Malaysian Attention Engine
Live wire
475 sekolah di Nilai terima bungkusan misteri46Jerebu: Raja Zarith Sofiah bimbang kesan jangka panjang ke atas kesihatan pelajar43World : Singapore To Issue Preventive Measure Notices To Seven Indonesian Firms Linked To Haze41Most of Indonesia’s fires outside Malaysian-owned concessions, says Fahmi39PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang38Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB36General : Human Resources Ministry To Introduce Starting Basic Salary Guidelines - Ramanan35General : KPKT To Implement Three-Phase Plan To Tackle Flood Hotspots Over 12 Months - Nga35General : Government Supports Efforts To Strengthen Islamic Scholarship For Ummah - Anwar35Two Singapore-listed palm oil firms named in Greenpeace report on Indonesian plantation fires35Lebih 152,000 ‘tahi dadah’ kantoi ujian saringan34Haze: Schools must close, public gatherings cancelled if API exceeds 200, says Health Ministry
NewConfirmedupdated 42 min ago

AirBorneo sasar mulakan penerbangan terus Kuching ke Jakarta bulan ini

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
45
no previous hour
Momentum
48
2 vs 0 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 20:35 MYTLatest activity 16 Oct, 21:30BMconfidence 80%

What happened

JAKARTA: AirBorneo Airways milik Sarawak merancang melancarkan penerbangan terus antara Kuching dengan Jakarta pada bulan ini sebagai laluan antarabangsa keduanya, dengan memanfaatkan pasaran sedia ada sekitar 100,000 penumpang setahun. (Berita Harian, 20:35)

Read the reporting

2 reports
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

AirBorneo sasar mulakan penerbangan terus Kuching ke Jakarta bulan ini

By BERNAMA · 16 Oct, 20:35 MYT

JAKARTA: AirBorneo Airways milik Sarawak merancang melancarkan penerbangan terus antara Kuching dengan Jakarta pada bulan ini sebagai laluan antarabangsa keduanya, dengan memanfaatkan pasaran sedia ada sekitar 100,000 penumpang setahun.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Megat Ardian Wira Mohd Aminuddin, berkata syarikat penerbangan itu menyasarkan untuk menarik penumpang yang kini menggunakan perkhidmatan sedia ada, selain memperluas permintaan menerusi penambahan kapasiti dan pilihan perjalanan premium termasuk kelas perniagaan.

"Jadi, dengan lebih banyak kapasiti dalam pasaran, terdapat juga pemain yang menawarkan produk perkhidmatan penuh. Oleh itu, terdapat segmen pasaran kelas perniagaan yang mungkin berminat untuk terbang bersama AirBorneo," katanya pada sesi meja bulat bersama media di sini pada Jumaat.

Megat Ardian berkata, perkhidmatan ke Jakarta yang dicadangkan itu pada peringkat awal akan menggunakan dua pesawat jet pajakan sedia ada milik syarikat penerbangan itu secara bergilir-gilir, sementara menunggu rancangan untuk menambah jumlah pesawat jet kepada lima buah menjelang awal tahun depan.

"Menjelang awal tahun depan, kami sepatutnya mempunyai lima pesawat secara keseluruhan. Jadi, kami sedang berkembang. Pada peringkat awal kami menggunakan pesawat pajakan, kemudian beralih kepada pajakan kewangan dan dalam jangka panjang, kami akan menentukan sama ada untuk terus memajak atau memiliki pesawat sendiri," katanya.

Menyuarakan keyakinan terhadap pasaran Indonesia, Megat Ardian berkata AirBorneo akan menyasarkan pelbagai segmen penumpang, termasuk pengembara untuk urusan perniagaan dan kerajaan, pelancong perubatan, pelancong rekreasi, serta mereka yang ingin mengunjungi rakan dan saudara-mara.

Beliau berkata, Jakarta akan menjadi pintu masuk permulaan syarikat penerbangan itu ke Indonesia, manakala bandar-bandar lain mungkin dipertimbangkan apabila operasinya berkembang dan permintaan penumpang meningkat.

Pada masa ini, AirBorneo mengendalikan pesawat Boeing 737-800 yang disewa secara 'wet-lease' (sewaan pesawat berserta kru dan penyelenggaraan), dengan setiap pesawat dilengkapi 12 tempat duduk kelas perniagaan dan 150 tempat duduk kelas ekonomi.

Syarikat penerbangan itu memulakan operasi pesawat jet pada 20 Julai menerusi laluan Kuching-Kuala Lumpur, diikuti laluan Kuching-Singapura pada 22 Julai, yang menandakan laluan antarabangsa pertamanya.

Megat Ardian berkata, AirBorneo telah menerbangkan 43,502 penumpang menerusi kira-kira 500 penerbangan jet sejak Julai, dengan mencatatkan kadar ketepatan masa melebihi 95 peratus.

Mengenai operasi Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS), beliau berkata syarikat penerbangan itu telah membawa 547,969 penumpang melalui 22,532 penerbangan antara Januari hingga Oktober tahun ini, dengan mencatatkan kadar ketepatan masa melebihi 93 peratus.

-BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Berita Harian’s feed.Read at Berita Harian

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 mentions in the last hour after none the hour before
  • 2 independent sources, 2 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 45first news pick-upNEWnow21:00
Latest 21:33 MYT
45New
Mentions / h2Velocity0.03/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Astro Awani (BM)) source

Where it started

Berita Harian (News)
16 Oct, 20:35 MYT
Origin confidence 90% · 54 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    20:35

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Astro Awani (BM), Berita Harian

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.