
Raja Perlis ziarah Tun M di IJN, ramai lega lihat semakin sihat
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
PETALING JAYA – Keadaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dilihat semakin sihat mencuri perhatian ramai selepas menerima kunjungan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, semalam. (Kosmo!, 16:32)
Read the reporting
2 reports
Raja Perlis ziarah Tun M di IJN, ramai lega lihat semakin sihat
PETALING JAYA – Keadaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dilihat semakin sihat mencuri perhatian ramai selepas menerima kunjungan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, semalam.
Menerusi perkongsian di akaun Threads rasmi Dr. Mahathir, beberapa keping gambar memaparkan pertemuan kedua-dua tokoh berkenaan turut dimuat naik.
“Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Tuanku Raja Perlis, berkenan mencemar duli menziarahi Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur semalam,” menurut hantaran itu.
Perkongsian berkenaan mendapat perhatian pengguna media sosial yang rata-rata melahirkan rasa syukur melihat keadaan Dr. Mahathir selain mendoakan kesihatannya.
“Alhamdulillah Tun nampak makin sihat. Tun duduklah lama-lama di IJN itu, ada ramai staf IJN boleh jaga Tun,” komen @zaharumlatip.
“Jarang-jarang tengok Tun pakai pink. Tapi wajah Tun dah nampak tak sugul macam hari itu. Alhamdulillah,” komen @mimisaleh1_.
Dalam pada itu, @azraisjamalproperty menyifatkan kunjungan Raja Perlis itu sebagai sesuatu yang menggembirakan Dr. Mahathir.
“Alhamdulillah Tun M semakin sihat. Ramai menziarahi Tun M tak kira apa lapisan sekali pun. Terima kasih Tuanku, buat Tun M gembira. Ramai yang sayangi Tun M. Semoga Tun M panjang umur. Kami masih perlukan pandangan Tun M untuk negara,” katanya.– KOSMO! ONLINE
The post Raja Perlis ziarah Tun M di IJN, ramai lega lihat semakin sihat appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- 2 mentions in the last hour after none the hour before
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!16:32
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Harian Metro, Kosmo!
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.