
Akaun pendapatan primer dijangka defisit RM90.2 bilion
Only social or community posts, or a single source.
What happened
AKAUN pendapatan primer Malaysia dijangka mencatat defisit sebanyak RM90.2 bilion pada 2026, berikutan aliran keluar bersih lebih tinggi dalam akaun pendapatan pelaburan dan pampasan pekerja. (Utusan Malaysia, 15:45)
Read the reporting
2 reports
Akaun semasa dijangka catat lebihan RM41.8 bilion pada 2027
AKAUN semasa imbangan pembayaran diunjur meningkat dengan lebihan sebanyak RM41.8 bilion atau 1.9 peratus daripada pendapatan negara kasar (PNK) pada 2027.
Menurut Tinjauan Ekonomi 2027, peningkatan itu disumbangkan oleh baki positif dalam akaun barangan dan akaun perkhidmatan serta defisit lebih kecil dalam akaun pendapatan sekunder, meskipun aliran keluar bersih lebih tinggi dalam akaun pendapatan primer.
“Lebihan dalam akaun barangan dijangka berkurang kepada RM130.6 bilion disebabkan pertumbuhan import yang mengatasi eksport.
“Import dijangka lebih tinggi, terutamanya dalam sektor penjagaan kesihatan dan pendidikan serta projek infrastruktur bagi pelaksanaan projek berpaksikan rakyat,” katanya.
Sementara itu, akaun perkhidmatan dijangka mencatat aliran masuk bersih yang besar sebanyak RM17.8 bilion, disumbangkan peningkatan lebihan dalam akaun perjalanan dan pengurangan defisit dalam akaun perkhidmatan lain, meskipun aliran keluar bersih lebih besar dalam akaun pengangkutan.
“Akaun perjalanan pula diunjur meningkat dan mencatat lebihan sebanyak RM61.3 bilion, didorong aktiviti pelancongan yang rancak.
“Terimaan dalam akaun perjalanan diunjur meningkat berikutan Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026), Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA) 2027 dan Sukan SEA ke-34 yang dijangka menarik lebih ramai ketibaan pelancong antarabangsa serta menggalakkan perbelanjaan per kapita pelancong yang lebih tinggi.
“Walau bagaimanapun, bayaran dalam akaun perjalanan dijangka meningkat berikutan perbelanjaan residen yang lebih tinggi di luar negara bagi aktiviti perjalanan perniagaan, pendidikan dan keagamaan,” katanya.
Akaun perkhidmatan lain pula dijangka mencatat defisit lebih kecil iaitu RM14.1 bilion, disokong terimaan lebih tinggi daripada aktiviti berkaitan pusat data dan pengkomputeran awan.
“Realisasi pelaburan dalam pusat data dan penerimagunaan digitalisasi yang rancak dijangka ditunjukkan melalui terimaan lebih tinggi dalam perkhidmatan telekomunikasi, komputer dan maklumat.
“Selain itu, aliran masuk bersih dalam perkhidmatan pembuatan bagi input fizikal dimiliki pihak lain dijangka meningkat berikutan prospek menggalakkan dalam industri elektrik dan elektronik (E&E).
“Walau bagaimanapun, defisit dalam akaun pengangkutan dijangka berkembang kepada RM29.4 bilion disebabkan kebergantungan berterusan terhadap penyedia pengangkutan asing, sejajar dengan aktiviti perdagangan yang mampan,” jelasnya.
Akaun pendapatan primer diunjur mencatat aliran keluar bersih lebih besar iaitu sebanyak RM94.7 bilion, disebabkan peningkatan defisit dalam pendapatan pelaburan dan pampasan pekerja.
“Akaun pendapatan pelaburan dijangka mencatat aliran keluar bersih lebih tinggi susulan peningkatan penghantaran pulang keuntungan dan dividen oleh pelabur asing di Malaysia.
“Defisit dalam akaun pampasan pekerja juga dijangka meningkat disebabkan penyertaan profesional asing yang lebih tinggi.
“Walau bagaimanapun, aliran keluar bersih dalam akaun pendapatan sekunder diunjur mengecil kepada RM12 bilion, disumbangkan kiriman wang masuk lebih tinggi oleh rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara,” katanya. – UTUSAN
The post Akaun semasa dijangka catat lebihan RM41.8 bilion pada 2027 appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia15:45
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.



