
Kilang fiber terbakar, api marak sejak malam tadi
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
JOHOR BAHRU – Kebakaran melibatkan kawasan penyimpanan fiber di Jalan Muhibbah, Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang di sini, merebak sehingga melibatkan longgokan bongkah boya setinggi 10 kaki sejak malam tadi. (Kosmo!, 09:02)
Read the reporting
4 reports
Bomba pam air laut untuk padam kebakaran tapak pelupusan sampah di Pasir Gudang
PASIR GUDANG: Anggota bomba dan penyelamat terpaksa mengepam air laut bagi membantu mereka memadamkan kebakaran tapak pelupusan sampah di Jalan Muhibbah, Kampung Pasir Putih di sini, selepas kawasan itu terbakar malam tadi.
Meskipun usaha memadamkan kebakaran dijalankan selama beberapa jam sejak semalam, api marak dan merebak ke kawasan penyimpanan gentian berhampiran yang menempatkan susunan bongkah pelampung setinggi tiga meter.
Kebakaran besar di sebuah tapak pelupusan sampah di Jalan Muhibbah, Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor Bahru, tular di media sosial sejak malam tadi, dengan api masih marak hingga awal pagi ini.
Berita penuh: https://t.co/wUiXzShoKE https://t.co/5e4mxGoanj
— Berita Harian (@bharianmy) October 15, 2026
Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.
Kebakaran di tapak pelupusan sampah berkenaan dipercayai bermula jam 10.04 malam.
Sepasukan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang serta BBP Johor Jaya dikejarkan ke lokasi dalam operasi yang masih berlangsung ketika ini.
Rakaman insiden kebakaran itu turut tular di media sosial dengan beberapa penduduk setempat membuat siaran langsung menerusi aplikasi TikTok dari lokasi kejadian.
Komander Operasi, Mohd Zuhdieyusni Said, berkata api dikesan merebak melepasi kawasan sampah pada jam 3.17 pagi tadi merangkumi kawasan seluas 46.5 meter persegi serta stor gentian bersebelahan.
"Ketika tiba di lokasi pada jam 10.11 malam iaitu tujuh minit selepas menerima panggilan kecemasan anggota bomba mendapati kebakaran membabitkan kawasan sampah terbuka seluas 0.0232 hektar.
"Namun, operasi berdepan kesukaran berikutan ketiadaan sumber air berhampiran, sekali gus memaksa anggota bomba mengepam air laut serta berulang-alik mengisi semula tangki jentera dari pili bomba yang terletak kira-kira 3.5 kilometer dari lokasi," katanya.
Beliau berkata, bagi mempertingkatkan usaha pemadaman operasi dibahagikan kepada dua sektor bermula jam 5.33 pagi.
Katanya, pasukan BBP Johor Jaya mengendalikan bahagian hadapan menggunakan aliran hos 120 meter dengan dua pancutan air daripada pam mudah alih yang mengepam air laut.
Pasukan BBP Pasir Gudang pula menggunakan kaedah sama di bahagian belakang dengan membentangkan satu lagi aliran hos 120 meter dan dua pancutan air laut.
Operasi pemadaman masih diteruskan dan tiada mangsa dilaporkan tercedera. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is cooling
- Mention velocity 2.0× the previous hour (2 vs 1 mentions)
- Current hour is 1.7 standard deviations above this event's own baseline
- 4 independent sources, 2 new in the last hour
- Driven by news coverage (5 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!09:02
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 4 established outlet(s): Berita Harian, Free Malaysia Today, Harian Metro, Kosmo!
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (5)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.