Malaysian Attention Engine
Live wire
52Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi45Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain RM3.1 juta dalam kasut44Laporan harian diterima sahkan rakyat Malaysia di Arab Saudi selamat42224 non-citizens born in Sarawak first eight months of 202642Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja | Sinar Harian41'Tambah sengsara penduduk!' - Teresa bidas Bandar Mandani Bukit Jalil40BNM, SC gesa orang ramai berwaspada terhadap video ‘deepfake’ menyamar pegawai kanan37Kerajaan berjaya ketepi perintah bayar RM1.1 juta ganti rugi model Belanda37F1 GP Bahrain di Sepang jana impak ekonomi hampir RM950 juta36Gelaran Piala Raja Thai misi seterusnya skuad sepak takraw negara36Apple unveils the new Apple TV 4K, supercharged by Siri AI – Company Announcement - FT.com35General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Aaron-Wooi Yik membara buru emas LA28

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 11:20 MYTLatest activity 14 Oct, 11:20BMconfidence 60%

What happened

Aaron-Wooi Yik membara buru emas LA28 (Harian Metro, 11:20)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Aaron-Wooi Yik membara buru emas LA28

By Helmi Talkah · 14 Oct, 11:20 MYT

helmi.talkah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Selepas melalui tempoh perpisahan sementara, beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui kepulangan mereka sebagai pasangan tetap membawa makna istimewa ketika misi memburu pingat emas Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) terus menjadi keutamaan.

Wooi Yik berkata, mereka masih mempunyai impian yang belum tercapai dan mahu terus berjuang bersama bagi merealisasikan sasaran itu selepas 10 tahun bergandingan.

"Kami masing-masing mempunyai impian yang belum dicapai dan masih ada sesuatu untuk diperjuangkan.

"Fokus saya sudah tentu LA28 dan kami berharap dapat mempamerkan permainan lebih matang," katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas mereka menewaskan juara bertahan dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, pada pusingan pertama Terbuka Denmark di Odense, tengah malam tadi.

Aaron-Wooi Yik sebelum ini dipisahkan sementara susulan eksperimen gandingan oleh ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi, yang menguji kombinasi pemain berbeza sejak Jun lalu.

Sepanjang tempoh itu, Aaron turut bergandingan dengan pemain muda, Aaron Tai dan mara ke final Terbuka Taiwan, manakala Wooi Yik bersama Man Wei Chong muncul naib juara Masters Korea.

Bagaimanapun, mereka kembali bergandingan pada Kejohanan Dunia di New Delhi, India, Ogos lalu dan muncul naib juara.

Pasangan itu, yang meraih pingat gangsa pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Paris 2024, kemudian memohon untuk kembali bergandingan secara tetap selepas kejayaan di Kejohanan Dunia berkenaan.

Permintaan mereka akhirnya dipersetujui selepas perbincangan membabitkan Pengerusi Jawatankuasa Prestasi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Lee Chong Wei, dan barisan kejurulatihan negara, sekali gus membolehkan mereka meneruskan gandingan tetap hingga LA28.

Kemenangan ke atas Hoki-Kobayashi menjadi permulaan positif buat pasangan ranking keempat dunia itu dalam penampilan pertama mereka di Jelajah Dunia sejak kembali bergandingan.

Mereka menang 21-19, 14-21, 21-11 dalam pertarungan selama 51 minit.

Aaron berkata, mereka percaya berada di landasan tepat untuk membuat persiapan menuju LA28, dengan tumpuan beralih kepada usaha meningkatkan prestasi sepanjang 2027.

"Saya fikir kami berada di landasan yang betul. Tahun ini tinggal dua hingga tiga bulan lagi dan kami akan melakukan yang terbaik dalam persiapan seterusnya sepanjang 2027," katanya.

Aaron-Wooi Yik kini akan berdepan pemenang perlawanan antara pasangan Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Lee Jong Min, dengan rakan senegara, Aaron-Yap Roy King, bagi merebut tiket ke suku akhir.

Aaron-Roy King hadir ke Terbuka Denmark selepas muncul juara Terbuka Artik di Finland, Ahad lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 11:56 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
14 Oct, 11:20 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    11:20

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Aaron-Wooi Yik membara buru emas LA28
Harian MetroNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.