubung rapat dengan konsulat di Jeddah bagi makluman situasi terkini," katanya.
Di Makkah, Persatuan Pelajar Malaysia Makkah turut berkongsi, setakat ini tidak ada sebarang ancaman atau serangan dilaporkan oleh pihak berkuasa.
"Pelajar di sini tak ramai, hanya 10 orang. Kuliah seperti biasa, malah daripada pemerhatian kami, ibadat umrah pun berjalan lancar.
"Tiada sekatan daripada pihak berkuasa untuk masuk ke Tanah Haram dan di lokasi lain," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian11:09
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.