
Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
An irate Tuanku Muhriz Tuanku Munawir admonished Negeri Sembilan menteri besar Ismail Lasim, who responded with the traditional 'angkat sembah' gesture. PETALING JAYA: The Yang Dipertuan Besar of Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, rebuked menteri besar Ismail Lasim in public, amid the constitutional crisis in the state. (Free Malaysia Today, 15:55)
Read the reporting
6 reports
Tuanku Muhriz murka, enggan terima menghadap Ismail Lasim
SEREMBAN: “Selagi dia tidak tarik balik apa yang dia kata, jangan datang jumpa saya.”
Demikian titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dalam satu video yang tular di media sosial dipercayai dirakam selepas solat Jumaat di sebuah masjid di Kuala Pilah hari ini.
Dalam video berkenaan, baginda mempersoalkan tujuan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim datang menghada selepas didakwa menyatakan baginda bukan lagi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
“Ismail Lasim telah tulis surat kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengatakan keputusan yang dia buat bersama Exco adalah sah dan saya bukan lagi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
“Jadi, datang jumpa saya buat apa? Selagi dia tidak tarik balik apa dia kata itu, jangan datang jumpa saya. Pergi, jangan jumpa saya, saya tidak mahu jumpa kamu, faham?,” titah baginda dalam video berkenaan.
Bagaimanapun, kesahihan konteks penuh video serta butiran surat berkenaan belum dapat dipastikan berdasarkan rakaman yang tular itu.
Krisis institusi diraja Negeri Sembilan tercetus susulan proklamasi bertarikh 19 April lalu yang dikeluarkan Undang Yang Empat bagi menurunkan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Bagaimanapun, kesahihan proklamasi itu menjadi pertikaian apabila Dewan Keadilan dan Undang (DKU) pada 31 Julai lalu memutuskan proklamasi berkenaan tidak sah, antaranya atas alasan status tiga daripada empat penandatangan serta proses yang didakwa tidak dipatuhi sepenuhnya.
Kemelut itu memuncak pada 16 September lalu apabila barisan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan proklamasi berkenaan adalah sah.
Susulan itu, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir membatalkan pelantikan kesemua ahli Exco berkenaan berkuat kuasa serta-merta.
Menurut kenyataan dikeluarkan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Datuk Azizi Mohamad Ali, keputusan itu dibuat selepas mendapati kesemua Exco terbabit memungkiri sumpah jawatan mereka.
Raja-Raja Melayu baru-baru ini menegaskan, pihak luar tidak seharusnya mencampuri atau mempolitikkan krisis takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebaliknya menyeru semua pihak mengutamakan penyelesaian berlandaskan undang-undang dan adat negeri.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata, sebarang perbezaan pendirian berhubung isu berkenaan hendaklah diselesaikan menerusi saluran yang sah, berautoriti dan berwibawa dalam semangat syura serta musyawarah.
Menurut beliau, proses penyelesaian itu mestilah berlandaskan undang-undang serta berpandukan peruntukan yang terkandung dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959. – UTUSAN
The post Tuanku Muhriz murka, enggan terima menghadap Ismail Lasim appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is exploding
- Mention velocity 5.0× the previous hour (5 vs 1 mentions)
- Current hour is 4.8 standard deviations above this event's own baseline
- 7 independent sources, 6 new in the last hour
- Driven by news coverage (5 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, mixed-language, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Free Malaysia Today) source
- LanguageFirst Bahasa Malaysia coverage (The Vibes) source
- NewsFirst news outlet reports it (Utusan Malaysia) source
- StateRising
3 sources, growth +300%, z 0.0
- StateAccelerating
growth +400% with positive acceleration
- LanguageFirst mixed-language coverage (The Rakyat Post) source
- StateExploding
attention 57, growth +400%, 1 platforms, 7 sources
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today15:55
- Step 2NewsThe Vibes16:14 · +19 min
Internet reaction
- ‘Am I not the Tuanku?’ Tuanku Muhriz tells off Ismail Lasim (video)u/Alfian Z.M. Tahir · The Vibes · 16:14 · BM
- Tuanku Muhriz To Negeri Sembilan MB: “Go Away…I Don’t Want To See You!”u/Ikhwan Zulkaflee · The Rakyat Post · 16:51 · Mixed
What we know
- Covered by 5 established outlet(s): Free Malaysia Today, Google News · video tular (BM), Kosmo!, Malay Mail
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (7)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.