
8,000 wanita meriahkan festival KLWRF 2026
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Jerebu memaksa jarak larian Festival Larian Wanita KL (KLWRF) 2026 dipendekkan kepada 2.6 kilometer (km), namun tidak mematahkan semangat 8,000 peserta yang membanjiri Dataran Merdeka, di sini, hari ini. (Berita Harian, 17:54)
Read the reporting
1 report
8,000 wanita meriahkan festival KLWRF 2026
KUALA LUMPUR: Jerebu memaksa jarak larian Festival Larian Wanita KL (KLWRF) 2026 dipendekkan kepada 2.6 kilometer (km), namun tidak mematahkan semangat 8,000 peserta yang membanjiri Dataran Merdeka, di sini, hari ini.
Edisi sulung festival itu tetap berlangsung meriah apabila peserta menyertai pelbagai aktiviti kecergasan dan kesejahteraan, sekali gus menjadikannya platform menggalakkan wanita mengutamakan kesihatan fizikal serta mental.
Ketua Pegawai Eksekutif SCORE Sports Management, Patricia Tan, berkata pihaknya bersyukur acara itu dapat diteruskan dengan sokongan Guardian meskipun berdepan cabaran akibat keadaan jerebu.
Beliau berkata, penyesuaian aktiviti larian dibuat selepas mengambil kira keadaan semasa dan keperluan mengutamakan kesihatan peserta.
"Melihat peserta tersenyum, menari dan menikmati aktiviti yang disediakan hari ini membuatkan kami sangat bersyukur kerana acara ini dapat direalisasikan," katanya.
Patricia berkata, kesemua 8,000 tempat penyertaan habis dijual walaupun peserta dimaklumkan jarak larian terpaksa dipendekkan daripada laluan asal 5km, 10km dan 15km.
Susulan perubahan itu, kategori kompetitif 10km dan 15km serta penyampaian hadiah dibatalkan, manakala peserta yang memilih untuk berlari dilepaskan bermula jam 6 pagi bagi laluan santai 2.6km.
Sebagai langkah memastikan peruntukan pertandingan terus memberi manfaat, wang hadiah berjumlah RM9,200 disumbangkan kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), selain kira-kira RM990 yang dikumpulkan menerusi lelongan amal pada ekspo larian sebelum festival.
Pengarah Urusan Guardian Malaysia, Priscilla Wu, berkata pihaknya dan penganjur bekerjasama selama dua minggu sebelum acara bagi menilai perkembangan jerebu serta menentukan tindakan bersesuaian.
Katanya, keutamaan diberikan kepada usaha menghargai komitmen peserta dari pelbagai lokasi tanpa mengetepikan aspek kesihatan dan keselamatan.
"Kami tidak pernah melupakan sebab acara ini dianjurkan, iaitu untuk mempromosikan kesejahteraan. Sebagai penasihat kesihatan yang dipercayai, kami perlu memastikan peserta dapat membuat pilihan berdasarkan maklumat yang tepat dan mengutamakan kesihatan mereka," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian17:54
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.