
Absence of NS exco could hamper state development, says ex-MB
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Former Negeri Sembilan menteri besar and state PH chairman Aminuddin Harun delivering a speech at the Negeri Sembilan DAP convention in Seremban. (Facebook pic) PETALING JAYA: The absence of an executive council in Negeri Sembilan is holding up investment and business matters that require state approval, says former menteri besar Aminuddin Harun. (Free Malaysia Today, 14:39)
Read the reporting
3 reports
Tiada exco boleh jejas pembangunan NS, bekas MB
Bekas menteri besar Negeri Sembilan dan Pengerusi PH negeri Aminuddin Harun berucap pada Konvensyen DAP Negeri Sembilan di Seremban hari ini. (Gambar Facebook) PETALING JAYA: Ketiadaan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di Negeri Sembilan menjejaskan urusan pelaburan dan perniagaan yang memerlukan kelulusan kerajaan negeri, kata bekas menteri besar, Aminuddin Harun.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan itu berkata, kerajaan negeri tidak dapat berfungsi seperti biasa hampir dua bulan selepas mengambil alih pentadbiran, dengan keputusan penting berkaitan dasar serta kelulusan masih tertangguh.
"Bagaimana hendak melaksanakan tugas-tugas ini tanpa exco? Pelabur menanti, pengusaha menanti, penjual yang menjual rumah, yang menjual kedai, yang menjual apa lagi?
"Yang perlukan kelulusan MMKN terpaksa tangguh, tangguh dan tangguh. Jadi, ini menggagalkan usaha negeri untuk terus berkembang.
"Pelabur mulai curiga. Ini menjadi satu perkara yang patut kerajaan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional fikirkan, bukan hanya memikirkan kepentingan mereka," katanya berucap pada Konvensyen DAP Negeri Sembilan di Seremban.
Negeri Sembilan tiada exco sejak 20 Sept lalu, selepas semua 10 ahli MMKN dilucutkan jawatan kerana melanggar sumpah jawatan mereka.
Pemecatan itu menyusul kenyataan yang dikeluarkan mereka lima hari sebelumnya bagi menyokong deklarasi menyingkirkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar.
Bagaimanapun, Menteri Besar, Ismail Lasim, berkata ketiadaan exco tidak akan menjejaskan pembentangan belanjawan negeri 2027.
Menurutnya, kerajaan negeri boleh mengemukakan belanjawan yang disediakan jabatan negeri di Dewan Undangan Negeri tanpa exco.
Aminuddin dalam ucapannya kesal kerana kerajaan negeri pimpinannya kehilangan kuasa walaupun mencatatkan pelbagai kejayaan, sambil menyalahkan serangan terhadap DAP serta eksploitasi isu perkauman oleh BN dan PN.
Beliau menggesa PH Negeri Sembilan memperkukuhkan gabungan itu dan berusaha mengekalkan kerusi Parlimen sedia ada serta memenangi lebih banyak kerusi pada PRU16.
Katanya, PH perlu menyasarkan kerusi Parlimen Tampin, Kuala Pilah dan Rembau.
"Tak apa kita tewas. Rakyat Negeri Sembilan sedang melihat apa yang berlaku dan saya yakin mereka dapat menilai siapa yang boleh menjalankan tugas dan siapa yang hanya pandai bercakap besar, tetapi gagal memikul tanggungjawab.
"Kita masih ada masa. Teruskan usaha dan pastikan kita dapat memenangi PRU akan datang serta menambah bilangan kerusi."
Why it is rising
- Mention velocity 2.0× the previous hour (2 vs 1 mentions)
- Current hour is 1.8 standard deviations above this event's own baseline
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Free Malaysia Today) source
- LanguageFirst Bahasa Malaysia coverage (Free Malaysia Today) source
- NewsFirst news outlet reports it (Free Malaysia Today) source
- LanguageFirst Bahasa Malaysia coverage (Sinar Harian) source
- NewsFirst news outlet reports it (Sinar Harian) source
- StateRising
2 sources, growth +100%, z 1.8
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today14:39
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Free Malaysia Today, Sinar Harian
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.