Malaysian Attention Engine
Live wire
40General : Marriage Between M'sian Muslim And Foreign National Of The Islamic Faith Won't Change Ethnicity To Malay - Saifuddin Nasution39General : Malaysia Targets 250,000 International Students By 2030 - Zambry37Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain RM3.1 juta dalam kasut37Pan-gon bimbang pemulihan Faisal ambil masa lebih lama36Pelajar universiti ‘kantoi’ seludup 4 kilogram syabu dari Malaysia36F1 GP Bahrain di Sepang jana impak ekonomi hampir RM950 juta35General : Husbands Can Also Be Victims Of Domestic Violence - Welfare Dept35Business : Govt Settles RM17.15 Bln In Excess Tax Refunds As Of Sept 3035Epic Games Delays Disney Project, Asks Developers to Use More AI35General : MPs Welcome Higher Allocations For Sabah, Sarawak, Urge For Finalised Special Grant Formula35General : JPN Ensures Strict Controls In MyKad Issuance - DG35Nexal Pad launches at RM1,099 with an 11in screen and 10,000mAh battery
NewConfirmedupdated 47 min ago

400,000 belia masih menganggur hingga Jun - Dr Mohammed Taufiq

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
34
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 09:06 MYTLatest activity 14 Oct, 09:17BMconfidence 80%

What happened

KUALA LUMPUR: Kira-kira 400,000 belia berumur 15 hingga 30 tahun di negara ini menganggur dengan kadar 6.3 peratus pada Jun lalu berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). (Berita Harian, 09:06)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

400,000 belia masih menganggur hingga Jun - Dr Mohammed Taufiq

By Essa Abu Yamin · 14 Oct, 09:06 MYT

KUALA LUMPUR: Kira-kira 400,000 belia berumur 15 hingga 30 tahun di negara ini menganggur dengan kadar 6.3 peratus pada Jun lalu berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari, berkata bagi aspek guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran, statistik DOSM pada Suku Tahun Kedua 2026 menunjukkan kadar bagi belia berumur 15 hingga 24 tahun adalah 74.3 peratus, membabitkan 476,300 orang.

"Kumpulan ini merujuk kepada belia bekerja yang berpendidikan tertiari tetapi bekerja dalam kategori pekerjaan separuh mahir dan berkemahiran rendah," katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan laman sesawang Parlimen.

Beliau menjawab menjawab soalan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) berhubung kadar pengangguran dan guna tenaga tidak penuh dalam kalangan belia serta keberkesanan Program Sosioekonomi Belia 2030 yang sudah bermula tahun ini.

Dr Mohammed Taufiq berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa memberi perhatian terhadap isu pengangguran dan guna tenaga tidak penuh dalam kalangan belia.

"Sejajar dengan cabaran itu, Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 menjadi antara kerangka strategik kerajaan untuk menangani cabaran sosioekonomi belia.

"Ini termasuk belia di luar Lembah Klang, melalui tiga matlamat utama, iaitu menjana ekonomi belia, memperkukuh kesejahteraan dan inklusiviti belia serta mempergiat pembangunan mampan.

"Pelan ini dilaksanakan melalui 10 strategi dan 24 inisiatif, dengan pembabitan 76 rakan kolaborasi merentas kementerian dan agensi," katanya.

Tambah beliau, antaranya ialah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Beliau menegaskan pelan itu menetapkan sasaran mengurangkan kadar pengangguran belia berumur 15 hingga 30 tahun daripada 7.3 peratus pada tahun 2022 kepada 6.5 peratus menjelang 2030, manakala kadar guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran belia disasarkan berkurang daripada 51.7 peratus kepada 50.1 peratus.

"Daripada aspek keberkesanan, pelaksanaan inisiatif ini dipantau melalui Pelan Tindakan Pembangunan Belia Malaysia 2035 bermula tahun 2026 dan dinilai melalui pencapaian hasil termasuk peningkatan kemahiran, kebolehpasaran, pendapatan dan penyertaan belia dalam tenaga buruh, bukan berdasarkan jumlah penyertaan program semata-mata.

"Antara petunjuk yang boleh dilihat ialah prestasi kebolehpasaran graduan Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) iaitu kadar kebolehpasaran graduan ILKBS pada 2025 adalah 96.41 peratus dan 2026 adalah 96.46 peratus.

Katanya, dalam tempoh sama, purata gaji keseluruhan graduan turut meningkat daripada RM1,911.67 pada 2023 kepada RM2,079.85 pada 2025.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 36NEWnow10:00
Latest 10:01 MYT
34New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
14 Oct, 09:06 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    09:06

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

400,000 belia masih menganggur hingga Jun - Dr Mohammed Taufiq · Malaysian Attention Engine