Malaysian Attention Engine
Live wire
5412 rakyat Palestin, wartawan AS cedera dalam serangan peneroka Israel di Tebing Barat46Rodtang meriahkan Muay Thai LAGA 202641No, QR payments are not getting a service charge from Nov 1, says Finance Ministry4127 mangsa dipindahkan ke PPS SK Seri Penanti40Mayat bayi tanpa kepala, satu tangan ditemukan dalam longkang39General : Selangor KPDN Investigates 10 Complaints Of Suspected Water-mixed Petrol37Graduate pay must reflect skills, not location, says Ramanan36Gambar pelajar disunting guna AI jadi bahan lucah36General : Six Women Honoured At YTF Women In Technology Awards 202635Around 550,000 people take part in protests across France, about 400 arrested: minister35Enam warga Pakistan ditahan dalam serbuan di Kampung Nakhoda35Gagal capai KPI, wakil rakyat DAP berisiko digugurkan sebagai calon - Loke
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Alumni aset strategik pacu masa depan pendidikan tinggi negara

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 11:25 MYTLatest activity 18 Oct, 11:25BMconfidence 60%

What happened

SETIAP tahun, ribuan mahasiswa melangkah keluar dari universiti dengan segulung ijazah untuk membina kerjaya dan kehidupan. Namun, persoalan yang wajar direnungkan ialah sama ada hubungan mereka dengan universiti turut berakhir pada hari konvokesyen. (Berita Harian, 11:25)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·4 min read

Alumni aset strategik pacu masa depan pendidikan tinggi negara

By Prof Dr Mohd Shahrizal Sunar · 18 Oct, 11:25 MYT

SETIAP tahun, ribuan mahasiswa melangkah keluar dari universiti dengan segulung ijazah untuk membina kerjaya dan kehidupan. Namun, persoalan yang wajar direnungkan ialah sama ada hubungan mereka dengan universiti turut berakhir pada hari konvokesyen.

Hakikatnya, konvokesyen bukanlah titik penamat, sebaliknya permulaan hubungan baharu yang berpotensi menyumbang kepada pembangunan universiti, industri dan negara.

Justeru, hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menggerakkan jaringan alumni sebagai salah satu daripada tujuh tujahan utama KPT bagi tahun 2026 dengan sokongan Majlis Alumni Universiti Awam Malaysia (MALUMNI), adalah langkah strategik yang wajar disambut seluruh ekosistem pendidikan tinggi negara.

Sempena Program Alumni Back to Campus peringkat kebangsaan 2026 di Universiti Malaya (UM) pada 10 Oktober lalu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, memaklumkan bahawa 20 universiti awam telah melahirkan lebih 3.5 juta alumni, tidak termasuk graduan institusi pendidikan tinggi swasta.

Bayangkan potensi yang mampu digerakkan sekiranya sebahagian daripada jutaan alumni ini menyumbang kepakaran, pengalaman, jaringan profesional dan peluang kerjaya kepada generasi pelajar hari ini.

Alumni bukan sekadar bekas pelajar. Mereka adalah aset strategik yang berupaya memperkukuh pembangunan modal insan dan daya saing negara.

Meneladani universiti terkemuka dunia

Universiti terkemuka dunia sudah lama mengiktiraf alumni sebagai sebahagian daripada ekosistem pembangunan institusi.

Kajian Massachusetts Institute of Technology (MIT) menganggarkan alumninya telah mengasaskan sekitar 30,200 syarikat aktif sehingga 2014, menyediakan 4.6 juta pekerjaan dan menjana pendapatan tahunan sekitar AS$1.9 trilion.

Stanford University pula menghubungkan mahasiswa dengan lebih 10,000 alumni sukarelawan melalui program pementoran bagi membantu penerokaan kerjaya dan pembangunan profesional.

Di Asia, National University of Singapore (NUS) memanfaatkan jaringan alumni dalam program pementoran dan hubungan industri, manakala University of Tokyo membabitkan alumni dalam seminar kerjaya, bimbingan mahasiswa serta jaringan antarabangsa.

Pengalaman ini membuktikan, kejayaan alumni bukan sekadar untuk diraikan, tetapi perlu diterjemahkan kepada peluang pembangunan generasi berikutnya.

Memanfaatkan kepintaran data alumni

Bagi merealisasikan aspirasi ini, universiti perlu beralih daripada sekadar menyimpan rekod graduan kepada membangunkan pendekatan pengurusan alumni yang lebih strategik.

Dalam era kecerdasan buatan (AI), data alumni perlu dimanfaatkan sebagai sumber kepintaran strategik atau 'alumni intelligence' untuk mengenal pasti kepakaran, kedudukan profesional, jaringan industri dan potensi kerjasama.

Apabila pelajar memerlukan mentor, universiti boleh mengenal pasti alumni yang bersesuaian.

Apabila fakulti mencari rakan industri, jaringan alumni mampu membuka peluang. Apabila penyelidik mahu mengkomersialkan inovasi, alumni berpengalaman boleh menghubungkan mereka dengan pasaran dan pelabur.

Pendekatan ini membolehkan jaringan alumni berkembang daripada hubungan sosial kepada ekosistem yang menghasilkan impak nyata.

Alumni jambatan universiti dan industri

Cabaran pendidikan tinggi bukan sekadar melahirkan graduan berkelayakan, tetapi memastikan mereka memiliki kemahiran dan keyakinan untuk menghadapi dunia pekerjaan.

Alumni mempunyai kelebihan tersendiri kerana memahami pengalaman pembelajaran di universiti serta realiti dan tuntutan industri.

Seorang alumni yang membimbing pelajar, menawarkan latihan industri atau membuka peluang pekerjaan sebenarnya sedang menyumbang secara langsung kepada pembangunan bakat negara.

Sumbangan alumni juga tidak seharusnya dinilai melalui kewangan semata-mata. Masa, kepakaran, jaringan dan peluang profesional mempunyai nilai yang sama penting.

Pada masa sama, hubungan ini perlu bersifat dua hala. Universiti juga perlu terus menawarkan peluang pembelajaran sepanjang hayat, peningkatan kemahiran dan pembangunan profesional kepada alumni.

UTM memperkasa ekosistem alumni

Di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), usaha memperkukuh hubungan alumni digerakkan melalui pendekatan yang bersepadu dan berorientasikan impak.

Ia dilaksanakan dengan mengambil kira keperluan, aspirasi serta perubahan landskap profesional dan kehidupan merentas generasi alumni.

Dengan lebih 257,000 alumni, termasuk lebih 14,000 alumni antarabangsa, UTM mempunyai jaringan profesional yang berpotensi menyumbang kepada pembangunan pelajar, penyelidikan, inovasi dan kerjasama industri.

Penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Alumni Universiti (JKPAU) menjadi langkah memperkukuh penyelarasan agenda alumni merentas fakulti dan pusat tanggungjawab.

Hubungan strategik bersama Persatuan Alumni UTM turut diperkasakan, di samping usaha memperluas jaringan alumni antarabangsa melalui Global Chapters

Melalui inisiatif UTM Alumni Connect, UTM Alumni Global Connect dan Jejak Legasi, universiti memperkukuh hubungan dengan alumni dalam kalangan pemimpin industri, tokoh korporat, usahawan, ahli akademik dan profesional di dalam serta luar negara.

Jaringan ini membuka ruang kepada kerjasama industri, pembangunan bakat, perkongsian kepakaran dan pengantarabangsaan universiti.

Melalui ekosistem bersepadu yang turut melibatkan alumni, fakulti, pusat kerjaya, pusat keusahawan, UTM diiktiraf sebagai Universiti Awam pertama dengan 100 peratus kadar bekerja graduan oleh KPT.

Konsep 'Maroon Network' pula turut diketengahkan bagi meneroka pembentukan jaringan alumni yang lebih tersusun, inklusif dan saling menyumbang, selari dengan aspirasi UTM ASCEND 2030.

Menggerakkan kekuatan untuk masa hadapan

Hasrat mengaktifkan jaringan alumni perlu dilihat sebagai peluang membina budaya baharu dalam pendidikan tinggi negara.

Kejayaannya bukan sekadar diukur menerusi bilangan alumni yang berdaftar atau program dianjurkan, tetapi melalui pelajar yang menerima bimbingan, peluang pekerjaan diwujudkan, kerjasama industri terhasil dan inovasi yang berjaya dikembangkan.

Akhirnya, universiti yang hebat bukan sahaja dibina oleh mahasiswa dan ahli akademik di kampus, tetapi turut diperkukuh oleh jutaan graduannya yang mencipta impak dalam masyarakat.

Pada hari konvokesyen, universiti sebenarnya tidak kehilangan seorang pelajar. Sebaliknya, universiti memperoleh seorang alumni yang berpotensi menjadi mentor, pemimpin, majikan dan rakan strategik kepada generasi berikutnya.

Natijahnya, alumni bukan masa lalu universiti. Mereka ialah sebahagian daripada masa depan pendidikan tinggi negara.

Penulis adalah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow12:00
Latest 12:09 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
18 Oct, 11:25 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    11:25

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.