
Dagangan Malaysia catat pencapaian luar biasa sembilan bulan pertama 2026
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Prestasi perdagangan Malaysia mencatatkan pencapaian luar biasa bagi tempoh sembilan bulan pertama 2026 apabila jumlah perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan masing-masing merekodkan nilai tertinggi bagi tempoh Januari hingga September. (Berita Harian, 12:28)
Read the reporting
1 report
Dagangan Malaysia catat pencapaian luar biasa sembilan bulan pertama 2026
KUALA LUMPUR: Prestasi perdagangan Malaysia mencatatkan pencapaian luar biasa bagi tempoh sembilan bulan pertama 2026 apabila jumlah perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan masing-masing merekodkan nilai tertinggi bagi tempoh Januari hingga September.
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan berkata, pencapaian ini mencerminkan kekukuhan prestasi perdagangan negara dalam persekitaran ekonomi global yang dinamik.
Menurut MITI, jumlah perdagangan meningkat 30.1 peratus tahun ke tahun kepada RM2.910 trilion, dengan eksport berkembang 34 peratus kepada RM1.571 trilion dan import naik 25.7 peratus kepada RM1.339 trilion, menghasilkan lebihan dagangan sebanyak RM232.38 bilion yang meningkat 115.7 peratus.
Katanya, pertumbuhan eksport Malaysia bagi tempoh sembilan bulan pertama 2026 disokong oleh peningkatan secara keseluruhan eksport sektor perkilangan dan hasil galian, dengan kedua-duanya mencatatkan pertumbuhan dua digit.
"Eksport barangan elektrik dan elektronik (E&E) kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan, dengan nilai eksport meningkat hampir RM254 bilion, didorong oleh permintaan global yang berterusan terhadap semikonduktor, peningkatan pelaburan dalam kecerdasan buatan (AI) serta penggunaan teknologi digital yang semakin meluas.
"Pertumbuhan eksport turut disokong oleh keluaran petroleum, barangan optik dan saintifik, jentera, kelengkapan dan peralatan serta barangan perkilangan logam. Sementara itu, peningkatan eksport bijih logam dan serpihan logam serta gas asli cecair (LNG) menyumbang kepada prestasi positif sektor hasil galian," katanya.
MITI berkata, dari segi pasaran, prestasi eksport Malaysia mendapat manfaat daripada peningkatan eksport ke rakan dagang utama, dengan ASEAN, China, Amerika Syarikat (AS), Taiwan dan Kesatuan Eropah masing-masing mencatatkan pertumbuhan yang ketara.
Ia berkata, pertumbuhan eksport turut meluas ke pasaran rakan dagang Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia, yang mencerminkan permintaan yang lebih kukuh di pasaran seperti Hong Kong, Jepun, India, Korea Selatan, Australia, Mexico, Türkiye, United Kingdom (UK), Kanada dan Peru.
Prestasi perdagangan luar Malaysia turut mencatatkan pencapaian luar biasa pada September 2026 apabila jumlah perdagangan, eksport dan import masing-masing merekodkan nilai bulanan tertinggi pernah dicatatkan.
Menurut MITI, jumlah perdagangan melonjak 53.7 peratus tahun ke tahun kepada RM396.50 bilion, disokong oleh pertumbuhan kukuh melebihi 50 peratus dalam kedua-dua eksport dan import.
"Eksport melonjak 54.5 peratus kepada RM215.11 bilion, mencatatkan pertumbuhan terpantas sejak April 2021 dan buat pertama kalinya melepasi nilai RM200 bilion," katanya.
Sementara itu, import meningkat 52.7 peratus kepada RM181.39 bilion.
Malaysia turut mencatatkan lebihan dagangan sebanyak RM33.72 bilion, meneruskan trend lebihan bagi 77 bulan berturut-turut sejak Mei 2020.
Momentum perdagangan positif bagi tempoh Januari hingga September 2026 adalah selaras dengan prospek perdagangan luar dan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang menggalakkan.
Menurut Tinjauan Ekonomi 2027 Kementerian Kewangan (MOF), jumlah perdagangan diunjurkan berkembang 27.2 peratus pada 2026, dengan eksport meningkat 31 peratus dan import bertambah 23.1 peratus.
Dari segi ekonomi, MOF mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2026 di antara 4.8 hingga 5.3 peratus.
Bank Dunia turut menaikkan unjuran pertumbuhan Malaysia kepada 5.1 peratus, berbanding unjuran awal 4.4 peratus yang dibuat pada April lalu.
Pada peringkat global, Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) menyemak naik unjuran pertumbuhan volum perdagangan barangan dunia bagi 2026 kepada 3.9 peratus daripada unjuran awal pada Mac lalu iaitu 1.9 peratus.
MITI berkata, meskipun prospek perdagangan kekal positif, prestasi perdagangan Malaysia masih terdedah kepada ketidaktentuan susulan perubahan dasar perdagangan oleh ekonomi utama dan ketegangan geopolitik, khususnya konflik berterusan di Asia Barat, yang berpotensi mengganggu aliran perdagangan global serta meningkatkan tekanan kos.
Katanya, MITI dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan terus memantau perkembangan ini, memperkukuh kepelbagaian pasaran, memperluas akses ke pasaran berpertumbuhan tinggi serta membantu pengeksport Malaysia menyesuaikan diri dengan perubahan landskap perdagangan global.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian12:28
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.