Malaysian Attention Engine
Live wire
51Indonesia’s haze spikes Singapore pollution, shuts East Timor schools48Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi47Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok46Mahkamah Rayuan tangguh keputusan rayuan saman fitnah Saifuddin terhadap Sanusi45Pusat peranginan terbiar jadi markas sindiket penipuan dalam talian44Malaysia court denies ex-PM Najib Razak's request to suspend 15-year jail sentence40Guna model Singapura bela pekerja tempatan, kata Wee40Stay on and continue your duties, Anwar urges Loke39Bantuan RM1,000 'one off' : Pemandu tidak perlu mohon, kerajaan ada rekod – Loke37Kerajaan berusaha ringankan beban pemandu teksi – PM Anwar37Nazir Hussin dipanggil semula ke SPRM36Malaysia sasar 250,000 pelajar antarabangsa menjelang 2030
NewConfirmedupdated 41 min ago

Isu pembatalan perolehan peluru berpandu, kerajaan sedia ke mahkamah

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
46
no previous hour
Momentum
48
2 vs 0 mentions/h
Sources
4
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 18:02 MYTLatest activity 14 Oct, 18:29BMconfidence 89%

What happened

KUALA LUMPUR: Rundingan berhubung tuntutan kerajaan susulan pembatalan perolehan sistem peluru berpandu antikapal (NSM) masih diteruskan sebelum tindakan undang-undang dipertimbangkan. (Utusan Malaysia, 18:02)

Read the reporting

2 reports
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Isu pembatalan perolehan peluru berpandu, kerajaan sedia ke mahkamah

By Wartawan BH · 14 Oct, 18:04 MYT

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia mendedahkan opsyen tindakan undang-undang berkaitan pembatalan perolehan sistem peluru berpandu antikapal (Naval Strike Missile - NSM) bernilai tinggi, namun masih memberi ruang kepada proses rundingan buat masa ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah merujuk kes berkenaan ke mahkamah menerusi tindakan saman atau timbang tara (arbitration) akan diambil sekiranya rundingan dengan pihak berkaitan menemui jalan buntu.

"Sekarang masih dalam rundingan. Kalau kita tidak dapat mencapai sebarang persetujuan, perkara itu akan dirujuk untuk tindakan saman atau timbang tara," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pemeteraian Nota Kerjasama Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) serta Pelancaran Laluan Pengiktirafan Kemahiran di bawah Inisiatif MyBakat Veteran di Hotel Wyndham, di sini, hari ini.

MINDEF bersama Kementerian Luar sudah mengambil tindakan susulan mengemukakan notis serta surat rasmi kepada Kerajaan Norway berkaitan pendirian tegas Malaysia mengenai pembatalan perolehan aset pertahanan berkenaan.

Pembatalan itu membabitkan syarikat pembekal terkemuka negara berkenaan, Kongsberg Defence & Aerospace AS (KDA).

Menurut Mohamed Khaled, langkah itu diambil bagi memastikan Kerajaan Norway mengambil peranan sebagai pengantara sebelum sebarang tindakan undang-undang drastik dikenakan terhadap syarikat pembekal terbabit.

Mei lalu, Malaysia menegaskan tetap dengan pendirian untuk meneruskan tindakan undang-undang ke atas syarikat pembekal NSM berikutan kegagalan menghantar aset pertahanan berkuasa tinggi itu.

Isu timbul selepas Kerajaan Norway secara mengejut membatalkan lesen eksport ke atas Malaysia dengan alasan untuk melindungi keselamatan negara berkenaan.

Meskipun rakan sejawatannya dari Norway, Tore O Sandvik, tampil memohon maaf secara terbuka berhubung tindakan pembatalan lesen eksport berkenaan, Malaysia tetap tidak berkompromi dalam mempertahankan hak serta kerugian yang ditanggung.

Untuk rekod, NSM adalah aset strategik peluru berpandu antikapal berteknologi tinggi yang mampu melakukan serangan maritim jarak jauh.

Ia berupaya memusnahkan sasaran pada kelajuan subsonik tinggi dengan jarak capaian melebihi 300 kilometer, sekali gus menjadikannya komponen kritikal dalam pertahanan perairan negara sebelum ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Berita Harian’s feed.Read at Berita Harian

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 mentions in the last hour after none the hour before
  • 2 independent sources, 2 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 46NEWnow
Latest 18:41 MYT
46New
Mentions / h2Velocity0.03/minSources4Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source
  2. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
14 Oct, 18:02 MYT
Origin confidence 60% · 1 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    18:02

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Utusan Malaysia

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (4)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.