
Aset kripto RM12.47 juta lesap dari dompet digital
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
TELUK INTAN – Seorang lelaki berusia 38 tahun kerugian RM12.47 juta apabila dompet digitalnya diakses dan aset kripto miliknya dikeluarkan tanpa pengetahuannya di sini semalam. (Kosmo!, 10:23)
Read the reporting
3 reports
Lelaki rugi RM12.47 juta wang kripto dipindah tanpa pengetahuan
Ketua Polis Perak Alwi Zainal Abidin menasihatkan orang ramai terutamanya pengguna mata wang kripto dan dompet digital, supaya sentiasa berwaspada terhadap cubaan 'phishing' atau pancingan data serta penipuan dalam talian. PETALING JAYA: Seorang lelaki kerugian RM12.47 juta selepas aset mata wang kripto dipindahkan keluar daripada dompet digital miliknya tanpa pengetahuan atau kebenarannya.
Ketua Polis Perak, Alwi Zainal Abidin, mangsa berusia 38 tahun itu menyedari kejadian terbabit pada 1 tengah hari semalam ketika berada di Teluk Intan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati transaksi berkenaan membabitkan pemindahan aset mata wang kripto menerusi rangkaian blok.
"Polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti pihak yang terbabit serta mengesan transaksi berkenaan dengan bantuan Unit Mata Wang Kripto, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan," katanya dalam kenyataan, menurut Berita Harian.
Beliau turut menasihatkan orang ramai terutamanya pengguna mata wang kripto dan dompet digital, supaya sentiasa berwaspada terhadap cubaan 'phishing' atau pancingan data serta penipuan dalam talian.
"Pengguna juga diingatkan tidak menekan sebarang pautan mencurigakan atau mendedahkan frasa pemulihan, kunci peribadi serta kata laluan kepada mana-mana pihak.
"Semak rekod transaksi dan aplikasi yang dipautkan secara berkala serta mengasingkan dompet simpanan daripada dompet yang digunakan untuk transaksi harian," katanya.
Menurutnya, individu yang mengesyaki akaun mereka dicerobohi hendaklah berhenti menggunakan peranti yang terjejas, menyimpan bukti digital, menghubungi penyedia platform melalui saluran rasmi dan membuat laporan polis.
"Orang ramai juga digesa memperkukuh langkah keselamatan digital bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah siber," katanya.
Why it is accelerating
- Mention velocity 3.0× the previous hour (3 vs 1 mentions)
- Current hour is 2.8 standard deviations above this event's own baseline
- 6 independent sources, 4 new in the last hour
- Driven by news coverage (7 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!10:23
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 6 established outlet(s): Astro Awani (BM), Berita Harian, Free Malaysia Today, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (7)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.