
Alcaraz kembali gegar Vienna selepas lima tahun
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Vienna: Carlos Alcaraz akan beraksi dalam kejohanan Terbuka ATP 500 Erste Bank di Vienna buat kali pertama sejak 2021 selepas menerima jemputan wild kad, umum Jelajah ATP. (Harian Metro, 09:04)
Read the reporting
1 report
Alcaraz kembali gegar Vienna selepas lima tahun
Vienna: Carlos Alcaraz akan beraksi dalam kejohanan Terbuka ATP 500 Erste Bank di Vienna buat kali pertama sejak 2021 selepas menerima jemputan wild kad, umum Jelajah ATP.
Pemain berusia 23 tahun dari Sepanyol itu mengharungi musim yang tidak menentu akibat kecederaan pergelangan tangan sehingga terlepas saingan Wimbledon dan Terbuka Perancis.
Bagaimanapun, dia masih berjaya meraih tiga gelaran, bermula dengan kejuaraan Terbuka Australia sebelum menjuarai kejohanan di Doha dan Tokyo.
Ketika pemain Itali, Jannik Sinner, terpaksa melupakan baki musim ini akibat kecederaan, beberapa pemain kelompok 10 terbaik dunia dijangka menyertai kejohanan gelanggang tertutup di Vienna dari 26 Oktober hingga 1 November.
Antara pemain yang mengesahkan penyertaan setakat ini ialah Alexander Zverev dari Jerman, Daniil Medvedev dari Rusia, Flavio Cobolli dari Itali dan Alex de Minaur dari Australia.
Pada 2021, ketika berusia 18 tahun, Alcaraz mara ke separuh akhir di Vienna sebelum tewas kepada Zverev yang kemudian muncul juara.
Alcaraz kini menduduki ranking ketiga dunia dengan rekod 33 kemenangan dan lima kekalahan sepanjang musim ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro09:04
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.