Malaysian Attention Engine
Live wire
51General : MCMC Looks Into Confusing Viral Information On Budget 202750Rempuh pelajar hingga maut di hadapan surau sekolah, guru wanita dijangka didakwa esok49Tiada saksi kejadian, CCTV di asrama sekolah - penyiasat polis48General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am46Lelaki Rohingya direman 7 hari kes jumpa 2 guni tulang manusia45Melayu kahwin dengan warga asing Islam boleh daftar anak sebagai Melayu, kata Saifuddin44Business : Global Economy To Decelerate To 3.1 Pct In 2026 Before Recovering To 3.4 Pct In 2027 - IMF42Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM40Pelajar diperdaya sindiket penipuan, serah wang, barang kemas ibu bapa lebih RM30,00036Indonesia tidak akan isytihar kebakaran hutan sebagai bencana nasional buat masa ini36Golden Tigers terima durian runtuh RM160,00036Stop making excuses and apologise for haze, Johor Pakatan tells Indonesia
NewConfirmedupdated 52 min ago

Kes Bunuh Irene Sofiya: Polis tunggu keputusan TPR

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
35
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
3
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 10:40 MYTLatest activity 13 Oct, 11:00BMconfidence 86%

What happened

JOHOR BAHRU: Kertas siasatan berhubung kes pembunuhan tragis pelajar perempuan, Allahyarhamah Irene Sofiya Mohd. Khairool Faisal, 16, telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) negeri, Jumaat lalu. (Utusan Malaysia, 10:40)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·1 min read

Kes Bunuh Irene Sofiya: Polis tunggu keputusan TPR

By MOHAMAD FAIZAL HASHIM · 13 Oct, 10:40 MYT

JOHOR BAHRU: Kertas siasatan berhubung kes pembunuhan tragis pelajar perempuan, Allahyarhamah Irene Sofiya Mohd. Khairool Faisal, 16, telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) negeri, Jumaat lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, pihak polis kini masih menunggu sebarang arahan atau keputusan terkini daripada pihak TPR berhubung tindakan lanjut yang akan diambil.

Menurutnya, proses teliti sedang dilaksanakan oleh pihak pendakwaan memandangkan suspek utama yang ditahan dalam kes berkenaan merupakan seorang pesalah juvana (di bawah umur).

“Kita telah pun merujuk kertas siasatan berkaitan dengan kes tersebut ke pejabat TPR, kita belum menerima apa-apa arahan terkini daripada pihak mereka, masih dalam peringkat kajian terhadap kes tersebut.

“Memandangkan suspek dalam kes ini merupakan pesalah juvana, perkara ini perlu diberi pertimbangan yang lebih teliti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Terdahulu, negara dikejutkan dengan berita kematian tragis Irene Sofiya, 16, yang ditemukan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di sebuah dewan sekolah di Yong Peng kira-kira 5.50 petang sebelum disahkan meninggal dunia.

Mangsa ditemukan dengan kesan kecederaan parah akibat trauma tumpul di kepala selepas hadir ke sekolah bagi mengikuti kelas tambahan.

Hasil siasatan lanjut pihak polis percaya motif pembunuhan adalah akibat perasaan dendam suspek terhadap mangsa termasuk berkaitan penolakan cinta suspek dan menjalin hubungan dengan kawan baik sendiri.

Polis turut merampas sebatang besi sepanjang 96 sentimeter serta sehelai baju sukan yang mempunyai kesan darah bagi membantu siasatan menyeluruh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mengulas lanjut mengenai status tahanan, Ab Rahaman memaklumkan bahawa tempoh reman ke atas suspek remaja lelaki itu masih berjalan dan dijangka berakhir pada Jumaat ini.

Pihak polis amat berharap agar arahan atau keputusan rasmi daripada Pejabat TPR dapat diperoleh sebelum tempoh tahanan reman tersebut tamat.- UTUSAN

The post Kes Bunuh Irene Sofiya: Polis tunggu keputusan TPR appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 36NEWnow11:00
Latest 11:14 MYT
35New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources3Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
13 Oct, 10:40 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    10:40

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (3)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.