Malaysian Attention Engine
Live wire
62Syed Saddiq tetap hadir Parlimen, walaupun bernikah esok58Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara57Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi45General : Budget 2027: STR, SARA Aid Raised To RM150 A Month - Anwar44General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am44General : Budget 2027: Health Allocation Must Speed Up Access To Treatment, Cut Waiting Times4212-vehicle-crash: Lorry driver tests positive for amphetamine, syabu41Budget 2027: Entertainment duty waived for local film, theatre tickets in Federal Territories, creative sector gets RM130m41Pertumbuhan global dijangka meningkat kepada 3.4 peratus pada 202740Dua wanita rentung, Myvi terbakar lepas bertembung lori39General : Budget 2027: RM22 Bln For KDN Reflects Govt's Commitment To Peace – Saifuddin Nasution3914 individu termasuk remaja bawah umur direman berkaitan kes bunuh seorang lelaki
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Anak perempuan mangsa pilih kasih ibu

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 10 Oct, 09:00 MYTLatest activity 10 Oct, 09:00BMconfidence 60%

What happened

Setiap anak mengharapkan kasih sayang seorang ibu itu sama rata. (Utusan Malaysia, 09:00)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·5 min read

Anak perempuan mangsa pilih kasih ibu

By ROSLAH OTHMAN · 10 Oct, 09:00 MYT

Setiap anak mengharapkan kasih sayang seorang ibu itu sama rata.

Namun, tidak semua anak membesar dengan rasa benar-benar disayangi dan diberi perhatian.

Ada yang membesar dalam keluarga yang lengkap, tetapi hati berasa kosong dan sendirian.

Minggu ini saya kongsikan kisah Salma (bukan nama sebenar) yang perlu belajar mengalah sejak kecil, memahami keadaan hingga disangka tidak memerlukan kasih sayang.

Sedangkan, jauh di sudut hati, dia juga berharap untuk dikasihi dan didengari.

Memulakan cerita, katanya, sejak kecil ibu terlalu memberi perhatian kepada anak-anak lelaki.

Bukan kerana dia tidak disayangi langsung, tetapi kerana sikap dan layanan ibu berterusan terhadapnya membuatkan diri tersisih.

Dia tidak berniat untuk membuka aib sesiapa, apatah lagi memburukkan seorang ibu.

Kata Salma, dia membesar dalam sebuah keluarga sederhana.

Ibunya, Mariam (bukan nama sebenar) menguruskan rumah tangga, menjaga anak-anak dan memastikan keperluan mereka mencukupi.

Bapanya, Shamsudin (bukan nama sebenar) pula beristeri dua.

Disebabkan itu, bapanya jarang berada di rumah, hanya pulang dua kali seminggu dan paling kurang sekali sebulan.

Setiap kali bapanya pulang, Salma paling gembira.

Dia paling manja dan rapat dengan bapanya.

Namun kegembiraan itu tidak pernah lama.

Dua hari kemudian, bapanya akan pergi semula dan segala urusan rumah tangga kembali diletakkan di bahu ibu.

“Saya melihat semua itu sejak kecil. Sebab itu saya cuba menjadi anak yang memahami dan tidak banyak meminta,” luahnya ketika ditemui baru-baru ini.

Salma merupakan anak sulung daripada empat beradik.

Selepasnya ada tiga adik lelaki. Hakim, Salleh dan Munir (bukan nama sebenar).

Sejak adik-adiknya masih kecil, perhatian dan kasih sayang ibu tidak pernah sama.

Ibu terlalu melebih dan mendahulukan anak-anak lelakinya.

“Kalau adik-adik meminta sesuatu, seboleh-bolehnya ibu cuba tunaikan.

“Tetapi, jika saya yang meminta, ada sahaja alasan untuk ditangguhkan.

“Saya sudah terbiasa mendengar ayat daripada ibu, iaitu sebagai kakak, kamu kena mengalah,” ujarnya.

Ketika kecil, Salma tidak begitu memahami maksud kata-kata ibu.

Dia hanya tahu setiap kali adik-adik mahukan sesuatu, dia perlu beralah.

Dulu, dia pernah menunggu ibunya memuji pencapaiannya di sekolah.

Dia berharap ibunya tersenyum bangga seperti ketika memuji adik-adik lelakinya.

Namun, pujian itu tidak pernah datang seperti yang diharapkannya.

Lama-kelamaan, dia berhenti berharap.

Apabila usia meningkat remaja, dia perlahan-lahan belajar memahami keadaan keluarga.

“Saya tahu ibu penat, sebab ayah tidak selalu ada untuk membantu.

“Di siang hari ibu terpaksa bekerja sambilan di gerai makan untuk menampung perbelanjaan.

“Namun jauh di sudut hati, ketika itu saya tetap seorang anak kecil yang mahu disayangi,” ujarnya.

Selepas tamat sekolah dia mendapat peluang melanjutkan pengajian di salah sebuah universiti awam di utara tanah air.

Dia sangat berharap kedua ibu bapa menyokongnya.

Namun sangkaannya meleset, apabila ibu menolak keras permintaannya.

Ibu memberi alasan keluarga mereka tidak berkemampuan dan memintanya terus bekerja.

“Permintaan ibu seolah-olah seperti menutup masa depan dan cita-cita saya.

“Tiada ruang langsung untuk berbincang, dan ayah pula menyerahkan segala keputusan kepada ibu,” ujarnya.

Ketika itu Salma benar-benar kecewa dan dia sedar, masalahnya bukan wang, tetapi ibu tidak pernah menganggapnya penting dalam keluarga itu.

Dengan berat hati dia mula bekerja di sebuah pasar raya di pekan berhampiran rumahnya.

Gajinya tidak besar, tetapi cukup untuk membantu keluarga.

Sebahagiannya diberikan kepada ibu untuk menambah keperluan yang tidak mencukupi.

Pengorbanan Salma tidak tamat di situ sahaja.

Beberapa tahun kemudian, Hakim mendapat tawaran melanjutkan pengajian di universiti.

“Saya dapat melihat bagaimana reaksi ibu setiap kali adik-adik menerima tawaran melanjutkan pengajian.

“Ibu terpaling gembira dan turut meminta saya untuk membantu demi masa depan adik-adik,’’ ujarnya.

Bukan setakat Hakim, ibu juga meminta bantuannya ketika Salleh dan Munir menerima tawaran melanjutkan pengajian pada tahun-tahun berikutnya.

Salma tahu keluarganya bukan tidak mampu.

Cuma ketika itu, impiannya untuk melanjutkan pengajian tidak dianggap cukup penting untuk diperjuangkan oleh ibu dan bapanya.

Sejak itu, Salma nekad untuk berubah dan mula memikirkan masa depannya sendiri.

Tahun demi tahun berlalu, Salma melihat adik-adiknya membesar, berjaya menjejakkan kaki ke menara gading dan mempunyai kerjaya baik.

“Saya tidak pernah cemburu dengan kejayaan adik-adik, sebaliknya tumpang gembira.

“Saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya dapat juga membantu mereka,’’ujarnya.

Selepas hampir 15 tahun bekerja, Salma semakin selesa dengan kehidupannya sendiri.

Dia tidak lagi mahu terlalu memikirkan tentang perkara yang tidak boleh diubah.

Hubungan dengan ibunya masih baik, tetapi dia memilih untuk terus menjauh.

Salma akan pulang, membantu apabila diperlukan dan bertanya khabar.

Dalam tempoh itu, Salma bertemu dengan seorang lelaki bernama Alias (bukan nama sebenar).

Pertemuan itu menjadi titik perubahan besar dalam hidup Salma.

Daripada seorang wanita yang berusia belasan tahun terpaksa membantu keluarga, akhirnya bertemu suami yang mahu dia berehat dan menumpukan kepada keluarga sendiri.

Sepanjang menjalani kehidupan bersama suami dia banyak belajar sesuatu yang selama ini sukar dipercayai.

“Saya belajar untuk berasa disayangi, dihargai dan memaafkan.

“Suami tahu kisah hidup saya tetapi tidak pernah menghasut untuk membenci keluarga terutama ibu.

“Malah, dia selalu mengingatkan saya tentang tanggungjawab anak kepada orang tua,” ujarnya.

Satu perkara yang disedarinya sehingga ke hari ini ialah sikap ibu yang masih tidak pernah berubah.

Setiap kali berkumpul bersama adik-beradik, ibu tetap memuji anak-anak lelaki dan menantu perempuannya.

“Pujian itu kedengaran biasa bagi orang lain, tetapi perasaan saya tetap terluka.

“Saya mungkin tidak mampu mengubah cara ibu melihat diri saya, tetapi yakin mampu mengubah cara saya melihat ibu.

“Sebab itu saya memilih untuk tidak membalas dengan kata-kata kasar atau bermasam muka. Ibu tetap ibu,” ujarnya.

Salma percaya penyembuhan bukan bergantung kepada perubahan orang lain, tetapi bermula apabila dia menerima keadaan, menyerahkan sepenuhnya kepada Allah.

Dia terus memilih untuk terus berbuat baik kepada insan yang melahirkan dan membesarkannya.

Terdapat banyak ayat al-Quran yang menekankan kewajipan berbuat baik kepada ibu bapa walaupun dalam hubungan yang tidak mudah.

Sebagaimana firman Allah SWT, “Rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua (menyayangiku ketika) mendidik aku pada waktu kecil.’’ – (Surah Al-Isra:24).

The post Anak perempuan mangsa pilih kasih ibu appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow
Latest 09:28 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
10 Oct, 09:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    09:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Anak perempuan mangsa pilih kasih ibu
Utusan MalaysiaNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.