Malaysian Attention Engine
Live wire
49MRT laluan Kajang alami kelewatan akibat cubaan curi kabel di landasan46World : Children Among Multiple Victims In Shooting At Oregon Elementary School45Malaysia, Singapura perkukuh kerjasama pendidikan39Residensi Siswa UM bakal tempatkan 40,000 penuntut39Telur sarang pertama penyu belimbing 2026 tidak bersenyawa35ADUN PH gesa DUN Negeri Sembilan segera bersidang35General : M'sia Has No Plans To Take Legal Action Or Issue Diplomatic Note Over Haze - Mohamad Hasan35Lumba haram, tonto berdepan hukuman lebih berat35Kak Ani mantapkan latihan vokal demi Gema Bumantara34LKIM sedia 1,600 tan stok penimbal ikan hadapi MTL34General : Malaysia, China Step Up Cooperation Against Cyber Scams - Ahmad Zahid34Masalah jerebu antara faktor Bisikan Nafsu kurang sambutan: Zul Huzaimy
PeakConfirmedupdated 52 min ago

Sindiket transit minyak masak di lokasi terpencil sebelum seludup ke negara jiran

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
26
−50% / 60 min
Momentum
28
1 vs 2 mentions/h
Sources
3
3 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 12:21 MYTLatest activity 16 Oct, 12:57BMconfidence 79%

What happened

KOTA BHARU – Menggunakan lokasi terpencil di sebuah rumah jauh di hutan, satu sindiket mengumpulkan minyak masak bersubsidi daripada pelbagai pemborong sebelum dipercayai menyeludup bekalan itu ke negara jiran.Taktik itu terbongkar apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita 4,127 kilogram minyak masak bersubsidi serta lima kenderaan dengan nilai keseluruhan RM138,053 dalam operasi di Kampung Chetok, Pasir Mas pada malam Khamis.Pengarah KPDN Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, kumpulan terbabit dipercayai mendapatkan bekalan daripada pelbagai pemb (Sinar Harian, 12:21)

Read the reporting

3 reports
Sinar Harian·News·BM·2 min read

Sindiket transit minyak masak di lokasi terpencil sebelum seludup ke negara jiran

By ADILA SHARINNI WAHID · 16 Oct, 12:21 MYT

KOTA BHARU – Menggunakan lokasi terpencil di sebuah rumah jauh di hutan, satu sindiket mengumpulkan minyak masak bersubsidi daripada pelbagai pemborong sebelum dipercayai menyeludup bekalan itu ke negara jiran.Taktik itu terbongkar apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita 4,127 kilogram minyak masak bersubsidi serta lima kenderaan dengan nilai keseluruhan RM138,053 dalam operasi di Kampung Chetok, Pasir Mas pada malam Khamis.Pengarah KPDN Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, kumpulan terbabit dipercayai mendapatkan bekalan daripada pelbagai pemborong dan kilang pembungkus, kebanyakannya di Kelantan sebelum mengumpulkannya di satu lokasi untuk diselewengkan.Menurutnya, risikan selama seminggu dijalankan selepas pihaknya menerima aduan dan maklumat mengenai kegiatan penyelewengan barang kawalan bersubsidi itu."Kami mengesan satu kumpulan yang mengumpulkan minyak masak daripada pelbagai pemborong untuk tujuan dibawa ke negara jiran."Mereka menggunakan kawasan yang sangat terpencil, sukar dilihat orang ramai dan sukar dimasuki kenderaan pihak berkuasa sebelum bekalan itu diagihkan untuk dibawa menyeberangi sempadan," katanya pada sidang akhbar di sini pada Jumaat.Beliau berkata, kegiatan itu dipercayai sudah beroperasi sejak satu hingga dua bulan lalu, manakala bekalan yang dikesan dalam operasi berkenaan kebanyakannya berasal dari Kelantan selain satu jenama dari Johor.Menurutnya, kumpulan terbabit juga dikesan menggunakan kenderaan berkapasiti besar seperti kenderaan pacuan empat roda dan kenderaan utiliti sukan (SUV)."Kebanyakan kenderaan ini berusia lebih 15 tahun."Mereka menggunakan cermin gelap dan memasang langsir bagi melindungi barangan yang dibawa daripada pandangan luar," katanya.Operasi pada jam 8 malam itu dijalankan Unit Risikan dan Tindakan Khas (URTK) KPDN Kelantan bersama Unit Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas, menghasilkan dua kes sitaan membabitkan lima kenderaan.Kes pertama membabitkan sebuah Toyota Unser, Mitsubishi Pajero dan Nissan Navara bersama 1,577 kilogram minyak masak bersubsidi pelbagai jenama dengan nilai keseluruhan sitaan RM70,678.Kes kedua pula membabitkan sebuah Toyota Hiace dan Mitsubishi Pajero bersama 2,550 kilogram minyak masak bersubsidi, dengan nilai keseluruhan sitaan RM67,375.Minyak masak yang dirampas terdiri daripada paket satu kilogram pelbagai jenama serta minyak masak dalam botol lima kilogram, dengan nilai barang rampasan berjumlah RM11,053.50."Bagaimanapun, tiada tangkapan dilakukan ketika operasi kerana individu yang dipercayai terlibat sempat melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa," kata Hanif Yusabra.Kes disiasat mengikut Seksyen 21 dan Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana pemilikan barang kawalan dengan niat melakukan kesalahan, pemindahan barang kawalan ke tempat tidak dilesenkan dan penjualan borong tanpa lesen sah.

As published in Sinar Harian’s feed.Read at Sinar Harian

1 / 3 · arrow keys switch reports

Why it is peak

  • 3 independent sources, 1 new in the last hour
  • Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 3 mentions/hpeak 50NEWRISINGACCELERATINGnow13:00
Latest 13:44 MYT
26Peak
Mentions / h1Velocity0.02/minSources3Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Utusan Malaysia) source
  3. State
    Rising

    3 sources, growth +300%, z 0.0

  4. State
    Accelerating

    growth +100% with positive acceleration

  5. State
    Peak

    acceleration no longer positive

Where it started

Sinar Harian (News)
16 Oct, 12:21 MYT
Origin confidence 90% · 11 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    12:21

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 3 established outlet(s): Kosmo!, Sinar Harian, Utusan Malaysia

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (3)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.