
Kerajaan berjaya ketepi perintah bayar RM1.1 juta ganti rugi model Belanda
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
PUTRAJAYA: Kerajaan, Ketua Polis Negara dan dua pihak lain berjaya mengetepikan perintah mahkamah sebelum ini yang mengarahkan mereka membayar ganti rugi RM1.1 juta kepada keluarga model Belanda, Ivana Esther Robert Smit yang ditemukan maut di tingkat enam sebuah kondominium, sembilan tahun lalu. (Utusan Malaysia, 10:27)
Read the reporting
7 reports
Mahkamah Rayuan ketepi ganti rugi RM1.1 juta kes Ivana Smit
Ivana Smit, 18, ditemui mati di tingkat enam CapSquare Residence pada 7 Dis 2017, selepas terjatuh dari satu unit di tingkat 20. (Gambar Instagram) PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan kerajaan dan polis membayar ganti rugi RM1.1 juta kepada ibu model Belanda, Ivana Smit, berhubung dakwaan kegagalan menyiasat kematiannya pada 2017.
Panel tiga hakim yang dipengerusikan Hakim Zaini Mazlan, bersama Ong Chee Kwan dan K Muniandy, membenarkan rayuan kerajaan serta mengetepikan semua ganti rugi, faedah dan perintah mandatori. Tiada perintah mengenai kos.
Hakim Muniandy, yang membacakan ringkasan alasan penghakiman, berkata polis tidak mempunyai kewajipan berjaga-jaga di bawah undang-undang sivil terhadap pengadu individu atau saudara-mara mereka dalam menentukan cara siasatan perlu dijalankan.
“Walaupun pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang mempunyai tanggungjawab terhadap masyarakat secara keseluruhan, ini tidak secara automatik mewujudkan kewajipan berjaga-jaga di bawah undang-undang sivil terhadap pengadu individu atau saudara-mara mereka,” katanya.
Beliau berkata Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila menganggap kecuaian dan salah laku sebagai kausa tindakan yang berasingan tanpa memenuhi keperluan undang-undang bagi mengenakan liabiliti terhadap pihak berkuasa awam.
Muniandy turut berkata Mahkamah Tinggi melampaui bidang kuasanya dengan mengeluarkan perintah berhubung pengurusan anggota polis dan pelaksanaan siasatan harian.
“Penyeliaan dan arahan terhadap siasatan polis terletak di bawah fungsi eksekutif dan pendakwaan, dan mahkamah mesti menghormati pengasingan kuasa,” katanya.
Pada 29 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi memberikan Christina Carolina Gerarda Johanna Verstappen pampasan RM500,000 untuk ganti rugi am, RM300,000 untuk ganti rugi teruk dan RM300,000 ganti rugi teladan, selain kos RM100,000.
Mahkamah itu turut mengarahkan ketua polis negara supaya mengeluarkan pegawai penyiasat Faizal Abdullah daripada pasukan petugas berkenaan, serta mengarahkan polis membuka semula siasatan dan mengemukakan laporan kemajuan kepada Jabatan Peguam Negara setiap tiga bulan.
Verstappen memfailkan saman itu pada November 2020, dengan mendakwa berlaku kecuaian dalam siasatan kematian anak perempuannya.
Smit, 18, ditemukan meninggal dunia di CapSquare Residence pada 7 Dis 2017 selepas terjatuh dari sebuah unit kondominium di tingkat 20.
Mahkamah koroner memutuskan pada Mac 2019 bahawa kematiannya berpunca daripada 'kemalangan malang'.
Mahkamah Tinggi kemudian menukar dapatan itu dengan keputusan bahawa kematiannya disebabkan oleh seorang atau beberapa individu yang tidak diketahui.
Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa polis tetap berkewajipan untuk menyiasat petunjuk yang munasabah dengan tekun.
Peguam Kanan Persekutuan Liew Horn Bing dan Nuur Zul Izzati Zulkipli mewakili kerajaan, manakala SN Nair dan Wong Guo Jin mewakili ibu Smit.
Timbalan Duta Belanda, Pieter Blusse, hadir untuk mengikuti prosiding hari ini.
Nair memberitahu pemberita bahawa beliau amat kecewa dengan keputusan itu.
Katanya, walaupun duluan kehakiman penting bagi mengelakkan lambakan tuntutan kecuaian terhadap agensi kerajaan, perkara itu tidak sepatutnya memberi kebebasan kepada polis dan pihak berkuasa awam lain untuk bertindak secara cuai.
Beliau berkata mahkamah kekal sebagai benteng keadilan terakhir bagi mangsa yang menuntut akauntabiliti daripada negara.
Nair berkata anak guamnya menghormati keputusan itu dan menggunakan setiap saluran perundangan yang tersedia dengan hati nurani yang bersih.
Katanya, mereka akan mempertimbangkan untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan, tertakluk pada kebenaran merayu.
Why it is accelerating
- 6 mentions in the last hour after none the hour before
- 5 independent sources, 5 new in the last hour
- Driven by news coverage (6 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
- LanguageFirst English coverage (Free Malaysia Today) source
- NewsFirst news outlet reports it (Free Malaysia Today) source
- NewsFirst news outlet reports it (Berita Harian) source
- StateRising
4 sources, growth +500%, z 0.0
- StateAccelerating
growth +600% with positive acceleration
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia10:27
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 5 established outlet(s): Berita Harian, Free Malaysia Today, Kosmo!, Malaysiakini (BM)
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (7)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.