
Gempa bumi kuat 7.7 magnitud gegar Panama
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Gempa bumi kuat 7.7 magnitud gegar Panama (Google News Malaysia (BM), 06:30)
Read the reporting
2 reports
Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa Panama, amaran tsunami dikeluarkan
PENONOMÉ (Panama): Gempa bumi bermagnitud 7.7 melanda Panama, mencetuskan panik di ibu negara yang dipenuhi bangunan pencakar langit dan menyebabkan beberapa bangunan runtuh di bahagian tengah negara itu, namun tiada laporan segera mengenai korban jiwa.
Gegaran itu dirasai di seluruh negara Amerika Tengah berpenduduk kira-kira 4.5 juta orang berkenaan dan berlarutan selama kira-kira seminit, menurut Sistem Perlindungan Awam Kebangsaan.
Di Panama City, kira-kira 200 kilometer dari pusat gempa, suasana panik tercetus apabila orang ramai bergegas keluar dari bangunan pencakar langit.
Satu video yang tersebar luas di media sosial, namun tidak dapat disahkan AFP, menunjukkan air melimpah dari kolam renang di tingkat atas sebuah bangunan melebihi 20 tingkat.
Satu lagi video menunjukkan jambatan merentasi Terusan Panama bergegar kuat tetapi kekal teguh ketika kenderaan melaluinya.
"Keadaannya amat mengerikan, sesuatu yang tidak pernah kami alami sebelum ini. Anak perempuan saya terperangkap di sekolah. Syukur, kami selamat," kata Juana Alveo, 38, juruwang di kedai di bandar Penonomé, bahagian tengah negara itu, kepada AFP.
Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan gempa itu berlaku pada 1756 GMT, dengan pusat gempa terletak 10 kilometer dari pekan kecil Pitaloza Arriba, di bahagian selatan-tengah Panama.
"Saya masih terkejut dan belum dapat menghubungi keluarga," kata Luis Poveda, pekerja kilang di Santiago de Veraguas, sebuah lagi bandar di bahagian tengah Panama, kepada AFP.
Gempa itu mencetuskan amaran tsunami di Panama, selain amaran mengenai ombak lebih kecil tetapi berbahaya di sepanjang pantai beberapa negara lain di Amerika Latin dan Pasifik Selatan.
Bagaimanapun, Pihak Berkuasa Terusan Panama memaklumkan aktiviti perkapalan melalui laluan yang menghubungkan Lautan Pasifik dan Atlantik itu tidak terjejas serta beroperasi seperti biasa.
Kerosakan dilaporkan tertumpu di wilayah tengah, termasuk Herrera, Azuero, Veraguas dan Los Santos.
"Kami semua bergegas keluar dari bangunan, kabel elektrik bergoyang dan semua orang berada di luar," kata Arnulfo Santos, pekerja di sebuah kilang tepung di Santiago de Veraguas, kepada AFP.
Lapangan Terbang Antarabangsa Panama City, hab penerbangan utama di rantau itu, ditutup sementara.
Beberapa penerbangan dilencongkan ke lapangan terbang lain sebagai langkah berjaga-jaga, menurut Pihak Berkuasa Aeronautik Awam.
Gempa bumi jarang berlaku di Panama dan biasanya tertumpu di wilayah Chiriquí, bahagian barat negara itu yang bersempadan dengan Costa Rica.
Imej yang dikongsi media tempatan menunjukkan sebahagian bangunan hotel di pekan Penonomé, kira-kira 150 kilometer ke barat daya Panama City, runtuh.
Sebuah gereja di Penonomé turut mengalami kerosakan serius, manakala beberapa bangunan lain dilaporkan mengalami keretakan, menurut laporan media tempatan.
Imej yang disiarkan akhbar tempatan turut menunjukkan jalan raya di wilayah Veraguas mengalami keretakan.
Lebih 10 gegaran susulan kuat direkodkan oleh institut geosains tempatan, termasuk satu gegaran bermagnitud melebihi 6.0.
Menerusi hantaran di platform X, Presiden Panama, Jose Raul Mulino, menggesa orang ramai supaya bertenang.
"Apa yang berlaku tidak seharusnya digunakan untuk mencetuskan kebimbangan dan kekacauan," katanya.
Kementerian Pendidikan turut mengumumkan penangguhan sesi persekolahan di seluruh negara.
Gempa di Panama itu sekurang-kurangnya kejadian keempat di Amerika Latin tahun ini yang bermagnitud melebihi 7.0, selepas dua gempa bumi berturut-turut yang memusnahkan kawasan Guaira di Venezuela pada Jun lalu dan gempa kuat di bahagian barat Colombia pada Ogos lalu. – AFP
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is accelerating
- Mention velocity 2.0× the previous hour (2 vs 1 mentions)
- Current hour is 1.8 standard deviations above this event's own baseline
- Spread across News, YouTube
- 4 independent sources, 2 new in the last hour
- Driven by news coverage (4 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Google News Malaysia (BM)) source
- DetectedFirst detected (Astro Awani (BM)) source
- NewsFirst news outlet reports it (Astro Awani (BM)) source
- SpreadYouTube discussion begins (Astro AWANI (YouTube)) source
- NewsFirst news outlet reports it (Astro AWANI (YouTube)) source
- StateRising
3 sources, growth +100%, z 1.8
- StateAccelerating
growth +100% with positive acceleration
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)06:30
- Step 2YouTube (mainstream)Astro AWANI (YouTube)07:53 · +84 min
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 4 established outlet(s): Astro AWANI (YouTube), Astro Awani (BM), Berita Harian, Google News Malaysia (BM)
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (5)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News · YouTube. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.