Malaysian Attention Engine
Live wire
46Hilang kepercayaan, Dak Jep tinggalkan BERSATU45World : Malaysia Advises Citizens To Postpone Non-Essential Travel To France Amid Demonstrations44'Jangan biarkan keganasan jadi perkara biasa, jadi budaya masyarakat'40Koperal polis parah ditetak suspek ketika operasi antidadah3927 mangsa dipindahkan ke PPS SK Seri Penanti37PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang36Sport : World Junior C'ships: Zi Yu-Genevie Capture Girls' Doubles Title To End Country's 34-Year Wait35Perpaduan GRS kunci perkukuh kuasa tawar-menawar Sabah - Hajiji34Imigresen mohon bantuan kesan Loong Foong34Abbe Hae didakwa ditahan polis34SiSMED 2.0 perkukuh pengurusan krisis, lindungi reputasi organisasi34Sabah beralih ke fasa baharu perkasa pembangunan – Hajiji
NewConfirmedupdated 1 h ago

Rodtang meriahkan Muay Thai LAGA 2026

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
46
no previous hour
Momentum
48
2 vs 0 mentions/h
Sources
3
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 13:17 MYTLatest activity 18 Oct, 13:38BMconfidence 84%

What happened

KUALA LUMPUR – Kehadiran jaguh muay thai antarabangsa, Rodtang jitmuangnon menjadi tumpuan pada saingan Muay Thai LAGA Pandan Madani 2026 yang berlangsung di Kompleks Muhibah, Ampang malam tadi. (Kosmo!, 13:17)

Read the reporting

2 reports
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·1 min read

Rodtang gegar Muay Thai LAGA

By Meja Sukan · 18 Oct, 13:30 MYT

AMPANG: Kehadiran bintang Muay Thai Thailand, Rodtang Jitmuangnon menyuntik bahang berbeza pada Pertandingan Muay Thai LAGA Pandan MADANI 2026 yang berlangsung di Kompleks Muhibah, Taman Nirwana, di sini, semalam.

Bekas juara dunia Muay Thai Flyweight ONE Championship itu menjadi tumpuan peminat yang hadir menyaksikan tujuh pertarungan, termasuk aksi kemuncak kategori 58 kilogram antara Faris Putra dan Wan Quyym bagi merebut Tali Pinggang Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Kejohanan anjuran Hallo Fight Lab itu dirasmikan Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, sekali gus menggabungkan aksi sukan tempur dengan usaha memperkukuh pembangunan Muay Thai dalam negara.

Kehadiran Rodtang yang turut pernah bergelar juara Stadium Omnoi dan juara MAX Muay Thai bukan sekadar memeriahkan gelanggang, malah menjadi sumber inspirasi kepada petarung muda tempatan yang memasang impian menembusi pentas antarabangsa.

Penganjur utama, Fairul Ezly Ramli berkata, edisi kali ini tampil dengan beberapa kelainan menerusi kehadiran bintang antarabangsa itu, selain penambahbaikan aspek teknikal dan pengurusan kejohanan.

“Kami amat berbangga kerana kejohanan kali ini menampilkan kelainan ketara dengan kehadiran bintang dunia Rodtang serta perasmian oleh Tengku Zafrul, selain pelancaran agenda komuniti Sahabat Madani Selangor.

“Segala penambahbaikan dari aspek teknikal dan pengurusan dilakukan bagi memastikan kepuasan maksimum penonton, malah kemasukan adalah percuma untuk membolehkan masyarakat mendekati sukan ini,” katanya.

Selain aksi petarung lelaki, kejohanan itu turut menampilkan penyertaan seorang atlet wanita yang mencerminkan perkembangan penyertaan golongan berkenaan dalam arena sukan tempur tanah air.

Penganjuran berkenaan turut menyaksikan pelancaran inisiatif Sahabat Madani Selangor sebagai platform memperluas semangat kesukarelawanan, kebersamaan dan penglibatan golongan muda dalam aktiviti komuniti yang sihat.

Komitmen Hallo Fight Lab menerusi siri kejohanan itu diharap dapat menyediakan laluan pembangunan kepada atlet tempatan serta mengukuhkan ekosistem Muay Thai agar lebih kompetitif dan dekat dengan peminat sukan negara.

The post Rodtang gegar Muay Thai LAGA appeared first on Utusan Malaysia .

As published in Utusan Malaysia’s feed.Read at Utusan Malaysia

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 mentions in the last hour after none the hour before
  • 2 independent sources, 2 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 47first news pick-upNEWnow
Latest 13:54 MYT
46New
Mentions / h2Velocity0.03/minSources3Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source
  2. News
    First news outlet reports it (Utusan Malaysia) source

Where it started

Kosmo! (News)
18 Oct, 13:17 MYT
Origin confidence 90% · 13 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    13:17

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Kosmo!, Utusan Malaysia

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (3)

Rodtang gegar Muay Thai LAGA
Utusan MalaysiaNewsmainstreamBM
Rodtang gamatkan Muay Thai LAGA 2026
Berita HarianNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.