
305 rumah hangus, kebakaran tanah gambut merebak
Only social or community posts, or a single source.
What happened
JAKARTA – Kebakaran tanah gambut di Desa Jelutung II, wilayah Bangka Belitung merebak ke kawasan perumahan dan memusnahkan 305 buah rumah penduduk, lapor laman berita Detik News. (Kosmo!, 18:31)
Read the reporting
1 report
305 rumah hangus, kebakaran tanah gambut merebak
JAKARTA – Kebakaran tanah gambut di Desa Jelutung II, wilayah Bangka Belitung merebak ke kawasan perumahan dan memusnahkan 305 buah rumah penduduk, lapor laman berita Detik News.
Meskipun tiada nyawa terkorban, titik api di lokasi kejadian masih belum padam sepenuhnya sehingga kini.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Brigedier Jeneral Murry Mirranda berkata, pihak polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pelbagai agensi kini bertungkus-lumus memadamkan sisa kebakaran yang tersembunyi di bawah tanah gambut.
“Di bahagian bawah tanah masih ada api yang menyala.
“Kita berganding bahu memadamkan sisa api ini bagi memastikan tiada cetusan kebakaran baharu yang boleh merebak semula,” katanya ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS), malam semalam.
Jelasnya, kebanyakan kediaman yang musnah dalam kejadian itu merupakan rumah separuh kekal yang dibina di atas kawasan tanah gambut seluas 4 hektar.
Sehingga kini, seramai 213 anggota polis ditempatkan di lokasi bagi memantau pergerakan titik api serta mengawal keadaan keselamatan.
Bagi meringankan beban 500 mangsa yang terjejas, pihak berkuasa menyalurkan pelbagai bantuan asas termasuk tiga lori yang membawa barangan keperluan asas dan pakaian terpakai.
Punca sebenar kejadian kebakaran masih dalam siasatan polis . – AGENSI
The post 305 rumah hangus, kebakaran tanah gambut merebak appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!18:31
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.