Malaysian Attention Engine
Live wire
36Polis nafi warga Bangladesh protes di Bukit Bintang, video tular palsu, disunting guna AI29'Kita ada banyak kerja lain daripada nak atur khalwat' - Amirudin28World : Four Killed, Two Injured In Exchange Of Gunfire In Narathiwat28Deva, komposer di sebalik muzik ikonik 'Baasha' meninggal dunia pada usia 75 tahun28Dakwaan seleweng pas khas imigresen bantu warga China disiasat28Budak lapan tahun maut dilanggar lori ketika ambil bola28Kapal tangki minyak terkena periuk api di Selat Hormuz27Anjur kejohanan antarabangsa, atlet sorak negara tiada pusat latihan sendiri2734 agensi berhimpun, mudahkan akses perkhidmatan rakyat luar bandar27Amanah minta MB Selangor kaji peranan Noorazli di DUN Dengkil26Cubaan keluar Malaysia ikut laluan tikus gagal, 10 PATI ditahan ketika berehat di hotel25Perselisihan rumah tangga disyaki jadi punca
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

KAB Gold kongsi rezeki dengan asnaf

Only social or community posts, or a single source.

Attention
21
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 23:47 MYTLatest activity 17 Oct, 23:47BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR – KAB Goldynamics Sdn. Bhd. (KAB Gold) bukan sahaja mahu mengembangkan perniagaan emas, malah menjadikan perkongsian rezeki dengan pelanggan dan golongan memerlukan sebagai sebahagian daripada pendekatan perniagaannya. (Kosmo!, 23:47)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·2 min read

KAB Gold kongsi rezeki dengan asnaf

By KOSMO! · 17 Oct, 23:47 MYT

KUALA LUMPUR – KAB Goldynamics Sdn. Bhd. (KAB Gold) bukan sahaja mahu mengembangkan perniagaan emas, malah menjadikan perkongsian rezeki dengan pelanggan dan golongan memerlukan sebagai sebahagian daripada pendekatan perniagaannya.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas KAB Gold, Mohamed Khairul Anuar Mohd Basri, berkata perniagaan bagi umat Islam tidak seharusnya berakhir dengan pencapaian keuntungan dan kemewahan semata-mata, sebaliknya perlu membawa manfaat kepada masyarakat.

Beliau berkata, prinsip itu mendorong syarikat berkenaan mengadakan program kebajikan sempena pembukaan cawangan baharunya di Setapak, di sini, dengan mengagihkan RM30,000 kepada 60 penerima asnaf, masing-masing menerima RM500.

Tambahnya, sumbangan berkenaan menggunakan wang pemulangan semula yang diterima daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

“Sebanyak 30 penerima terdiri daripada asnaf di bawah MAIWP, manakala 30 lagi daripada komuniti setempat,” katanya ketika ditemui media sempena pembukaan KAB Gold cawangan Kuala Lumpur di sini hari ini.

Turut hadir pendakwah selebriti, Zul Ramli M Razali.

Khairul Anuar menjelaskan bahawa usaha membantu golongan memerlukan bukan perkara baharu baginya kerana masih menyantuni kira-kira 300 asnaf di sekitar Gombak sejak zaman pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Menurutnya, usaha kebajikan itu akan diteruskan seiring perkembangan perniagaan, malah beliau menyimpan hasrat lebih besar untuk membina sebuah masjid sekiranya dipermudahkan.

KAB Gold yang kini memasuki tahun keenam operasi mempunyai dua cawangan fizikal, masing-masing di Setapak dan Bandar Permata Lunas, Kedah, selain bekerjasama dengan Sahabat Ar Rahnu (SAR) Amanah Ikhtiar Malaysia (Koperasi Sahabat) Berhad menerusi tiga pusat kutipan di Miri, Pontian dan Kuala Terengganu.

Kerjasama itu membolehkan pelanggan di lokasi berkenaan mendapatkan perkhidmatan membeli, menebus dan mengeluarkan emas KAB Gold, dengan syarikat berkenaan menyasarkan penambahan pusat kutipan melalui rangkaian SAR seluruh Malaysia.

Dalam memastikan perniagaan berjalan selari dengan prinsip Islam, KAB Gold mengamalkan pendekatan dipandu syariah yang merangkumi operasi, pemasaran dan urusan dalaman syarikat.

Bagi tujuan itu, syarikat berkenaan melantik pensyarah Universiti Malaya, Dr. Ahmad Sufian Che Abdullah, sebagai penasihat syariah untuk meneliti aspek berkaitan produk, kontrak jual beli, bahan pemasaran dan kempen perniagaan.

Pada masa sama, KAB Gold turut menawarkan pelbagai promosi kepada pelanggan, termasuk kempen Beli Emas Dapat e-MAS yang mempunyai nilai keseluruhan sekitar RM120,000 pada tahun lalu.

Khairul Anuar berkata, pembeli perlu melengkapkan diri dengan ilmu kewangan ketika menyimpan emas, khususnya dengan memberikan perhatian kepada pertambahan gram berbanding hanya memantau pergerakan harga dalam tempoh singkat.

“Nilai ihsan dalam perkhidmatan turut menjadi keutamaan syarikat bagi membina hubungan perniagaan jangka panjang,” katanya.

Pembukaan cawangan baharu itu diraikan dengan jamuan empat ekor kambing bakar sebagai tanda kesyukuran dan penghargaan kepada pelanggan serta masyarakat setempat. – KOSMO! ONLINE

The post KAB Gold kongsi rezeki dengan asnaf appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow01:0002:00
Latest 02:09 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
17 Oct, 23:47 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    23:47

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.