
34 warga China gagal hadir mahkamah, waran tangkap dikeluarkan
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
34 warga China gagal hadir mahkamah, waran tangkap dikeluarkan (Harian Metro, 19:21)
Read the reporting
1 report
34 warga China gagal hadir mahkamah, waran tangkap dikeluarkan
am@hmetro.com.my
Tawau: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, mengeluarkan 34 waran tangkap terhadap warga China yang berdepan pertuduhan pakatan jenayah berhubung kes penipuan insurans dalam talian membabitkan penyamaran sebagai polis negara berkenaan.
Perintah itu dikeluarkan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin selepas 34 daripada 41 tertuduh yang sebelum ini dibebaskan dengan jaminan, gagal menghadirkan diri pada hari pertama perbicaraan penuh kes berkenaan.
Hanya tujuh tertuduh yang dijamin hadir di mahkamah hari ini.
Sementara itu, dua lagi tertuduh kini ditahan di Penjara Tawau selepas gagal menjelaskan wang jaminan sebelum ini.
Bagaimanapun, hanya seorang daripada mereka dibawa ke mahkamah hari ini, manakala seorang lagi tertuduh, Wang Kun, tidak dapat hadir berikutan isu perintah mengemukakan tahanan (OTP).
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Suhayl Aminin Sallehuddin memohon persetujuan pihak pembelaan untuk meneruskan prosiding tanpa kehadiran Wang Kun.
Namun, peguam Jhesseny P Kang yang mewakili Wang Kun dan Luo Wong Hong membantah permohonan itu.
Beliau berhujah anak guamnya wajar hadir untuk mendengar keterangan saksi pertama pendakwaan, iaitu pegawai serbuan kerana saksi berkenaan terbabit secara langsung dalam proses tangkapan.
Ekoran isu OTP berkenaan, prosiding perbicaraan hari ini tidak dapat diteruskan dan keterangan saksi pertama tidak sempat dimulakan.
Mahkamah kemudiannya menetapkan perbicaraan disambung semula jam 2 petang esok.
Mengikut pertuduhan, semua tertuduh bersama beberapa individu lain yang masih bebas didakwa menjadi pihak kepada pakatan jahat jenayah di sebuah resort di daerah ini pada 7 April lalu, jam 9.25 pagi.
Masing-masing didakwa bersetuju melakukan perbuatan salah di sisi undang-undang dengan memperdaya mangsa menerusi penipuan insurans menggunakan panggilan telefon dan video, serta menyamar sebagai polis negara China.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 120B(1) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Seramai enam saksi pendakwaan dijangka dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang dijadualkan berlangsung selama lima hari hingga Jumaat ini.
Dalam prosiding itu, tertuduh Li Qiang dan Ma Lei diwakili peguam Siti Mahsuri Dicky, manakala Luo Wong Hong dan Wang Kun masing-masing diwakili Jhesseny P Kang dan Chen Wen Jye.
Lima lagi tertuduh bagaimanapun belum melantik peguam.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro19:21
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.