
ADUN PH gesa DUN Negeri Sembilan segera bersidang
Only social or community posts, or a single source.
What happened
SEREMBAN: Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pakatan Harapan (PH) mendesak persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang ditangguhkan daripada jadual asal hari ini supaya diadakan segera bagi membolehkan isu rakyat dibangkitkan. (Utusan Malaysia, 10:38)
Read the reporting
3 reports
Adun PH N Sembilan kesal sidang DUN tangguh
Ketua pembangkang Negeri Sembilan J Arul Kumar (tengah) bersama 10 lagi Adun PH di luar bangunan Wisma Negeri di Seremban. (Gambar DAP) PETALING JAYA: 11 Adun Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan meluahkan rasa kesal apabila persidangan perasmian penggal pertama DUN negeri yang sepatutnya bermula hari ini ditangguhkan tanpa sebarang pemakluman rasmi mahupun surat bertulis.
Ketua Pembangkang Negeri Sembilan, J Arul Kumar berkata semakan di portal rasmi e-Dewan sehingga pagi ini masih memaparkan jadual persidangan berlangsung selama lima hari bermula 16 hingga 22 Okt 2026.
"Hari ini sepatutnya hari pertama persidangan, tetapi apabila kita hadir, tiada persidangan dilaksanakan.
"Kita tidak dimaklumkan berkaitan dengan penangguhan ini sama ada secara bertulis mahupun menerusi e-Dewan," kata Adun Nilai itu dalam sidang media di luar Wisma Negeri di Seremban.
Menurutnya, penangguhan acara penting seperti perasmian persidangan DUN tidak sepatutnya dimaklumkan menerusi sidang media menteri besar semata-mata, sebaliknya perlu mengikut saluran dan prosedur rasmi.
"Sebagai Adun, DUN adalah satu-satunya ruang untuk kita membawa masalah rakyat dan mendapatkan jawapan rasmi daripada kerajaan negeri memandangkan kita tidak dijemput ke mesyuarat di peringkat daerah atau negeri," katanya.
Mengulas lanjut, beliau mempersoalkan sama ada penangguhan persidangan itu mempunyai kaitan dengan ketiadaan barisan exco yang berfungsi selepas 76 hari pilihan raya berlalu.
Katanya, situasi semasa memperlihatkan pentadbiran seolah-olah beroperasi secara ‘one-man show’ di mana seluruh beban pentadbiran dan portfolio dipikul oleh menteri besar seorang.
"Tanpa 10 Exco, adakah menteri besar seorang mampu menjawab soalan daripada 35 Adun dari pagi sampai petang? Sudah tentu jawapan yang diberikan tidak berkualiti kerana tiada Exco khusus mengikut portfolio untuk menjawab soalan yang dibangkitkan.
"Ini bukan isu politik kerana kerajaan ada majoriti 25 kerusi DUN. Pentadbiran boleh dijalankan dengan baik jika isu ini diselesaikan segera demi kepentingan rakyat," katanya.
Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan negeri supaya mengeluar makluman rasmi berhubung penangguhan tersebut serta memanggil semula persidangan DUN dengan kadar segera tanpa perlu menunggu sesi belanjawan negeri.
8 Okt lalu, Menteri Besar Negeri Sembilan Ismail Lasim dilaporkan berkata persidangan DUN itu ditangguhkan ke penghujung bulan depan, dengan pembentangan belanjawan negeri dijangka berlangsung pada 27 Nov.
Katanya, penangguhan itu dibuat berikutan kekangan masa selain kerajaan negeri ketika ini memberi keutamaan kepada penyediaan belanjawan yang mengambil kira keperluan negeri dan rakyat.
Why it is new
- 2 mentions in the last hour after none the hour before
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia10:38
- Step 2NewsThe Vibes10:45 · +6 min
Internet reaction
- PH state assemblymen urge NS State Legislative Assembly to convene immediatelyu/The Vibes · The Vibes · 10:45 · EN
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.