
Mayat tepi semak: Mangsa dikurung, diseksa dua hari
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
ALOR SETAR – Seorang remaja lelaki melalui azab pedih apabila dikurung dan diseksa selama dua hari sebelum mayatnya dibuang di tepi semak berhampiran Jalan Harvard Golf Club, Gurun, Khamis lalu. (Kosmo!, 16:35)
Read the reporting
2 reports
Dituduh curi motosikal, remaja dikurung, diseksa hingga mati
am@hmetro.com.my
Alor Setar: Remaja lelaki yang ditemui maut dalam semak berhampiran Jalan Harvard di Gurun, Sungai Petani, pada 8 Oktober lalu dikurung selama dua hari, diseksa, digunting rambut hanya kerana dituduh mencuri motosikal.
Lebih menyedihkan, mangsa berusia 18 tahun itu turut dipukul dengan objek tumpul sehingga meninggal dunia sebelum mayatnya dibuang di tepi jalan di lokasi berkenaan.
Mayat mangsa kemudian ditemui orang awam sebelum memaklumkannya kepada polis.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, polis dimaklumkan mengenai penemuan mayat seorang lelaki di lokasi kejadian pada jam 8.05 pagi Khamis lalu.
Beliau berkata, mayat kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk dibedah siasat.
"Hasil bedah siasat yang dijalankan pada hari sama mendapati punca kematian disebabkan kecederaan hentakan di kepala oleh daya objek tumpul (blunt force trauma to the head).
"Hasil siasatan dan risikan juga mendapati motif kejadian berpunca dari kemarahan suspek utama berusia 24 tahun selepas menerima aduan daripada penduduk tempatan menyatakan mangsa mencuri motosikal," katanya pada sidang media di IPK Kedah, di sini hari ini.
Susulan itu, Adzli berkata, sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda menahan 14 lelaki tempatan berusia antara 16 hingga 24 tahun di sekitar Gurun dan Guar Chempedak antara jam 12 tengah hari hingga 10.30 malam hari sama.
Katanya, polis turut merampas 14 telefon bimbit pelbagai jenama, sebuah kereta jenis Honda City warna perak, gunting dan satu Mykad dipercayai milik mangsa.
Beliau berkata, daripada yang 14 yang ditahan, hanya seorang suspek mempunyai rekod kesalahan lampau membabitkan kes dadah.
Katanya, seramai 12 daripada 14 suspek direman selama enam hari sehingga Rabu ini manakala dua lagi suspek di bawah umur direman selama lima hari sehingga esok untuk membantu siasatan.
"Motif kejadian adalah mangsa berusia 18 tahun dituduh mencuri motosikal salah seorang daripada suspek berkenaan tanpa ada laporan polis.
"Jadi suspek buat siasatan sendiri serta menangkap mangsa pada 5 Oktober lalu di Pendang dan membawanya ke rumah di Gurun sebelum mengurung mangsa selama dua hari.
"Selama dua hari itulah mangsa dipukul dan diseksa serta rambutnya dipotong hinggalah akhirnya pada malam 7 Oktober mangsa didapati sudah meninggal.
"Mereka juga tergamak membuang mayat mangsa di tepi jalan esoknya, sebelum ditemui orang awam jam 8 pagi," katanya.
Adzli berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai sekiranya berlaku kejadian sekiranya orang itu mencuri atau merompak, buat laporan polis dan serahkan siasatan kepada pihak berkuasa untuk bertindak.
Beliau berkata, orang awam boleh bertindak menangkap tetapi dengan had tertentu bukannya mengurung sehingga dua hari dan pukul sehingga mati.
"Gunting dirampas kerana ia digunakan untuk menggunting rambut mangsa, namun objek tumpul yang digunakan dalam kejadian itu belum ditemui.
"Siasatan mendapati tiada laporan berkaitan motosikal didakwa dicuri mangsa.
"Mungkin sudah dipulangkan balik, walaupun mangsa dituduh mencuri ia tidak bermakna tindakan boleh diambil sesuka hati.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis berjaya menyelesaikan kes ini hanya dalam tempoh empat jam dengan tertangkapnya 14 suspek, " katanya.
Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki ditemui terbaring di tepi semak Khamis minggu lalu dengan kecederaan di muka dan kepala dipercayai mangsa bunuh.
Mangsa dikenali sebagai Muhammad Haikal Mohd Shahrilnizam, 18, ditemui berpakaian sukan hitam kuning itu ditemui orang awam pada jam 8 pagi hari berkenaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 3 independent sources, 1 new in the last hour
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!16:35
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 3 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro, Kosmo!
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

