Malaysian Attention Engine
AcceleratingConfirmedupdated 7 min ago

RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 2027

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
53
+100% / 60 min
Momentum
65
4 vs 2 mentions/h
Sources
7
8 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 02:20 MYTLatest activity 9 Oct, 08:45BMconfidence 86%

What happened

RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 2027 (Harian Metro, 02:20)

Read the reporting

7 reports
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·3 min read

RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 2027

By Norhayati Nordin · 9 Oct, 02:20 MYT

norhayati_nordin@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) menyeru kerajaan untuk memperkukuh sokongan terhadap industri muzik Malaysia menerusi Belanjawan 2027 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada petang esok.

RIM menerusi kenyataan dikeluarkan persatuan itu berharap agar bidang muzik diiktiraf sebagai penyumbang penting kepada ekonomi kreatif negara serta sumber kandungan digital dan harta intelek yang semakin bernilai.

Industri muzik Malaysia menunjukkan potensi ekonomi ketara, berdasarkan Economic Impact Study of the Malaysian Music Industry yang dijalankan oleh firma perunding antarabangsa terkemuka dikenali, PwC bagi tempoh 2016 hingga 2020, Industri muzik tempatan didapati berupaya menjana kira-kira RM19.4 bilion dalam 'output' ekonomi setiap tahun, sekali gus menyumbang RM531 juta dalam kutipan cukai tahunan dan menyokong purata 111,000 pekerjaan setahun di Malaysia.

Manfaat ekonomi daripada industri muzik juga didapati memberi limpahan kepada sektor berkaitan termasuk acara muzik secara langsung, premis hiburan, media penyiaran dan pelancongan.

Pada tahun 2025, industri muzik Malaysia turut merekodkan pendapatan sebanyak RM428.3 juta, iaitu hasil tertinggi yang pernah dicatat dalam sejarah industri dan angka itu berdasarkan data dikeluarkan oleh RIM.

Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 17.7 peratus berbanding RM352.4 juta yang direkodkan pada tahun 2024, dengan pendapatan dari penstriman muzik digital dan kutipan Organisasi Pengurusan Kolektif (CMO) sebagai pemacu utama hasil industri.

Pengerusi RIM, Rosmin Hashim berkata, industri muzik Malaysia terus berkembang dengan pesat, khususnya dalam pertumbuhan muzik digital dan peningkatan nilai harta intelek muzik.

"Kami percaya bahawa dengan sokongan strategik daripada pihak kerajaan, industri ini mampu menyumbang dengan lebih besar kepada ekonomi Malaysia, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bernilai tinggi untuk rakyat serta membangunkan kandungan muzik yang mampu bersaing di pasaran antarabangsa." katanya dalam kenyataan itu.

RIM juga berpandangan bahawa sokongan pembiayaan kerajaan kepada industri muzik menunjukkan hasil yang positif menerusi inisiatif seperti Dana Kandungan Kreatif (DKK) oleh Kementerian Komunikasi untuk menyokong penghasilan kandungan muzik Malaysia berkualiti.

"Kami berharap kerajaan akan terus meningkatkan pelaburan dalam pembangunan kandungan muzik Malaysia, khususnya bagi menyokong artis baharu, penerbit dan syarikat muzik, serta membangunkan harta intelek muzik yang berdaya maju secara komersial serta berpotensi mencapai khalayak di peringkat serantau dan antarabangsa," kata Rosmin.

RIM menyeru sokongan kerajaan bagi mempromosikan muzik Malaysia di peringkat antarabangsa iaitu Asia dan global dengan lebih besar meliputi pelbagai rakaman dihasilkan dalam bahasa Melayu, Mandarin, Tamil dan Inggeris.

Selain mencadangkan penubuhan Dana Eksport Muzik Malaysia yang khusus bagi menyokong penyertaan artis Malaysia dalam pertunjukan muzik antarabangsa, promosi di luar negara, pemasaran digital, kolaborasi serta inisiatif lain yang dapat membantu syarikat muzik tempatan tembusi pasaran antarabangsa.

"Malaysia bukan sahaja perlu menjadi pengguna kandungan muzik antarabangsa. Tetapi, kita juga mempunyai bakat, kepelbagaian dan harta intelek untuk menjadi pengeksport muzik Malaysia yang lebih kukuh, khususnya di rantau Asia Tenggara (ASEAN) dan pasaran utama Asia," ujarnya.

Apapun, RIM menyeru agar diperkenalkan juga insentif Potongan Cukai Berganda oleh kerajaan bagi perbelanjaan yang layak ditanggung syarikat rakaman untuk latihan bakat, pembangunan bakat dan aktiviti penerbitan muzik di Malaysia.

Menerusi cadangan insentif itu, syarikat rakaman yang layak akan dibenarkan menuntut potongan cukai sebanyak 200 peratus daripada perbelanjaan layak, tertakluk kepada syarat dan garis panduan ditetapkan oleh kerajaan.

Cadangan insentif itu bagi menggalakkan syarikat rakaman meningkatkan pelaburan dalam pembangunan bakat tempatan, khususnya dalam bidang seperti latihan vokal, persembahan dan perhubungan awam, yang penting untuk mempersiapkan artis Malaysia membina kerjaya mampan serta memperoleh banyak peluang di pasaran tanah air dan antarabangsa.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Text and pictures from Harian Metro, shown with attribution.Read at Harian Metro

1 / 7 · arrow keys switch reports

Why it is accelerating

  • 4 mentions in the last hour after none the hour before
  • Current hour is 3.7 standard deviations above this event's own baseline
  • 6 independent sources, 4 new in the last hour
  • Driven by news coverage (6 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 4 mentions/hpeak 55NEWRISINGACCELERATINGnow08:00
Latest 08:48 MYT
53Accelerating
Mentions / h4Velocity0.07/minSources7Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source
  2. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source
  3. State
    Rising

    3 sources, growth +0%, z 1.7

  4. State
    Accelerating

    growth +400% with positive acceleration

Where it started

Harian Metro (News)
9 Oct, 02:20 MYT
Origin confidence 90% · 149 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    02:20

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 6 established outlet(s): Astro Awani (BM), Berita Harian, Google News Malaysia (BM), Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (11)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.