Malaysian Attention Engine
Live wire
50Pelajar diperdaya sindiket penipuan, serah wang, barang kemas ibu bapa lebih RM30,00049Pekerja Malaysia nikmati 34% pendapatan negara, berbanding 50% di Korea Selatan dan Taiwan41Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok40Three cars, three motorcycles buried in Kajang landslide40Pintu air pecah: 50 rumah ‘tenggelam’ di Kampung Pasir40Suspect nabbed for bashing man over head with helmet40MyLapor mudahkan aduan kesalahan merokok39MCMC Komited Pastikan Inisiatif Digital Menerusi Belanjawan 2027 Beri Manfaat Nyata36Kanak-kanak tujuh tahun cedera diserang sekumpulan anjing liar36'Pemilik serah tanah kepada warga asing'35Digital MyLapor platform allows anonymous reports of errant smokers35World : US Researchers Win Economics Nobel For Work On Macroeconomic Stability
NewConfirmedupdated 43 min ago

Dua kampung ‘diserang’ ribuan lalat

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
45
no previous hour
Momentum
48
2 vs 0 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 20:24 MYTLatest activity 12 Oct, 20:55BMconfidence 72%

What happened

KAMPAR – Kira-kira 470 penduduk di dua buah kampung iaitu Kampung Changkat Tualang dan Kampung Redang Sawa di sini hidup dalam keadaan tidak keruan apabila kediaman serta kedai makan mereka diserang ribuan lalat sejak lebih setahun lalu. (Kosmo!, 20:24)

Read the reporting

2 reports
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Gangguan lalat jejas lebih 400 penduduk di empat kampung di Kampar

By BERNAMA · 12 Oct, 20:55 MYT

Kampar: Penggunaan tinja ayam yang tidak diproses sebagai baja tanaman kontan dipercayai antara punca lebih 400 penduduk di empat kampung di sini berdepan gangguan lalat dan bau busuk sejak awal tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Changkat Tualang/Redang Sawa, Ahmad Kazimi Ibrahim berkata, masalah membabitkan Kampung Changkat Tualang, Kampung Redang Sawa, Kampung Changkat Legong dan Kampung Kota Bharu itu semakin serius sejak tiga bulan lalu.

Beliau berkata, kawasan tanaman jagung dan ubi keledek dianggarkan seluas 40 hektar mengelilingi keempat-empat kampung berkenaan dengan penduduk mendakwa gangguan semakin ketara susulan peningkatan penghantaran tinja ayam ke kawasan terbabit.

"Gangguan ini asalnya tidak seteruk mana, namun sejak tiga bulan lalu, lori kerap masuk menghantar baja tinja ayam ini. Lalat yang banyak ini juga kita dapati berpunca daripada tindakan mereka (pengusaha) yang mahu memulakan tanaman baharu dan menggunakan baja tersebut," katanya ketika ditemui di Kampung Redang Sawa di sini, hari ini.

Ahmad Kazimi berkata, keadaan itu menjejaskan kehidupan seharian penduduk selain menimbulkan kebimbangan terhadap aspek kebersihan dan kesihatan apabila lalat memenuhi kediaman tanpa mengira waktu sehingga mengganggu aktiviti memasak, makan dan tidur.

Beliau berkata, wakil penduduk sudah beberapa kali mengadakan sesi libat urus dengan pengusaha terbabit, namun masih belum menemui penyelesaian memuaskan.

Sehubungan itu, penduduk berharap kerajaan negeri serta agensi berkaitan dapat campur tangan bagi menangani masalah berkenaan.

Seorang penduduk yang juga pengusaha kedai makan, Osman Sharif, 58, mendakwa pendapatan perniagaannya di Kampung Redang Sawa merosot hampir 50 peratus apabila pelanggan, terutama dari luar, membatalkan hasrat untuk singgah selepas melihat keadaan premis yang dihurung lalat.

Beliau berkata, masalah itu turut menyebabkan kos operasi meningkat kerana terpaksa membeli peralatan kawalan serangga setiap hari bagi memastikan kebersihan premis terpelihara.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak, Mohd Azlan Helmi berkata, kerajaan negeri memandang serius isu berkenaan dan Jabatan Pertanian negeri akan menjalankan bancian terperinci bagi mengenal pasti pengusaha serta jenis tanaman di kawasan terbabit.

Beliau berkata, langkah itu turut bertujuan memastikan pematuhan terhadap standard pengurusan baja, termasuk mengenal pasti sama ada tinja ayam mentah yang tidak diproses masih digunakan secara meluas.

Selain itu, semakan akan dibuat terhadap status tanah pertanian yang kebanyakannya disewa pengusaha daripada Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC).

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Harian Metro’s feed.Read at Harian Metro

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 mentions in the last hour after none the hour before
  • 2 independent sources, 2 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 45first news pick-upNEWnow
Latest 20:59 MYT
45New
Mentions / h2Velocity0.03/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source
  2. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source

Where it started

Kosmo! (News)
12 Oct, 20:24 MYT
Origin confidence 90% · 31 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    20:24

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Harian Metro, Kosmo!

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.