
48 biji lagi telur Raja Penyu diselamatkan di Terengganu
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
DUNGUN: Sebanyak 48 biji telur penyu belimbing diselamatkan selepas seekor ibu penyu belimbing itu kembali mendarat untuk bertelur di Pantai Rantau Abang di sini, hari ini. (Utusan Malaysia, 08:13)
Read the reporting
2 reports
48 biji lagi telur Raja Penyu diselamatkan di Terengganu
DUNGUN: Sebanyak 48 biji telur penyu belimbing diselamatkan selepas seekor ibu penyu belimbing itu kembali mendarat untuk bertelur di Pantai Rantau Abang di sini, hari ini.
Pendaratan itu adalah kejadian kelima direkodkan di sepanjang pesisir pantai Terengganu bagi musim ini, menjadikan jumlah keseluruhan telur yang ditemukan daripada lima pendaratan berkenaan sebanyak 313 biji.
Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, Jabatan Perikanan menerusi Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu (TCIC) Rantau Abang mengumpulkan semua telur berkenaan sebelum dipindahkan ke tapak penetasan terkawal bagi tujuan perlindungan dan pemantauan.
Katanya, Raja Penyu berkenaan naik ke pantai kira-kira pukul 3 pagi sebelum bertelur pada 4.30 pagi dan kembali ke laut kira-kira pukul 5.45 pagi ketika air laut pasang.
“Pendaratan itu dikesan orang awam yang segera menghubungi pihak TCIC Rantau Abang bagi membolehkan tindakan susulan diambil.
“Hasil pemeriksaan mendapati laluan penyu berkenaan berukuran kira-kira 2.1 meter lebar dan 15 meter panjang, manakala kedalaman sarang asalnya dianggarkan 110 sentimeter,” katanya di sini.
Adnan berkata, semua 48 biji telur itu dipindahkan ke tapak penetasan terkawal di TCIC Rantau Abang kira-kira pukul 7 pagi.
“Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) Rantau Abang turut merakam gambar penyu berkenaan bagi tujuan pengecaman selain membantu menjejaki pola pendaratan berulang serta menyokong kajian dan usaha pemuliharaan spesies itu.
“Pengurusan telur secara terkawal, pemantauan sarang dan perlindungan kawasan pendaratan merupakan antara langkah penting bagi memastikan kelangsungan populasi penyu, khususnya spesies yang berdepan pelbagai ancaman,”katanya.
Rekod empat pendaratan terdahulu bagi musim ini melibatkan 44 biji telur di Pantai Pasir Putih, Marang pada 1 September; 81 biji telur di Pantai Rantau Abang pada 13 September; 70 biji telur di Pantai Kuala Abang pada 22 September; serta 70 biji telur di Pantai Jambu Bongkok pada 1 Oktober lalu. – UTUSAN
The post 48 biji lagi telur Raja Penyu diselamatkan di Terengganu appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia08:13
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Kosmo!, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.