Malaysian Attention Engine
Live wire
59Pemandu tidak mengaku pandu berbahaya langgar Asiah56Kes Bunuh Irene Sofiya: Polis tunggu keputusan TPR43Kilang fiber terbakar, api marak sejak malam tadi42Sport : Jefri, Arrifin Swap NSC, Sports Commissioner Posts - KBS40China-North Korea bridge to open on October 1540BM pass not compulsory for UEC holders: Sagah40Man gets over 8 years’ prison for forcing 3-year-old to eat faeces39General : High Court Dismisses Najib's Bid To Stay 1MDB Jail Sentence, RM11.4 Billion Fine39Akmal Saleh tinggalkan DUN Merlimau?38Dua kapal berdaftar di Singapura ditembak di Selat Hormuz, satu tenggelam36General : Electricity Tariffs, Data Centres And Haze Impact Among Key Issues In Dewan Rakyat Today35World : Egypt Discovers Fragments Of Two Colossal Ramses II Statues
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Anak kembar diuji masalah penglihatan, ibu ayah terus berjuang

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 09:06 MYTLatest activity 15 Oct, 09:06BMconfidence 60%

What happened

Anak kembar diuji masalah penglihatan, ibu ayah terus berjuang (Harian Metro, 09:06)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Anak kembar diuji masalah penglihatan, ibu ayah terus berjuang

By Redzuan Muharam · 15 Oct, 09:06 MYT

redzuan.muharam@hmetro.com.my

Sungai Petani: Baru menikmati kehidupan sebagai ibu bapa, pasangan ini diuji apabila anak kembar mereka disahkan ada masalah penglihatan.

Nur Safiyya Humaira, 7, atau Safiyya disahkan rabun jauh sejak dua tahun lalu manakala seorang lagi, Muhammad Saqeef Irfan, 7, atau Saqeef buta dan pernah menghidap barah retinoblastoma (barah mata) tahap empat.

Bapa mereka, Mohd Sobri Rahim, 43, berkata, Saqeef terpaksa menjalani rawatan kemoterapi bermula Julai 2020 hingga April 2021.

Berkongsi kisah, bapa mereka, Mohd Sobri Rahim, 43, berkata, Saqeef disahkan menghidap barah ketika berumur enam bulan hasil pemeriksaan lanjut di hospital.

"Waktu itu, anak sakit dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati tiada masalah pada mata kembar sulung.

"Tapi adiknya pula bermasalah selepas anak matanya berwarna putih sebelum doktor sahkan dia menghidap barah retinoblastoma.

"Jujurnya memang tak tahu menahu mengenai penyakit itu dan sedih bila dapat pengesahan doktor kerana barah sudah sampai tahap empat," katanya yang mencari rezeki sebagai peniaga murtabak di pasar malam dan menetap di Bandar Puteri Jaya, dekat sini.

Bercerita lanjut, Mohd Sobri berkata, dia menetap di Selayang, Selangor ketika itu jadi perlu berulang-alik dari rumah untuk membawa anaknya menjalani rawatan di Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur.

"Saqeef perlu menjalani 11 pusingan kemoterapi dan kini masih dalam tempoh pemantauan.

"Hari pertama memang sedih sampai saya dan isteri menangis bersama.

"Waktu itu, doktor kata salah seorang kena berhenti kerja jadi isteri yang berkorban kerana sebelum ini, dia bekerja sebagai pengurus restoran.

"Setahun saya tak berniaga tapi ujian datang waktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jadi tak perlu bayar ansuran bulanan rumah dan kereta ketika itu.

"Alhamdulillah, Allah SWT bantu jadi ringan sikit beban saya ketika itu kerana dapat juga pertolongan daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dikenali Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser (PESONA)," katanya yang juga mendapat sokongan keluarga juga rakan terdekat.

Mohd Sobri berkata, dia yakin ujian itu ada hikmahnya dan menguatkan lagi keyakinan serta kebergantungannya kepada Allah SWT.

Sebagai bapa, tiada lain yang diharapkan melainkan melihat anak Saqeef terutama berdikari dan mampu menguruskan diri satu hari nanti.

"Walaupun tak dapat melihat, Saqeef ada kelebihan kerana terang hati dan cepat dalam hafazan malah sudah hafal al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Ikhlas.

"Apa pun, mereka anak saya jadi saya dengan isteri akan menjaga kedua-duanya sebaik mungkin sehingga menutup mata.

"Sekarang pun, saya ikhtiar cari pendapatan tambahan dengan komisyen hasil jualan produk salah satunya deodoran di TikTok," katanya.

Sementara itu, isterinya, Siti Shahira Shahul Hamid, 42, berkata, bukan mudah untuk menerima hakikat yang anaknya menghidap barah dan buta.

"Pada awalnya saya mempersoalkan juga dan membandingkan dengan anak orang lain kerana tak boleh nak terima.

"Tapi lama kelamaan terutama selepas hantar anak ke pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), saya sedar ramai ibu bapa yang senasib malah ada lebih teruk keadaannya kerana lumpuh juga terlantar.

"Sejak itu, saya sedar yang anak adalah amanah kerana kita minta jadi bila Allah SWT beri, kena jaga walau macam mana pun keadaannya.

"Saya pun tak tahu hidup berapa lama di dunia ini jadi berharap anak terutama Saqeef dapat uruskan diri dan tidak terlalu bergantung kepada kakaknya yang mungkin akan berkahwin serta ada kehidupan sendiri nanti," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow10:00
Latest 10:07 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
15 Oct, 09:06 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    09:06

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.