Malaysian Attention Engine
Live wire
48Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM44Football: Soccer-Egg-freezing policies progressive but player choice crucial, FIFPRO's Culvin says44Zulkifli puji tindakan Jep Sepahtu kongsi rekod bayaran zakat RM1.935 juta40Opposition leader challenges Putrajaya to revive GST, end ‘uncertainty’40Lelaki dibelasah guna topi keledar, lima individu dicari polis40Business : No Meetings Held, No Agreements Reached With AirAsia – Loke38General : Tuanku Muhriz Will Not Attend Conference of Rulers Meeting37Khidmat tren KLIA Ekspres alami gangguan, kabel terputus36Kanak-kanak tujuh tahun cedera diserang sekumpulan anjing liar36Sindiket scam menyamar jadi polis India, ‘kebas’ RM1.4 juta34Israel teruskan serangan udara, bedil artileri di selatan Lubnan di sebalik perjanjian AS34World : September 2026 Second-Warmest On Record As Global Temperatures Remain Above 1.5 Degrees
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Agrobank tanggung 50 peratus kos pengajian warga kerja

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 18:00 MYTLatest activity 12 Oct, 18:00BMconfidence 60%

What happened

PETALING JAYA: Kos pengajian warga kerja Agrobank yang melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana atau doktor falsafah (PhD) akan ditanggung sebanyak 50 peratus oleh Agrobank mulai tahun ini menerusi program Accreditation of Prior Experiential Learning for Qualification (APEL Q). (Utusan Malaysia, 18:00)

Read the reporting

1 report
Utusan Malaysia·News·BM·1 min read

Agrobank tanggung 50 peratus kos pengajian warga kerja

By NUR AQILAH NASUHA MAZLAN · 12 Oct, 18:00 MYT

PETALING JAYA: Kos pengajian warga kerja Agrobank yang melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana atau doktor falsafah (PhD) akan ditanggung sebanyak 50 peratus oleh Agrobank mulai tahun ini menerusi program Accreditation of Prior Experiential Learning for Qualification (APEL Q).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, program itu mencerminkan komitmen bank untuk memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat dan memberi peluang kepada warga kerja berpengalaman meningkatkan kelayakan akademik dan kompetensi profesional.

“APEL menyediakan laluan alternatif kepada warga kerja untuk memperoleh kelayakan akademik dengan mengiktiraf pengetahuan dan kompetensi yang dibangunkan melalui pengalaman bekerja.

“Pendekatan ini membolehkan mereka memanfaatkan pengalaman profesional sebagai asas untuk melanjutkan pengajian dan memperkukuh keupayaan dalam bidang masing-masing,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Ahmad Badli, inisiatif itu seiring dengan usaha kerajaan memperkasa pembangunan kerjaya penjawat awam menerusi APEL Q, yang menanggung 50 peratus kos pengajian pada peringkat sarjana dan PhD.

“Bagi baki 50 peratus kos, warga kerja Agrobank boleh memohon pembiayaan menerusi Staff Educational-i Financing Program.

“Pembiayaan yang ditawarkan ialah sehingga RM50,000 atau baki kos sebenar pengajian, mengikut mana-mana yang lebih rendah.

“Pelaksanaan program ini juga merupakan pelaburan strategik dalam pembangunan bakat Agrobank bagi melahirkan warga kerja yang lebih kompeten, adaptif dan bersedia memenuhi keperluan industri yang sentiasa berkembang,” katanya.

Dalam pada itu, pembiayaan tersebut dikenakan kadar keuntungan sifar peratus sepanjang tempoh pembiayaan, sekali gus tidak menambah beban kos ke atas baki yuran yang dibiayai.

Katanya, program ini terbuka kepada warga kerja yang melanjutkan pengajian pada peringkat Sarjana atau PhD, tertakluk pada syarat kelayakan yang ditetapkan.

“Bank akan terus memperkukuh pembangunan modal insan melalui penyediaan peluang pembelajaran dan peningkatan kemahiran yang relevan dan usaha ini bertujuan membina tenaga kerja berkeupayaan tinggi dan berdaya tahan bagi menyokong mandatnya sebagai institusi kewangan pembangunan,” katanya. – UTUSAN

The post Agrobank tanggung 50 peratus kos pengajian warga kerja appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow19:0020:00
Latest 20:09 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
12 Oct, 18:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    18:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Agrobank tanggung 50 peratus kos pengajian warga kerja · Malaysian Attention Engine