
6,724 pegawai KKM terima pemangkuan, naik pangkat
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Kementerian Kesihatan berkata kelulusan itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kementerian untuk menghargai komitmen, dedikasi dan pencapaian pegawai. (Gambar Reuters) PUTRAJAYA: Sebanyak 6,724 pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) daripada pelbagai skim perkhidmatan diluluskan pemangkuan dan kenaikan pangkat ke Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) serta gred 10 hingga gred 15 oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (LKPPA) pada 13 Okt lepas. (Free Malaysia Today, 17:32)
Read the reporting
1 report
6,724 pegawai KKM terima pemangkuan, naik pangkat
Kementerian Kesihatan berkata kelulusan itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kementerian untuk menghargai komitmen, dedikasi dan pencapaian pegawai. (Gambar Reuters) PUTRAJAYA: Sebanyak 6,724 pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) daripada pelbagai skim perkhidmatan diluluskan pemangkuan dan kenaikan pangkat ke Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) serta gred 10 hingga gred 15 oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (LKPPA) pada 13 Okt lepas.
KKM dalam kenyataan berkata kelulusan itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kementerian untuk menghargai komitmen, dedikasi dan pencapaian pegawai dalam memastikan kelancaran operasi serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.
"Selaras dengan penambahbaikan laluan kemajuan kerjaya di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), LKPPA meluluskan Kriteria Kecemerlangan Kenaikan Pangkat Tanpa Kekosongan Jawatan Bagi Skim Perkhidmatan Pengajar KKM.
"Kelulusan ini memberi peluang kepada pegawai terlibat menikmati laluan kemajuan kerjaya yang lebih baik," kata KKM.
Selain itu, KKM turut merakamkan penghargaan atas jasa dan pengorbanan empat pegawai KKM yang berkhidmat sebagai anggota Perkhidmatan Doktor Udara (PDU) dan maut dalam nahas helikopter ketika menjalankan tugas pada 8 Sept lepas.
Sebagai tanda penghargaan atas jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan, keempat-empat pegawai tersebut diluluskan kenaikan pangkat secara anumerta (posthumous).
"KKM percaya bahawa pengiktirafan seperti ini akan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan serta memperkukuh semangat pegawai KKM untuk bersama-sama merealisasikan aspirasi sistem kesihatan negara yang berkualiti, mampan dan responsif," menurut KKM.
KKM juga akan terus meneliti dan melaksanakan langkah penambahbaikan dari semasa ke semasa bagi memastikan kebajikan serta pembangunan kerjaya pegawai KKM sentiasa diberi perhatian sewajarnya.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Free Malaysia Today) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today17:32
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.