
Kanak-kanak tujuh tahun cedera diserang sekumpulan anjing liar
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
ISKANDAR PUTERI: Kejadian serangan anjing liar terus berlaku di negeri ini melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang mengalami kecederaan parah selepas diserang sekumpulan anjing liar di Lima Kedai di sini, petang tadi. (Utusan Malaysia, 18:27)
Read the reporting
2 reports
Lagi kanak-kanak parah digigit anjing liar
ISKANDAR PUTERI – Belum reda kebimbangan berhubung kes kanak-kanak perempuan berusia dua tahun diserang anjing di Batu Pahat, seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun cedera parah selepas diserang sekumpulan lapan anjing liar di Lima Kedai di sini, petang hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa diserang ketika bermain di taman permainan berhampiran flat perumahan murah di kawasan berkenaan.
Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian mata, leher, kepala dan badan sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad berkata, kejadian itu amat membimbangkan dan tindakan segera perlu diambil pihak berkuasa bagi menangani masalah anjing liar yang mengancam keselamatan penduduk.
Menurutnya, langkah berkesan perlu dilaksanakan bagi mengelakkan kejadian sama berulang, terutama membabitkan kanak-kanak yang menggunakan kemudahan awam di kawasan perumahan.
Difahamkan, kejadian itu bukan insiden pertama di lokasi berkenaan apabila seorang remaja lelaki berusia 18 tahun turut berdepan situasi sama kira-kira pukul 6 pagi tadi.
Remaja terbabit dikatakan sedang membeli barangan di sebuah kedai runcit berhampiran sebelum berhadapan dengan kumpulan lapan anjing liar berkenaan.
Bagaimanapun, remaja itu berjaya menghalau haiwan berkenaan tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Pandak turut melawat mangsa dan berharap pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya dengan segera bagi memastikan keselamatan penduduk di Lima Kedai tidak terus terancam
Dalam kejadian berasingan pada 5 September lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dilaporkan mengalami kecederaan serius selepas diserang lima ekor anjing ketika berada di kawasan Kampung Tambak, Peserai, Batu Pahat.
Mangsa, Nur Khaira Wafiqah, dilaporkan mengalami kecederaan parah di kepala, pipi dan badan selepas diserang haiwan liar berkenaan.-KOSMO! ONLINE
The post Lagi kanak-kanak parah digigit anjing liar appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- 2 mentions in the last hour after none the hour before
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia18:27
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Kosmo!, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.