
59 tahun SPRM banteras rasuah
Only social or community posts, or a single source.
What happened
BAGI Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), perjalanan 59 tahun atau hampir enam dekad bukan hanya mengenai berapa banyak kes disiasat atau berapa ramai individu dibawa ke muka pengadilan. (Utusan Malaysia, 08:00)
Read the reporting
1 report59 tahun SPRM banteras rasuah
BAGI Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), perjalanan 59 tahun atau hampir enam dekad bukan hanya mengenai berapa banyak kes disiasat atau berapa ramai individu dibawa ke muka pengadilan.
Lebih besar daripada itu ialah sejauh mana institusi ini mampu mempertahankan integriti, menegakkan keadilan, memperbaiki kelemahan sistem dan terus memperoleh kepercayaan rakyat.
Mesej itu jelas terpancar menerusi ucapan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd. Halim Aman, pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-59 SPRM dan Perhimpunan Bulanan SPRM Bil. 4/2026, apabila beliau mengangkat tema “59 Tahun Memperkasa Integriti, Menegakkan Keadilan dan Memerangi Rasuah”.
Tema itu menggambarkan tanggungjawab yang perlu diteruskan dalam menghadapi bentuk rasuah yang semakin kompleks, berteknologi tinggi dan merentasi sempadan.
Dalam ucapannya, konsep sambutan pada tahun ini berteraskan tiga perkara iaitu kenang, hargai dan teruskan yang dibina berpaksikan kepada amanah, pengorbanan serta khidmat bakti dari generasi ke generasi.
Kenang sejarah
Perjalanan daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada SPRM memperlihatkan bagaimana organisasi ini sentiasa berkembang mengikut tuntutan zaman, termasuk dalam aspek siasatan, risikan, forensik, teknologi, analisis kewangan, pemulihan aset serta kerjasama dalam dan luar negara.
Hakikatnya, evolusi itu memberikan satu pengajaran penting iaitu memerangi rasuah tidak boleh dilakukan dengan pendekatan yang statik.
Jenayah berubah. Teknologi berubah. Kaedah menyembunyikan hasil rasuah berubah. Justeru, keupayaan institusi juga mesti berkembang seiring perubahan.
Lebih penting, sejarah bukan sekadar untuk dikenang, tetapi menjadi asas untuk menentukan apakah bentuk SPRM yang akan diwariskan kepada generasi seterusnya.
Hargai warga SPRM
Ketua Pesuruhjaya menegaskan bahawa kejayaan SPRM bukan dibina oleh seorang individu semata-mata. Di sebalik setiap kejayaan terdapat pasukan yang bekerja di lapangan dan di belakang tabir iaitu daripada pegawai penyiasat, perisikan, pencegahan, pendakwaan dan forensik, hinggalah kepada pengurusan, kewangan, sumber manusia, teknologi maklumat serta anggota sokongan.
Dalam konteks ini, gagasan “Satu Pasukan, Satu SPRM” mempunyai makna yang besar.
Perbezaan pangkat, bahagian atau fungsi tidak seharusnya menjadi tembok yang memisahkan warga organisasi. Sebaliknya, setiap warga perlu melihat kejayaan rakan sebagai kejayaan institusi dan kesilapan seseorang sebagai perkara yang perlu dibantu untuk diperbaiki.
Namun, setiakawan tidak boleh diterjemahkan sebagai budaya melindungi kesalahan.
Sebaliknya, ia bermaksud berani menegur, mengingatkan dan membantu seseorang kembali ke landasan yang betul, tanpa mengorbankan prinsip dan undang-undang.
Integriti
Institusi boleh memiliki teknologi tercanggih, undang-undang yang kukuh dan pegawai berkemahiran tinggi. Namun semuanya boleh kehilangan makna jika integriti diketepikan.
Ujian integriti bukan semata-mata ketika seseorang berada di hadapan khalayak. Ujian sebenar berlaku ketika tiada siapa melihat, ketika wujud peluang mengambil kesempatan, ketika berdepan pengaruh dan apabila keputusan yang perlu dibuat mungkin tidak popular.
Dalam konteks SPRM, standard integriti dalaman perlu lebih tinggi kerana institusi ini sendiri dituntut untuk menjadi contoh dalam perjuangan membanteras salah laku.
Justeru, konflik kepentingan, penyalahgunaan kuasa, salah laku dan kebocoran maklumat tidak boleh dianggap sebagai perkara kecil. Setiap maklumat yang berada dalam simpanan pegawai adalah amanah yang perlu dilindungi.
perbaiki kelemahan
Organisasi yang kukuh bukan organisasi yang mendakwa dirinya sempurna. Sebaliknya, kekuatan sebenar terletak pada keupayaan mengakui kelemahan dan mengambil tindakan pembetulan.
Prinsip ini boleh diterapkan dalam pelbagai aspek pengurusan, termasuk perolehan, pelaburan, pengurusan aset, pelantikan dan kawalan dalaman.
Setiap kelemahan yang dikenal pasti tidak seharusnya berhenti sebagai dapatan semata-mata. Ia perlu diterjemahkan kepada intervensi dan penambahbaikan tatakelola supaya kelemahan sama tidak berulang.
Dalam erti kata lain, kejayaan bukan hanya apabila kesalahan dapat dikesan, tetapi apabila sistem berjaya diperbaiki sebelum kesalahan yang sama berlaku lagi.
Proaktif
Perjuangan menentang rasuah juga tidak boleh hanya bermula selepas kesalahan berlaku.
Pendekatan pencegahan perlu bergerak daripada reaktif kepada lebih proaktif, bersasar dan berasaskan risiko.
Dapatan siasatan, data serta analisis risiko perlu dimanfaatkan bagi mengenal pasti ruang yang berpotensi membuka peluang kepada perlakuan rasuah sebelum ia berlaku.
Ini bermakna pencegahan bukan sekadar kempen kesedaran atau pendidikan antirasuah, tetapi turut melibatkan pembaikan sistem dan proses kerja.
Unit Integriti, misalnya, perlu diperkasakan sebagai rakan strategik pengurusan bagi mengenal pasti risiko lebih awal dan memperkemas kelemahan sistem.
Pendekatan sedemikian memberi dimensi baharu kepada perjuangan antirasuah iaitu daripada sekadar menghukum kesalahan kepada usaha menutup ruang yang memungkinkan kesalahan itu berlaku.
Kuasai teknologi
Jenayah kewangan semakin kompleks, transaksi merentasi sempadan dan jumlah data semakin besar. Dalam keadaan ini, pendekatan konvensional semata-mata tidak lagi memadai.
Abd Halim menggariskan keperluan memanfaatkan data secara strategik, memperkukuh risikan, meningkatkan analisis kewangan serta memastikan keupayaan forensik seiring perkembangan teknologi.
Lebih jauh, analisis data pintar dan pembangunan sistem penguatkuasaan digital secara bersepadu perlu diterjemahkan kepada tindakan yang lebih berkualiti.
Namun teknologi tetap hanyalah alat. Nilai sebenar teknologi terletak pada bagaimana ia digunakan untuk menghasilkan keputusan yang lebih tepat, mempercepat proses, memperkukuh bukti dan membantu menutup ruang rasuah.
Kepercayaan rakyat
Segala usaha penguatkuasaan, pencegahan, teknologi dan pengurusan perlu kembali kepada satu perkara iaitu kepercayaan rakyat.
SPRM bukan sekadar memerlukan kuasa untuk bertindak. Ia memerlukan keyakinan masyarakat bahawa setiap laporan diberi perhatian, setiap tindakan dibuat berasaskan fakta dan setiap tugas dilaksanakan secara profesional serta berintegriti.
Kepercayaan tidak boleh dibina melalui kata-kata semata-mata. Ia dibina melalui tindakan yang konsisten, keputusan yang adil, proses yang telus dan amanah yang dilaksanakan setiap hari.
Dalam hal ini, maruah institusi sebenarnya bermula daripada perkara yang mungkin tidak dilihat oleh orang ramai misalnya bagaimana sesuatu fail dikendalikan, bagaimana maklumat dilindungi, bagaimana arahan dilaksanakan dan bagaimana sesuatu keputusan dibuat.
Pada masa sama, generasi muda SPRM dilihat sebagai pelapis yang akan menentukan hala tuju institusi pada masa hadapan.
Pengalaman generasi terdahulu perlu digabungkan dengan idea dan pemikiran baharu generasi muda. Perbezaan generasi, jika diurus dengan baik, bukan jurang tetapi kekuatan.
Harapan
Ulang tahun ke-59 SPRM melihat sejauh mana perjalanan yang telah ditempuh dan ke mana langkah seterusnya harus dihalakan.
Setiap pegawai akhirnya akan meninggalkan organisasi. Jawatan akan bertukar tangan, kepimpinan akan berganti dan generasi akan silih berganti.
Yang kekal ialah institusi, sistem, budaya dan legasi yang ditinggalkan. Persoalan paling besar bukanlah siapa yang pernah memegang sesuatu jawatan, tetapi apakah yang telah disumbangkan sepanjang berada di dalam organisasi.
Harapan yang perlu dibawa oleh setiap warga ialah apabila tiba masa meninggalkan SPRM, mereka boleh berbangga kerana pernah menyumbang, menjaga amanah dan meninggalkan institusi dalam keadaan lebih baik daripada ketika menerimanya.
Rasuah mungkin tidak dapat dihapuskan dalam sekelip mata, tetapi ukuran sebenar kejayaan SPRM bukan semata-mata pada jumlah kes yang diselesaikan, tetapi pada sejauh mana institusi ini mampu memperbaiki sistem, menutup ruang rasuah dan membina semula keyakinan rakyat. Teruskan perjuangan yang masih belum selesai. – UTUSAN
HISYAM Mohd. Yusoff ialah Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
The post 59 tahun SPRM banteras rasuah appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia08:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.