Malaysian Attention Engine
Live wire
54General : Hajiji Urges Sabah Districts to Develop Unique Tourism Products45Deva, komposer di sebalik muzik ikonik 'Baasha' meninggal dunia pada usia 75 tahun36Sport : Pearly-Thinaah Advance To Denmark Open Quarter-finals36General : 6,724 MOH Officers Approved For Promotions, Acting Appointments35Elon Musk perkenalkan kereta terbang Tesla35Politics : Sarawak Election: GPS Not Taking Dominance For Granted - Abdul Karim34World : Japan's JR Central To Introduce New Tokaido Shinkansen Train Model In 202934General : Salary Guidelines Require Transparent Monitoring, Enforcement - Analysts34Banjir kilat di Subang, Ara Damansara dan Kota Damansara33Mimpi ngeri pemilik rumah, penyewa guna kediaman lombong Bitcoin secara haram33Pulau Silikon pemangkin ekonomi strategik Pulau Pinang untuk 50 tahun33Amazon launches new Bee 'personal AI' devices that listen to conversations
NewConfirmedupdated 50 min ago

Mimpi ngeri pemilik rumah, penyewa guna kediaman lombong Bitcoin secara haram

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
35
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 18:58 MYTLatest activity 17 Oct, 19:03BMconfidence 80%

What happened

KUANTAN: Apabila Noorafiza Rujohan menyewakan rumahnya pada Ogos 2024 kepada lelaki yang mendakwa bekerja dengan syarikat utiliti, dia menyangka sudah menemui penyewa yang boleh dipercayai. (Berita Harian, 18:58)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·3 min read

Mimpi ngeri pemilik rumah, penyewa guna kediaman lombong Bitcoin secara haram

By T N Alagesh · 17 Oct, 18:58 MYT

KUANTAN: Apabila Noorafiza Rujohan menyewakan rumahnya pada Ogos 2024 kepada lelaki yang mendakwa bekerja dengan syarikat utiliti, dia menyangka sudah menemui penyewa yang boleh dipercayai.

Dua tahun kemudian, wanita berusia 37 tahun itu berdepan mimpi buruk selepas mendapat tahu penyewanya didakwa menggunakan rumah di Taman Seri Damai di sini, untuk aktiviti perlombongan Bitcoin secara haram.

Kebimbangan menyelubungi wanita itu yang tinggal di Kuala Lipis, terutama mengenai persoalan apakah dia akan dikenakan kompaun tinggi oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) disebabkan kegiatan penyewanya itu.

Noorafiza berkata, ketika bertemu lelaki itu di Kuantan, penyewa berkenaan memakai pakaian seragam kerja TNB berwarna biru, sekali gus menguatkan kepercayaannya individu itu benar-benar bekerja dengan syarikat utiliti berkenaan.

"Dia beritahu saya dia bekerja dengan TNB dan syarikat itu yang akan membayar sewa rumah. Pembayaran sewa dibuat tepat waktunya setiap bulan," katanya.

Mimpi buruknya bermula 29 Julai lalu apabila seorang jiran memaklumkan pihak polis menyerbu rumah itu kerana disyaki menjalankan aktiviti perlombongan Bitcoin secara haram.

"Hati saya hancur melihat keadaan rumah itu," katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Noorafiza antara lapan pemilik rumah yang bimbang dibebani kompaun tinggi selepas premis milik mereka digunakan untuk perlombongan Bitcoin secara haram oleh penyewa.

Mereka hadir pada sidang media dianjurkan Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Muhammad Faiz Hashim.

Noorafiza berkata, dia sudah memeriksa kerosakan dan membuat laporan polis sebelum mengunjungi ibu pejabat TNB, yang kemudian diberitahu ia dalam proses pengiraan.

"TNB memberitahu saya mungkin perlu membayar beberapa ratus ribu ringgit untuk membersihkan rekod saya.

"Pihak polis masih menjalankan siasatan dan keadaan rumah kucar-kacir dengan timbunan komponen rosak bertaburan di atas lantai.

"Bagaimana saya nak bayar jumlah sebegini besar? Saya juga perlu mencari wang untuk membaiki rumah ini," katanya.

Beliau berkata, nasib menimpa Rabiatul Adawiyah Abdul Rahman, yang kesnya pernah dipaparkan dalam media, menarik perhatiannya sebelum dia menyedari ramai lagi tuan rumah yang turut menjadi mangsa sindiket perlombongan Bitcoin yang sama.

Seorang lagi mangsa, Mah Soon Hin, 48, berkata dia dikenakan kompaun hampir RM500,000 selepas rumahnya di Bukit Setongkol di sini, yang dilengkapi perabot lengkap, didakwa digunakan sindiket perlombongan Bitcoin.

Katanya, penyewa yang kelihatan seperti orang baik-baik itu sebenarnya seorang penipu yang menggunakan MyKad palsu dan kini gagal dihubungi.

Siti Akhmaliah Jamaluddin, 33, pula merayu ihsan TNB kerana tidak mampu membayar kompaun terlalu tinggi itu.

Katanya, beberapa mangsa sudah bertemu Pengurus Besar TNB Pahang, namun tidak banyak yang boleh mereka lakukan.

"Saya berharap kerajaan dapat campur tangan untuk membantu kami. Jumlah dikenakan ke atas sesetengah daripada kami sangat besar... kami mungkin tidak mampu melunaskan hutang ini sepanjang hayat kami," katanya.

Faiz, yang bertindak sebagai jurucakap mangsa, berkata bilangan tuan rumah yang terjejas semakin meningkat, namun ahli sindiket belum ditangkap.

Beliau berkata, mangsa terperangkap dengan modus operandi sama, di mana penyewa didakwa mengemukakan dokumen pengenalan diri palsu dan membayar sewa secara konsisten melalui mesin deposit tunai (CDM), bukannya perbankan dalam talian.

"Saya sudah membangkitkan perkara ini kepada Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad) dan sedang berusaha mengatur pertemuan dengan pihak pengurusan tertinggi TNB untuk mencari jalan penyelesaian.

"Saya simpati dengan mangsa ini, bayangkan mereka kena bayar ganti rugi untuk perkara yang mereka langsung tidak tahu," katanya.

Berita Harian sedang mendapatkan maklum balas daripada pihak TNB.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 2 independent sources, 2 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35first news pick-upNEWnow19:00
Latest 19:04 MYT
35New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source

Where it started

Berita Harian (News)
17 Oct, 18:58 MYT
Origin confidence 60% · 5 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    18:58

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.