
Sindiket scam menyamar jadi polis India, ‘kebas’ RM1.4 juta
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
ALOR SETAR – Polis Kedah membongkar taktik sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai polis India dengan memakai uniform pasukan itu ketika membuat panggilan video bagi memperdaya mangsa di negara tersebut. (Kosmo!, 17:15)
Read the reporting
5 reports
Polis tumpaskan sindiket penipuan menyamar sebagai pegawai polis India, 48 ditahan
am@hmetro.com.my
Alor Setar: Polis melumpuhkan sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai polis India selepas menyerbu pusat panggilan di sebuah premis perniagaan sekitar Bandar Putra, di Kulim, Jumaat lalu.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, seramai 48 individu berusia antara 20 hingga 43 tahun ditahan dalam operasi bersepadu yang dijalankan pada jam 8 malam.
Beliau berkata, tangkapan itu membabitkan tujuh lelaki warga Malaysia, 28 lelaki dan lima wanita warga Pakistan serta enam lelaki dan dua wanita warga India.
Katanya, sindiket yang dipercayai mula beroperasi sejak akhir Ogos lalu itu disyaki menyasarkan mangsa di India dengan menggunakan taktik menakut-nakutkan mangsa kononnya mereka terbabit dalam kesalahan undang-undang.
"Hasil pemeriksaan mendapati seramai 73 individu dipercayai menjadi mangsa sindiket berkenaan, dengan jumlah kerugian hampir RM1.4 juta atau 33 juta Rupee India.
"Polis turut merampas 89 telefon bimbit, tujuh komputer riba, sebuah modem, tiga penghala (router), empat monitor dan pelbagai peralatan lain yang dipercayai digunakan bagi menjalankan kegiatan penipuan.
"Barangan lain yang dirampas ialah skrip penipuan berbahasa Inggeris, tiga helai pakaian seragam polis India, dua topi seragam (peak cap), dua bendera India, satu bendera Central Bureau of Investigation (CBI) India serta dua papan kayu berlogo polis negara berkenaan," katanya pada sidang media di IPK Kedah, di sini hari ini.
Beliau berkata, siasatan mendapati sindiket itu menggunakan aplikasi Telegram untuk berkomunikasi dan menguruskan kegiatan mereka.
"Berdasarkan skrip penipuan yang dirampas, suspek dipercayai mendakwa nombor telefon yang digunakan atau didaftarkan atas nama mangsa terbabit dalam kesalahan undang-undang di India, " katanya.
Adzli berkata, mangsa kemudian diperdaya supaya memindahkan wang daripada akaun bank sendiri ke akaun yang diberikan kononnya bagi tujuan siasatan polis.
Katanya, hasil soal siasat mendapati sebahagian individu yang ditahan dipercayai memohon pekerjaan sebagai operator pemasaran telefon (telemarketing) selepas melihat iklan tawaran kerja di media sosial.
"Mereka kemudiannya dimasukkan ke dalam kumpulan Telegram dan dijanjikan gaji bulanan antara RM2,500 hingga RM3,500.
"Siasatan turut mendapati warga asing yang ditahan gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah untuk memasuki Malaysia.
"Semua 48 individu berkenaan direman selama empat hari bermula 10 hingga 13 Oktober (esok) bagi membantu siasatan," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Adzli berkata, polis menahan lima lagi individu semuanya warga tempatan, termasuk dua lelaki dan tiga wanita berusia antara 44 hingga 51 tahun, dalam operasi susulan semalam.
Beliau berkata, mereka dipercayai mempunyai peranan sebagai pemilik premis rumah kedai, dua ejen hartanah dan penyewa premis yang dijadikan pusat operasi sindiket berkenaan.
"Mereka ditahan di sekitar Bandar Kulim, Kedah dan Tanjung Piandang, Perak dan hasil semakan mendapati kelima-lima individu terbabit tidak mempunyai rekod jenayah, " katanya.
Adzli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 120B Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is peak
- 5 independent sources, 1 new in the last hour
- Driven by news coverage (6 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!17:15
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 5 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro, Kosmo!, Malay Mail
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (7)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.