
36 kenderaan mewah disita JPJ Melaka
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
36 kenderaan mewah disita JPJ Melaka (Harian Metro, 16:33)
Read the reporting
1 report
36 kenderaan mewah disita JPJ Melaka
am@hmetro.com.my
Melaka: Sebanyak 36 kenderaan mewah dianggarkan dengan nilai pasaran antara RM8 juta hingga RM12 juta disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka menerusi Ops Khas Luxury pada September lalu.
Pengarah JPJ Melaka Siti Zarina Mohd Yusop berkata, sebanyak 45 kenderaan diperiksa sepanjang operasi itu bermula 1 hingga 30 September lalu membabitkan 20 kereta, 15 van penumpang, 10 kenderaan pelbagai guna (MPV) dan jip.
Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 36 dikenakan tindakan sita dan notis mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau berkata, ia membabitkan 17 kereta, 11 van penumpang serta masing-masing lapan MPV dan jip.
"Mercedes-Benz dan BMW merekodkan jumlah sitaan tertinggi dengan masing-masing tujuh kenderaan, diikuti Toyota Alphard (enam), Toyota Vellfire (empat) dan Porsche (tiga).
"Turut disita, masing-masing sebuah kenderaan membabitkan jenama Lexus, Audi, Mazda, Mini Cooper, Volkswagen, Range Rover dan Volvo serta dua kenderaan dalam kategori lain," katanya ketika dihubungi, di sini.
Beliau berkata, kenderaan yang disita melakukan pelbagai kesalahan termasuk tiada cukai jalan dan insurans.
Dalam perkembangan lain, Siti Zarina berkata, sebanyak 100 kenderaan disita menerusi Operasi Khas Penguatkuasaan Warga Asing (PeWA) yang dilaksanakan bagi tempoh sama.
Katanya, sebanyak 114 kenderaan diperiksa sepanjang operasi itu dengan 100 daripadanya dikenakan tindakan, manakala 330 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
"Motosikal paling banyak disita iaitu 77 buah, diikuti kereta (17), dan masing-masing tiga kenderaan perdagangan serta kenderaan lain," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro16:33
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.