Malaysian Attention Engine
Live wire
55Nazir Hussin dipanggil semula ke SPRM51General : Negeri Sembilan JPJ Seizes Four Luxury Cars Driven By Unlicensed Foreigners49Guna model Singapura bela pekerja tempatan, kata Wee48Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi47Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok46General : Creative Content Push Must Go Hand In Hand With Child Online Safety - Fahmi45World : Hackers Target Over 100 Azerbaijani Government Domains44Pusat peranginan terbiar jadi markas sindiket penipuan dalam talian44Mahkamah Rayuan tangguh keputusan rayuan saman fitnah Saifuddin terhadap Sanusi43Indonesia’s haze spikes Singapore pollution, shuts East Timor schools42General : Azrin Khairi Installed As 17th Undang Of Jelebu4029 individu ditahan promosi, sebar dakyah pertubuhan haram
NewConfirmedupdated 59 min ago

Najib akan habiskan baki hukuman penjara bersama keluarga di rumah Langgak Duta - Peguam

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
45
no previous hour
Momentum
48
2 vs 0 mentions/h
Sources
3
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 17:46 MYTLatest activity 14 Oct, 18:21BMconfidence 82%

What happened

Najib akan habiskan baki hukuman penjara bersama keluarga di rumah Langgak Duta - Peguam (Harian Metro, 17:46)

Read the reporting

2 reports
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Keputusan mahkamah tidak halang Najib jalani tahanan rumah

By AIMI HAZIRAH · 14 Oct, 18:15 MYT

KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan penangguhan hukuman bagi kes 1MDB tidak menghalang Datuk Seri Najib Razak daripada menjalani baki hukuman kes SRC International Sdn. Bhd. di bawah tahanan rumah (house arrest).

Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, bekas Perdana Menteri itu telah menerima surat rasmi perintah tahanan rumah daripada Yang di-Pertuan Agong beserta lampiran syarat-syarat yang ditetapkan.

“Datuk Seri Najib memang sudah diberikan perintah tersebut bersama lampiran terma dan syarat pelaksanaan tahanan rumah. Cuma kandungan khusus tidak boleh didedahkan atas arahan pihak penjara demi mengelakkan pelbagai spekulasi awam.

“Malah, lokasi tahanan rumah di Langgak Duta juga telah disahkan di mana beliau akan tinggal bersama keluarga,” katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri keenam itu gagal dalam permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion berkait kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Permohonan itu difailkan sementara menunggu rayuan berhubung sabitan dan hukuman berkenaan didengar serta diputuskan di Mahkamah Rayuan.

Mengulas mengenai keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan penangguhan hukuman, Shafee menyifatkan keputusan tersebut sebagai amat mengecewakan dan akan terus memfailkan permohonan baharu secara terus di Mahkamah Rayuan.

“Kami tidak berhasrat untuk merayu keputusan penolakan ini secara prosedur biasa kerana ia memakan masa. Kami akan terus memfailkan permohonan penggantungan yang baharu di Mahkamah Rayuan bagi menjimatkan masa,” katanya.

Menurut Shafee lagi, keputusan penolakan penangguhan kes 1MDB itu tidak menjejaskan Perintah Diraja berkaitan tahanan rumah bagi penyelewengan dana SRC.

Katanya, sebaik sahaja denda RM50 juta dijelaskan kelak, bekas Presiden UMNO itu tetap berhak menjalani hukuman di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.

“Apabila anak guam saya membayar denda RM50 juta itu, beliau boleh menjalani perintah tahanan rumah kes SRC berkenaan sehingga tahun 2028.

“Hanya selepas 2028, sekiranya hukuman kes 1MDB masih belum digantung, baru timbul isu berkenaan (penjara). Namun buat masa ini hingga 2028, perintah tahanan rumah itu tetap berjalan,” katanya.

Ditanya reaksi anak guamnya terhadap keputusan mahkamah hari ini, Shafee berkata, Najib berasa sangat kecewa dengan keputusan itu. – UTUSAN

The post Keputusan mahkamah tidak halang Najib jalani tahanan rumah appeared first on Utusan Malaysia .

As published in Utusan Malaysia’s feed.Read at Utusan Malaysia

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 mentions in the last hour after none the hour before
  • 3 independent sources, 3 new in the last hour
  • Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 46first news pick-upNEWnow18:00
Latest 18:41 MYT
45New
Mentions / h2Velocity0.03/minSources3Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source
  2. News
    First news outlet reports it (Utusan Malaysia) source

Where it started

Harian Metro (News)
14 Oct, 17:46 MYT
Origin confidence 90% · 29 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    17:46

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 3 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro, Utusan Malaysia

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (3)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.