
Abang buntu cari RM10,000 biaya pembedahan tulang belakang adik
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Abang buntu cari RM10,000 biaya pembedahan tulang belakang adik (Harian Metro, 23:41)
Read the reporting
1 report
Abang buntu cari RM10,000 biaya pembedahan tulang belakang adik
redzuan.muharam@hmetro.com.my
Sungai Petani: "Saya tak tahu macam mana nak cari duit sebanyak itu bagi merawat adik kerana memang tak mampu. Keluarga saya pun bukan orang senang."
Demikian luahan Mohd Rizuan Rosley, 35, yang kini buntu mencari dana bagi membolehkan adiknya, Muhammad Affandi Rosley, 22, menjalani pembedahan tulang belakang akibat kecederaan dialami kesan kemalangan jalan raya pada 6 Oktober lalu.
Pada hari kejadian, Muhammad Affandi dalam perjalanan dari tempat kerja di sebuah premis kanvas untuk makan tengah hari di rumah sebelum motosikal ditunggang dipercayai dihimpit sebuah kereta.
Menurut Mohd Rizuan, adiknya dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, selepas kejadian dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati Muhammad Affandi cedera teruk pada bahagian tulang belakang selain patah tulang punggung, rusuk, bahu dan serviks.
"Buat masa ini, adik masih dalam pemantauan di wad dan saya yang membantu menjaganya di hospital.
"Menurut doktor, adik kena buat pembedahan tulang belakang kerana keadaannya agak teruk hingga mengganggu pernafasannya.
"Cuma, kosnya agak tinggi dan dianggarkan mencecah RM10,000. Buat masa ini belum ada tarikh pembedahan dan tak pasti sampai bila adik akan ditahan di wad kerana dia tak boleh banyak bercakap malah hanya mampu makan makanan lembut juga minum air saja," katanya kepada Harian Metro.
Mohd Rizuan berkata, dia mencari rezeki dengan menjual pulut panggang dihasilkan ibunya, Jamilah Musa, 53, di gerai berhampiran rumah mereka dekat perumahan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Kampung Sungai Tok Pawang, di sini.
Bagaimanapun, Mohd Rizuan terpaksa menutup gerai buat sementara waktu demi menjaga dan menguruskan Muhammad Affandi di wad.
"Ikutkan, saya juga tidak sihat kerana menghidap barah otak tahap dua malah baru mula berniaga sejak akhir tahun lalu selepas sekian lama berehat.
"Tapi sekarang adik lebih penting jadi buat masa ini, biarlah saya ambil tanggungjawab sebagai anak lelaki dan yang sulung untuk menjaganya.
"Sebagai abang, saya berharap dan berdoa semoga adik cepat sembuh kerana nak dia kembali sihat serta bekerja kembali. Dia masih muda dan jauh lagi perjalanannya," katanya.
Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor 0210329000082646 atas nama Jamilah Musa.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro23:41
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.