Malaysian Attention Engine
Live wire
52Saman fitnah: Dr Akmal diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Teresa Kok52Business : Data Centre Bill To Be Presented To Cabinet In 2027 -- Akmal Nasrullah49Kes MyEG-Zetrix: 15 pegawai JPJ, bank dirakam percakapan46Philippines summons China's envoy over remarks conveying 'threat'45Lelaki tular lakukan perbuatan tidak senonoh pada kucing ditahan43PTP langgan 16 GWh tenaga hijau sebulan bersama TNB43Rapid KL sedia 85 bas khas sempena Grand Prix Malaysia43Sport : Record-breaking Zuhairie Delivers Malaysia's First Gold In Asian Para Games41General : Dzulkefly: M'sia Pushes For ASEAN Self-reliance In Essential Medicines Amid Global Supply Chain Risks41World : UN Food Agency Cuts Gaza Assistance By One-Third Amid Funding Shortages411MDB wins appeal for fresh hearing on US$3.7bil judgment against Jho Low, father40Dagangan Malaysia catat pencapaian luar biasa sembilan bulan pertama 2026
NewConfirmedupdated 1 h ago

Adakah Malaysia wajar mempunyai ladang babi? – Wan Saiful

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
22
−100% / 60 min
Momentum
12
0 vs 2 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
2
News · YouTube
First detected 19 Oct, 17:05 MYTLatest activity 19 Oct, 17:38BMconfidence 59%

What happened

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengkaji sama ada industri penternakan babi wajar diteruskan di negara ini atau bekalan daging berkenaan boleh diperoleh menerusi import. (Utusan Malaysia, 17:05)

Read the reporting

2 reports
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Adakah Malaysia wajar mempunyai ladang babi? – Wan Saiful

By HAFIZ SAIDINA · 19 Oct, 17:05 MYT

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengkaji sama ada industri penternakan babi wajar diteruskan di negara ini atau bekalan daging berkenaan boleh diperoleh menerusi import.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, cadangan itu perlu dipertimbangkan berdasarkan isu pencemaran, kebajikan rakyat serta kesesuaian industri berkenaan di negara ini.

“Sebenarnya saya rasa tidak keterlaluan kalau saya usulkan di sini supaya kerajaan Persekutuan mempertimbangkan adakah wajar Malaysia terus mempunyai ladang-ladang babi dalam negara kita.

“Bekalan daging babi boleh diperoleh secara import seperti yang dilakukan di Singapura. Malahan ada kemungkinan daging babi import boleh lebih murah daripada yang diternak di Malaysia,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

Wan Saiful turut menuntut supaya ladang penternakan babi di Kampung Selamat, Tasek Gelugor ditutup bagi menyelesaikan isu berkenaan secara muktamad.

“Saya menuntut supaya kita mencari penyelesaian muktamad isu ini. Ladang penternakan babi harus ditutup!.

“Lihat di Selangor. Kerajaan negeri mengambil langkah menghentikan penternakan babi di Tanjong Sepat secara berperingkat, selain membincangkan pemulihan tanah dan penyediaan sumber pendapatan alternatif untuk penternak.

“Saya menjunjung kasih kepada Sultan Selangor kerana atas inisiatif baginda, perkara ini dapat dilakukan,” katanya.

Menurutnya, pendekatan di Selangor membuktikan perubahan aktiviti ekonomi boleh dirancang dan dilaksanakan, sekali gus berpotensi dijadikan model bagi menyelesaikan isu sama di Tasek Gelugor.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kebajikan penternak perlu terus dijaga dengan memastikan mereka tidak ditinggalkan tanpa bantuan sepanjang proses peralihan.

“Kerajaan perlu menyediakan pelan peralihan yang adil, dengan tempoh pelaksanaan yang jelas, penilaian tanah, bantuan kewangan bersesuaian dan latihan untuk beralih kepada bidang penternakan lain,” katanya.

Wan Saiful berkata, isu berkenaan perlu ditangani secara rasional dan tidak dijadikan polemik perkauman atau agama.

“Tapi hati-hati jangan jadikan isu ini isu perkauman atau agama. Kita mesti meneliti isu ini sebagai isu pencemaran, isu kebajikan rakyat terbanyak dan sebagai isu kesesuaian sesuatu industri untuk negara kita,” katanya. – UTUSAN

The post Adakah Malaysia wajar mempunyai ladang babi? – Wan Saiful appeared first on Utusan Malaysia .

As published in Utusan Malaysia’s feed.Read at Utusan Malaysia

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • Spread across News, YouTube
  • 2 independent sources, 1 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 51first news pick-upNEWnow18:00
Latest 18:40 MYT
22New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms2

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source
  2. Spread
    YouTube discussion begins (KiniTV (YouTube)) source
  3. News
    First news outlet reports it (KiniTV (YouTube)) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
19 Oct, 17:05 MYT
Origin confidence 90% · 34 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    17:05
  2. Step 2
    YouTube (mainstream)
    KiniTV (YouTube)
    17:38 · +34 min

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): KiniTV (YouTube), Utusan Malaysia

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News · YouTube. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.